Sabtu, 9 Februari 2013

BERJUMPA PRESIDEN KELAB WARISAN NUMISMATIK

       Presiden Kelab Warisan Numismatik, Dato' sharuddin  Yusof tidak perlu diperkenalkan lagi. Dikalangan komuniti Numismatik Malaysia nama beliau adalah sebaris dengan nama-nama besar dalam Numismatik Malaysia. Melalui blog beliau Galeri Sha Banknote kita dapat menilai betapa komitmen beliau yg begitu tinggi dalam dunia Numismatik.

           Pada malam Sabtu tanggal 9.2.2013, depankanta rasa bertuah dapat berjumpa dan mengenali dengan lebih dekat Dato' Sharudin Yusof.  Pasar borong Wakaf Che Yeh,Kota Bharu Kelantan merupakan destinasi tumpuan, terutama dari pengunjung dari luar Kelantan. Kesempatan cuti sambutan Hari Raya Cina telah membawa Dato' Sha sekeluarga ke Wakaf Che Yeh yang merupakan tempat yang tidak asing lagi bagi beliau.

        Pertemuan yang singkat di HOLIDAY VILLA WAKAF CHE YEH ternyata tidak kecukupan masa kerana banyak visi dan misi numismatik yang menjadi tajuk perbualan. Usaha murni Dato' Sha dibidang Numismatik telah banyak membuka ruang yang selama ini tidak berpeluang untuk menjejakinya seperti lawatan ke Kilang Medal Mariwasa di Kuala Kangsar,Perak pada 18.12.2012 yg lalu.

    Walaupun depankanta hanya satu titik kecil dalam Numismatik Malaysia tetapi Kesudian Dato' Sha meluangkan masa untuk berjumpa adalah sesuatu yang membanggakan. Turut diperbincangkan ialah perancangan Kelab Warisan yang akan mengadakan seminar syiling error pada 27.4.2013 yang akan di kendalikan oleh Mr Dickson Niew yang merupakan salah seorang Numismatis yang mula-mula mencetuskan minat belia Malaysia terhadap syiling error. Berkongsi pengetahuan dengan seorang sifu spt Mr Dickson adalah kaedah terbaik untuk mendekati syiling error. Bagi pengunjung yang ingin mendalami ilmu dibidang syiling error adalah sangat digalakkan supaya menyertainya,sila lawat:http://sharuddin58.blogspot.com/2013/01/seminar-berkaitan-error-coins-malaysia.html
  Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dato' Sha...

Jumaat, 8 Februari 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2013

KHAS UNTUK PENGUNJUNG DEPANKANTA.BLOGSPOT  YANG MENYAMBUT TAHUN BARU CINA, DIUCAPKAN "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2013" SEMOGA AKTIVITI NUMISMATIK MALAYSIA TERUS MENINGKAT MAJU SEPANJANG 2013...


Khamis, 7 Februari 2013

MENGENAI RTR DIE CRACK

         Rim To Rim (RTR) Die crack merupakan koleksi yang dapat diperbagaikan dan disusun mengikut perkembangan keretakan yang terjadi pada die. Syiling-syiling dalam kategori utama Die error spt die chip,die crack biasanya dapat dilihat bagaimana perubahan pada permukaan syiling, adalah sangat mengujakan jika anda dapat mengumpulkan beberapa koleksi yang mempamirkan perubahan ini....

           RTR Die crack Syiling 5 sen 2008 ini tentu menarik bagi peminat Die crack error, bentuk bercabang spt petir ini merupakan bentuk keretakan menarik yg terjadi pada die syiling Malaysia. Walaupun RTR ini kelihatan terputus ditengah-tengah syiling ini tetapi ianya masih dikategorikan sebagai Rim To Rim die crack kerana bila keadaan retak seperti ini, ianya telah wujud secara halus dan bersambung pada permukaan  die tetapi masih tidak cukup besar untuk menimbulkannya pada permukaan syiling.

           RTR dari jam 2 hingga jam 8....

Jika diteliti sekeping lagi syiling 5 sen 2008 ini kelihatan wujud die crack yang sama dgn syiling diatas tapi pembentukan die cracknya masih belum peringkat RTR kerana die crack yg terjadi hanya kelihatan menyentuh pada satu bahagian rim sahaja.

           Pada bahagian Medan (field) syiling ini kelihatan terdapat ciri2 die deterioration yang sama dgn syiling pertama, jelas menunjukkan ianya ditempa dari die yg sama.

    Perbezaan antara kedua Die crack dan RTR Die crack dapat dilihat....

                Tujuan paparan ini adalah untuk menarik perkongsian dengan rakan-rakan pemburu die crack agar turut mensasarkan batch syiling-syiling yang ditempa oleh die yang retak ini.....

            RTR Die crack yang sempurna dapat dilihat pada syiling 5 sen 2010  yang pernah disiarkan ini....

Isnin, 4 Februari 2013

ACUAN BERGANDA KELAS 1 (CLASS I ROTATED HUB DOUBLING)

               Bila syiling-syiling DOUBLED DIE VARIETY (DDV) mula dikelaskan oleh pakar-pakar syiling error dan varieti USA tentu syiling DDV pertama dijumpai akan mendapat Kelas yang pertama atau kelas I. Syiling DDO King of doubled dies 1 sen lincoln 1955 telah dijadikan spesimen asas bagi kelas ini.

             Rotated hub doubling adalah bermaksud semasa proses pemindahan imej dari working hub kepada working die telah berlaku pergerakan yang berpusing pada working hub. Hub yang terpusing ini terjadi semasa proses tekanan yang kedua. Bagi kelas ini pusingan yang terjadi adalah menyeluruh dan berpusat di tengah-tengah atau paksi working hub.

          Banyak kaedah dapat kita lakarkan bagi menggambarkan bila dua imej yg sama saiz dan bentuknya dipusing sedikit dengan berpaksikan pada bahagian tengah. Gambarajah dibawah cuba membayangkan bagaimana rotated hub doubling atau DD kelas 1 terjadi:

                  1.Bintang pertama adalah pemindahan imej yang sempurna.

                  2. Bintang kedua adalah pemindahan imej yg tidak tepat,warna merah (bawah) adalah tekanan pertama dan warna kuning (atas) adalah tekanan kedua yg tertekan secara berpusing mengikut pusingan jam (CW) dan berpusat ditengah-tengah (bulatan merah). Perhatikan pada hujung bintang adalah luas jarak gandaan dan semakin mengarah kepada paksi semakin tipis dan hampir tiada kesan pada bahagian paksi.

                  3. Bintang ketiga Rotated hub doubling terjadi secara berlawanan pusingan jam (CCW)

                  4. Gambaran jika Rotated hub doubling terjadi pada Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA dengan berpusat ditengah-tengah (bulatan merah) sebagai paksi pusingan.

                  5. Bagi meneliti syiling-syiling DD, penting untuk kita memerhati secara keseluruhan permukaan syiling yang ada tanda-tanda imej yang berganda  kerana pergandaan imej akan memberi kesan pada keseluruhan permukaan syiling. Adalah tidak tepat sekiranya kita mengambil kira hanya pada sebahagian imej sahaja.


               

   Bagi kelas I Doubled die syiling Malaysia,DDO 20 SEN 2007 adalah spesimen yang tepat.

               Jika diperhatikan gandaan yang terjadi pada setiap imej adalah terpusing mengikut paksi ditengah-tengah..Anda mungkin perlu bantuan kanta bagi menentukan yang mana imej diatas dan yang mana imej bawah,seterusnya akan menentukan samada CW atau CCW.....


Jumaat, 1 Februari 2013

MULTIPLE DIE CLASH + DIE CRACK

               Syiling 5 sen 2011 dengan ciri-ciri multiple die clash pada bahagian muka dan die crack pada bahagian belakang..Keadaan syiling masih tidak terjejas...(UNC?)..UNTUK DIJUAL 2 KEPING RM30 TERMASUK BAYARAN POS (Malaysia sahaja).

                      Kesan multiple  die clash kelihatan pada bahagian muka syiling 5 sen 2011
 



Syiling masih berkeadaan cantik...Spesimen multiple die clash adalah sukar dijumpai...

             Pada bahagian belakang wujud die crack bermula dari rim merentasi angka "0"...
    Juga kelihatan die deterioration pada hampir keseluruhan permukaan pada bahagian belakang syiling..


          Jika berminat sila sms 019-6955867.....