Rabu, 4 Januari 2012

DIE CRACK

Berbanding dengan siri bunga raya (1988-2011),didapati syiling Malaysia siri Parlimen (1967-1988) kurang dijumpai terjadi error.Faktor utama ialah kualiti die dan logam yg digunakan adalah lebih baik.
     Die crack merupakan salah satu kategori error yg selalu terjadi pada syiling siri Parlimen dan dijumpai pada berbagai denominasi.
     Depankanta ingin berkongsi penemuan 2 keping syiling 5 sen 1981 dan 1982 yang terjadi keretakan pdie dibahagian yg sama.Keadaan spt ini jarang terjadi dimana ianya seolah2 menampakkan sudut yg lemah pada die.
                                Die crack terjadi pada huruf "M" pada bahagian belakang syiling 1981 dan 1982

                              Bahagia muka tiada kesan error





 
      

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Peliknya, haha.
    Sebahagian syiling siri parlimen yang mempunyai die crack dijumpai selepas kami menyemak semula syiling yang sedia ada di dalam koleksi kami.
    Tahniah depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Secara kebetulan dua syiling yg berlainan tahun tiba2 terjadi die crack ditempat yg sama.Kalau keadaan ini berlaku pada tahun yg sama tentu ianya siri die progressive yg cantik,ada la lebih sikit premiumnya..haha
    Siri Parlimen kena semak betul2 sebab tak banyak error yg dijumpai(melainkan die clash pada deno 10 sen)..
    Terima kasih banyak2 whycollect,jangan lupa pamirkan kalau terjumpa apa2 error pada syiling Parlimen...hehe

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Simpan baik-baik kedua-dua syiling ini.
    Mungkin mereka boleh dijadikan type set syiling die crack error siri parlimen yang menarik.
    Itulah keistimewaan mengumpul secara type set.
    Tahniah depankanta :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih whycollect,
    Memang benar kata whycollect,Mengumpul secara type set akan menjadikan koleksi syiling error lebih menarik dan istimewa.Secara tidak langsung kita telah membantu pihak kilang mengenal pasti kelemahan yg ada pada kilang mereka..(harap pihak kilang akan bekerjasama dgn ahli2 numismatik)
    Terima kasih banyak2 whycollect.

    BalasPadam
  5. salam depankanta...
    Baru terperasan dengan duit suiling ini, sebelum ini pun duacongkak sudah keluarkan dalam blog berkaitan Die Crack Error pada syiling 5 sen 1982, rupanya depankanta miliki 2 keluaran dalam 1 error tahniah.
    gambar duit syiling yg pernah dikeluarkan dalam blog duacongkak
    http://duacongkak.files.wordpress.com/2011/11/5sen-82-a2.jpg

    BalasPadam
  6. Salam duacongkak,
    Perkongsian yg sangat menarik,depankanta dah melawat dan tengok syiling yg berkaitan.Memang sah ianya satu siri die progressive dgn syiling depankanta ini.
    Kita tunggu pula kalau2 ada lagi adik-beradiknya yg boleh kita lengkapkan seberapa banyak mungkin siri die progressive bagi die crack ini.
    Syiling depankanta lebih "abang" dari segi kesan die crack kerana garisnya lebih panjang tapi ianya lebih "adik" dari segi masa kelahiran,kerana proses pembesaran keretakan pada die tentu syiling duacongkak dulu yg terjadi lama kelamaan ia membesar lalu menempa syiling depankanta ini.
    Syabas dan terima kasih banyak2 duacongkak.

    BalasPadam