Sabtu, 17 September 2011

ROTATED DIE CLASH

Rotated die error 2005 yang pernah dipamirkan menunjukkan bagaimana syiling tersebut telah ditempa dengan penyelarasan die bawah dan die atas tidak selari menyebabkan imej pada kedua permukaan syiling tidak pada kedudukan 180 darjah sebagaimana sepatutnya.Sementara die clash pula disebabkan die yg rosak akibat tertempa sesama die tanpa planchet,gambaran ini telah banyak dipamirkan.
     Post kali ini dipamirkan satu error yg agak istimewa,iaitu clash die terjadi secara rotated berbanding dgn tempaan imej sebenar.

                        Bahagian belakang syiling 1 sen 2005,imej rebana (die clash) terbalik dgn kaki rebana diatas

                                Bahagian muka pula,imej bunga raya terbalik dan berada kedudukan bawah

                       Berbanding dgn syiling 1 sen yg pernah dipamirkan(kanan),imej pada syiling ini terbalik pada kedudukan 180 darjah


       Tambah istimewa syiling ini terjadi rotated die clash pada kedua2 permukaannya...Bagaimana keadaan ini boleh terjadi hanya pakar numismatik saja boleh menjawabnya......

1 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Adakah punca keadaan duit syiling ini sama dengan duit syiling 5sen clash die yang telah dipaparkan En. Dickson sebelum ini?
    Syabas depankanta :)

    BalasPadam