Jumaat, 3 Februari 2012

SET BROADSTRIKE

Broadstrike dibezakan dengan off center error dengan semua huruf,angka dan imej masih kelihatan pada permukaan syiling.Bagi syiling2 Off center yang peratus errornya melebihi 20% mungkin akan kehilangan sebahagian details kerana bahagian tersebut tidak terkena die semasa proses penempaan.

         Syiling Malaysia siri bunga raya yang berada dalam edaran didapati semua denominasi ada terjadi broadstrike error.Dipamirkan beberapa spesimen mInor broadstrike semua denominasi siri bunga raya untuk perkongsian bersama...
                                       50 sen 1998
                                     20 sen 1998
                                        10 sen 2004
                                      1 sen 1999
                                     5 sen 2000


6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Ya, memang seronok sekali, mengumpul kesemua specimen sedemikian, dan kemudian, mereka dijadikan set yang menarik.
    Tahniah depankanta :D

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Kalaulah dalam pengumpulan syiling error ada kehebatannya,syiling error Malaysia tidak kurang hebatnya.Bila dipamirkan set begini lebih menampakkan keperbagaian dalam syiling2 error.

    Mengumpul syiling2 error dalam set akan lebih bermakna untuk perkongsian,nanti rakan2 boleh cari juga dalam koleksi syiling masing2 berdasarkan set error yg dipamirkan.

    Tentu whycollect juga sudah bersedia untuk pamirkan koleksi mengikut set yg lebih hebat..

    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Sebenarnya kami memang kagum dengan ketekunan depankanta sehingga berjaya memperoleh pelbagai error dan variety yang menarik.
    Kami bersetuju memang set sesuatu siri sangat menarik walaupun bukan satu cara yang senang berbuat demikian.
    Oleh kerana kami selalu kesuntukan masa, kami terpaksa menumpukan perhatian terhadap syiling individu daripada set.
    Namun tidak boleh dipertikaikan kepuasan yang amat tinggi sekali memperoleh complete set sesuatu keluaran.
    Semoga depankanta terus maju dalam bidang hobi ini :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi whycolllect,
      Terima kasih sekali lagi,kadang2 dalam hobi syiling error ni ketekunan akan datang sendiri bila kita asyik dengan penemuan baru.Bagi syiling Malaysia,kalau tidak kita semua yg terokai sekarang tentu generasi akan datang sukar untuk mendapatkan maklumat..

      Untuk mendapat set lengkap dalam kategori errors,denominasi serta tahun keluaran tentu satu tugas yg sukar,namun dgn perkongsian kita semua sedikit sebanyak beban ini dapat dipermudahkan.

      Depankanta juga kagum dengan whycollect yg berjaya mengumpul syiling2 dalam gred yg tinggi,error yg major dan gaya penulisan yg begitu bersahaja dan luas pengetahuan..

      Semoga perkongsian begini akan berterusan dan juga dari rakan2 blogger yg mempunyai hobi yg sama.Walaupun whycollect lebih tertumpu pada pamiran syiling individu tapi idea set ini adalah juga hasil inspirasi dari whycollect..Sama2 kita terus terokai bidang syiling error ini untuk kepuasan bersama dan untuk generasi akan datang..

      Terima kasih banyak2 whycollect..

      Padam
  4. Hi depankanta,
    Sebenarnya, kami berpendapat tidak ada tolok-bandingnya di antara set dengan syiling individu di dalam mana-mana siri.
    Kepuasan memperoleh set yang complete memang tinggi sekali kecuali dalam situasi luarbiasa.
    Namun dalam keadaan kini, bukan senang untuk berbuat demikian.
    Jadi terpaksalah mengujudkan cara-cara lain yang lebih mudah sedikit seperti type set, pasangan, individu, dll.
    Mungkin pada masa sebelum adanya internet, cara ini kurang memuaskan terutama apabila pengumpul bercadang untuk menjual koleksinya atau sesuatu set syiling yang tidak complete, kerana bukan mudah untuk mencari pembeli.
    Namun kini semua ini telah berubah, kerana internet telah membolehkan sesiapapun untuk berurusan dengan pembeli berpotensi di segenap pelusuk dunia.
    Kami berpendapat dalam keadaan tertentu, pengumpul pun kena tukar approach pengumpulan mereka masing-masing supaya selaras dengan situasi terkini yang sering bertukar dan selalu berada dalam keadaan yang tidak terlalu membebankan diri sendiri.
    Haha, cuma pendapat novis kami sahaja.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Sangat tepat sekali,Era internet kini banyak membantu dalam penyebaran semua maklumat.Bagi kita yg terlibat dalam hobi istimewa ini lebih merasai kewujudan internet telah banyak memudahkan penyaluran maklumat numismatik khususnya syiling2 error,contoh paling paling mudah sekiranya kita kurang jelas tentang sesuatu error kita boleh terus saja upload foto ke mana2 blog/laman web pakar2 syiling error tempatan atau antarabangsa,mereka akan sukarela memberitahu kita dalam waktu yg singkat.

      Dalam urusan jual-beli duit2 lama/error pula peranan internet sangat membantu,kalau dulu kita tidak tahu dimana untuk mencari atau menjual duit2 berkenaan kini dengan hujung jari sahaja semuanya boleh berada didepan mata...

      Semoga pakar2 dan otai2 Syiling error yg belum menggunakan internet ini,akan mengambil pendekatan teknologi internet ini untuk berkongsi kepakaran mereka dgn generasi baru yg semakin ramai meminati bidang syiling error ini...
      Terima kasih banyak2 sekali lagi Whycollect

      Padam