Antara syiling yg masih menjadi tanda tanya kategori error adalah sekeping syiling 20 sen 2001 ini.Adakah ianya lamination error atau kategori yg lain.
Lamination error terjadi bila sesuatu berada bawah lapisan planchet dan bila proses tempaan dibuat,lapisan nipis atas menggelupas dan meninggalkan kesan seolah disiat pada permukaan syiling.
Depankanta berpendapat syiling ini adalah lamination error berasaskan kesan yg dapat dilihat pada syiling ini.
Bahagian belakang syiling,kesan menggelupas yg ketara
Satu lapisan telah tersiat dan menampakkan lapisan dalam
Bahagian muka juga terdapat kesan yg sama.Mungkin sesuatu bahan berminyak telah tercampur semasa peringkat menyediakan alloy syiling ini.

Salam depankanta,
BalasPadamSaya berpendapat ini adalah syiling yang dimakan oleh acid. Ini kerana bahagian obversenya (gambar congkak) sudah lusuh macam dimakan oleh acid. Biasanya lamination error berlaku pada satu kawasan sahaja. Pendapat saya sahaja mungkin tersalah. :D Owh ya, saya memang minat dengan lamination error, kini saya mengumpul beberapa specimen lamination error. Unik bagi saya. Terima kasih berkongsi. Saya sibuk sedikit dengan urusan pelajaran, jarang dapat luangkan masa untuk komen blog-blog, akan tetapi setiap hari saya baca blog rakan-rakan pengumpul syiling semua! :D
Salam mnfaj,
BalasPadamPelajaran kena utamakan,kata orang "pentingkan yg LEBIH penting dari YANG penting".Depankanta juga perasan setiap kehadiran mnfaj melawat blog ini dan faham kesibukan seorang student..
Lamination error adalah unik dan ianya diberi premium yg tinggi dan termasuk dalam kategori planchet error.
Syiling ini agak sukar dipastikan kerana keadaannya yg sudah agak lusoh,berbagai kemungkinan ianya boleh terjadi demikian..Sebenarnya depankanta belum pernah melihat kesan asid keatas logam copper-nickel dan belum berpeluang mengujinya.Mungkin pakar2 numis kita sudah bersedia untuk melakukan ujian bagi memastikan sesuatu syiling error sebagaimana pakar2 barat.
syiling ini dikatakan lamination error kerana kedalaman yg terserpih adalah sama rata seolah2 terkawal atau terlapik sesuatu,kalau asid tentu ianya akan "makan"logam tanpa had dan setiap lubang tidak sama rata..INI HANYA PENDAPAT DEPANKANTA,IDEA YG BANYAK SANGAT MEMBANTU DALAM BERBAGAI HAL SYILING ERROR.
Terima kasih banyak2 mnfaj,.Depankanta mendoakan semoga mnfaj sentiasa cemerlang dalam pelajaran.