Khamis, 16 Februari 2012

ROLLING FOLD ?

Rolling fold biasanya dikaitkan dengan sedikit kecacatan pada bahagian rim syiling yang disebabkan kerosakan semasa proses blanking.Kesan yg jelas dapat dilihat pada bahagian tepi rim yg terlipat sedikit kemudian terdapat pula kesan tempaan kedua yg menimbulkan upsetting rim oleh collar die.
                             Syiling 1 sen 2003 ini terdapat ciri-ciri rolling fold error,mungkin termasuk dalam mana2 sub kategori error tersebut.
                          Rim pada Bahagian muka syiling ini terdapat kesan kerosakan pada proses sebelum tempaan kedua.Proses Upsetting rim telah mengubah rim syiling ini menjadi rata semula.
 
                        Sementara sekeping syiling 2005 ini pula kelihatan banyak kesan kerosakan pada bahagian tepi rim,kemudian diratakan semula pada proses upsetting rim oleh collar die.

Adakah kerosakan begini juga termasuk dalam rolling fold error,atau lain2 error?

                  Sekeping syiling 10 sen 2011 ini jelas satu spesimen rolling fold error dan bagi syiling2 diatas tidak dapat dipastikan samada termasuk dalam sub-kategori sama dgn syiling ini.


2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Ya, kami masih ingat penjelasan rolling fold daripada Sifu Nu dengan contohnya lebih kurang seperti syiling 10sen di atas.
    Setakat ini, kami masih belum menemui syiling yang mempunyai kecacatan tersebut.
    Nampaknya bukan senang untuk mendapatkan variety itu.
    Tahniah dan semoga depankanta terus berjaya.
    Terima kasih banyak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Sayang sekali kedua2 sifu Nu dan Mr Dickson sibuk dgn urusan masing2 sekarang.Mungkin bila kelapangan mereka akan beri sedikit komen tentang syiling 1 sen ini.

      Rolling fold 10 sen biasa dijumpai pada tahun 2011,walaupun errornya sikit saja tapi agak sukar menemuinya.Depankanta pun mendapat penjelasan pertama tentang error ini dari sifu Nu.

      Berkaitan syiling 1 sen diatas belum dapat dipastikan samada termasuk dalam kategori rolling fold atau lain2 error,semoga ada pakar2 yg akan tampil memberi penjelasan.

      Terima kasih banyak2 whycollect.

      Padam