Jumaat, 25 November 2011

REAL EXTRA METAL

Biasanya pengumpul cenderung untuk meletakkan kategori "extra metal" pada syiling yg sebenarnya telah ada ketegori khasnya sendiri seperti die chip error,die gouge error,cud error dll yg kelihatan seolah2 terdapat lebihan logam pada permukaan syiling berkenaan.Keadaan ini terjadi disebabkan syiling yg dijumpai dalam keadaan yg tidak begitu jelas antara kategori error berkenaan.Error yg dikaitkan dgn extra metal biasanya dalam kategori die error.
         Penemuan sekeping syiling 50 sen 1994 ini agak unik.Kemunculan setompok logam yg kelihatan seperti logam tambahan yg cair berada pada permukaan syiling ini.Real extra metal!
                     Bah. muka Syiling 50 sen 1994,kelihatan seperti logam cair berada pada permukaannya.

                       Logam ini timbul dan sebati dengan planchet,tiada kesan ianya adalah die error,ini adalah benar2 extra metal yg berada pada syiling ini.

                      Sukar depankanta untuk letakkan kategori syiling ini,namun yg pasti ianya adalah mint error!
                   
Mungkin juga ianya major die break atau cud error yg cukup besar.Kelihatan apa yg terjadi adalah ada persamaan dgn syiling 5 sen 1993 yg pernah dipamirkan ini
Atau ini adalah error dan fenomena baru yg hanya terjadi pada syiling Malaysia...
   

2 ulasan:

  1. Paling bagus ialah timbang beratnya demi untuk pasti akan kesahihannya.Kalau beratnya lebih dari 9.33gm, ia adalah PMD!Jika beratnya sama dengan 9.33gm,bermakna extra metal ini masih ori dari planchet sendiri!

    BalasPadam
  2. Hi Mr Dickson,
    Kalau dikira PMD pun,syiling ini agak unik sebab bagaimana logam lain boleh sebati dgn planchet syiling ini.Apa tujuan dibuat begitu?..Kalau dilihat dari sudut mint error pula ianya adalah satu fenomena baru...
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson...

    BalasPadam