Isnin, 20 Jun 2011

DIE CLASH ERRORS

Sekeping syiling 5 sen 2007 ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.Walaupun biasa ditemui die clash errors terjadi pada kedua-dua permukaan syiling 5 sen tapi pada syiling ini sangat ketara pada bahagian muka nya (obverse)terbentuk imej bunga raya yang sepatutnya berada pada bahagian belakang(reverse) syiling.
    Imej ini terjadi akibat kedua die atas dan die bawah tertempa sesama sendiri tanpa planchet,jadi pada satu die ada dua imej yang terbentuk.

Bahagian belakang syiling 5 sen 2007.Ada die chip error pada angka "0"pada 2007

Pada bahagian muka syiling wujud kesan kerosakan die pada syiling ini,imej bunga raya yang ketara terbentuk pada bahagian muka.
 Die clash error ini sangat jelas dan dapat dilihat dengan mata kasar

 Imej bunga raya ini sepatutnya hanya ada pada bahagian belakang syiling...
 depankanta cuba padankan imej bunga raya pada lekuk yang ada dan didapati sepadan....

5 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Cantiknya specimen ini.
    Lazimnya die clash biasa tak seketara macam ini.
    Tahniah :)

    BalasPadam
  2. Ini lebih besar kemungkinannya ialah Defective Planchet dan bukan Die Clash Errors.
    Defective Planchet bermakna planchet ini ada kecacatannya.Bahagian dimana ditempa dengan ukiran Gasing di depan dan ukiran Bunga Raya dibelakang mungkin cacat ketebalannya atau isipadunya kurang mampat.Apabila ditempa,isipadu besinya kurang cukup untuk memenuhi segara ruang kosong yang ada antara die sebelah Gasing dan die sebelah Bunga Raya.
    Maka salah sebelah akan melekung kedalam.
    Kamu cuba padankan imej Bunga Raya pada lekuk yang ada,tetapi harus diterbalikkan imejnya.
    Ini cuma pandangan saya!
    Planchet-planchet untuk 5 sen pada tahun 2008 dan 2009 lebih teruk qualitinya.

    BalasPadam
  3. Hi Mr Dickson,
    depankanta rindu komen Mr.Dickson.Terima kasih banyak2,dalam sibuk menguruskan auction sempat lagi menghulurkan komen yang ditunggu-tunggu ni...terima kasih banyak.Semoga Majlis auction berjalan lancar dan selamat majujaya Numismatik Malaysia...

    BalasPadam
  4. Rindu komen saya ok,jangan orangnya!
    Petang tadi baru kena nasi dagang ikan tongkul masakan istimewa a kak dari Terenganu,makan dengan beras Siam macam beras pulut,syok betul!!Haha!!

    BalasPadam
  5. WOW bestnya nasi dagang Terengganu,
    Nasi dagang trg dan kelantan berbeza sikit resipinya.yg Kltn memang dicampur beras pulut dan beras biasa..walaupun depankanta org Kltn ori tapi memang diakui nasi dagang ikan tongkol Trg lbh best!..nanti Mr.Dickson cuba nasi kerabu sama daging bakar pula.....besssst

    BalasPadam