Isnin, 21 November 2011

PLANCHET LAMINATION

Lamination error berbeza dengan strike through atau filled die error pada asal bagaimana error ini terjadi.Mungkin sekali pandang kesan yg terjadi pada syiling adalah hampir sama antara ketiga2 kategori errors ini.
    Setiap planchet akan melalui berbagai proses sebelum ianya dimasukkan kedalam chamber untuk ditempa,semasa melalui proses tersebut kemungkinan sesuatu bahan atau objek luar telah berada pada bawah lapisan nipis permukaan planchet.Bila tempaan berlaku dalam keadaan tekanan dan kepanasan yg tinggi menyebabkan lapisan atas yg menyelaputi bahan luar tadi akan mengelupas dan meninggalkan kesan Lamination error pada syiling..
            Syiling 50 sen 1997 ini dijumpai terdapat kesan mengelupas pada lapisan planchetnya yg membezakan dgn lain2 error.

                           Lamination error boleh disebabkan minyak,gris,gas,udara dll bahan terperangkap bawah lapisan permukaan planchet dan kemudiannya lapisan itu mengelupas lalu meninggalkan kesan pada permukaan syiling.

        Lamination error biasanya terjadi pada satu permukaan sahaja samada obverse atau reverse syiling
Mungkin pakar-pakar syiling error kita ada pendapat lain tentang syiling ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan