Sabtu, 17 September 2011

TEORI KEJADIAN ROTATED DIE CLASH

  Pada post sebelum ini iaitu mengenai rotated die clash error,depankanta ada juga terfikir satu teori bagaimana keadaan syiling itu boleh terjadi sedemikian.Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan tentang proses penyilingan (coining process)depankanta memberanikan diri untuk mengemukakan hipotisis ini semoga mendapat teguran dari pakar2 Numismatik sekiranya tersilap.


  Gambarajah berikut adalah gambaran kedudukan die yg menyebabkan terjadinya rotated die clash.



                 

Gambarajah 1 :    Kedudukan die bagi proses penempaan normal dimana die atas dan die bawah selari pada   kedudukan tegak 180 darjah

Gambarajah 2 :    Kedudukan die bawah telah terbalik yang disebabkan oleh keadaan tertentu.Pada kedudukan die begini telah berlaku die clash dimana die atas telah tertempa die bawah tanpa planchet.

Gambarajah 3 :   Bila die bertemu die pada tekanan yang sangat kuat tentu akan meninggalkan kesan negative"ghostly" pada kedua-dua die.Pada die atas ada imej ghostly die bawah dan begitu juga sebaliknya.

Gambarajah 4 :   Keadaan die yang terbalik ini disedari oleh juruteknik atau QC yang bertugas lalu mengambil tindakan membetulkan semula die pada kedudukan sepatutnya,sedangkan imej negative ghostly yang terbalik yg sudah ada pada die tidak dibersihkan/dibaiki.Bila kedua die ini menempa planchet 1 sen 2005 yang depankanta punya itu maka terjadilah syiling rotated die clash..

          Walaupun depankanta belum cukup ilmu tentang syiling2 error yang begitu teknikal tetapi terpaksa memberanikan diri mengemukakan apa yang terfikir dengan harapan pakar2 Numismatik kita tampil memperbetulkannya...

2 ulasan:

  1. Penjelasan yg munasabah dan ada logiknya!

    BalasPadam
  2. Hi Mr Dickson,
    Ini satu pengiktirafan dari sifu depankanta!,bagi kami yg tak pernah melawat kilang syiling agak sukar untuk memastikan kejadian berbagai error tapi dgn adanya pakar2 Numismatik yg sentiasa sedia membantu menyebabkan kami berani membuat andaian yg berasas,semoga perkongsian ini akan menambahkan lagi kemahiran kita mengenali setiap error pada syiling moden Malaysia.
    Terima kasih banyak2 Mr Niew...

    BalasPadam