Selasa, 1 Mei 2012

MDD UNIK

        Mechanical Die Doubling (MDD) juga dikenali dgn istilah shift doubling.Bagi depankanta istilah shift doubling lebih menceritakan bagaimana fenomena imej berganda ini terjadi.Walaupun syiling MDD tidak dikategorikan sebagai error coins tetapi beberapa syiling yg kelihatan ketara imej yg berganda telah mendapat premium yg agak lumayan.
         Bahagian muka Syiling 10 sen siri bunga raya biasanya MDD dikesan terjadi pada penghujung sebelah bawah tikar.Pergerakan pada die telah mengakibatkan wujudnya satu lagi imej yg sama,biasanya hanya melibatkan sebahagian imej.
        Penemuan sekeping syiling 10 sen 1999 ini agak unik dimana imej kedua yg terbentuk tidak selari dgn imej utama dan ianya kelihatan berlekuk2 seolah2 die chip yg terjadi.
                           Perhatikan imej kedua (panah kuning) menunjukkan tidak selari dgn imej utama.Sukar untuk mencari sebab apa keadaan ini terjadi adakah ianya die chip atau MDD biasa yg terjadi bersama die deterioration.

         Biasanya kerosakan yg disebabkan pergerakan die akan melibatkan sebahagian imej.Pergerakan hanya terjadi pada die bawah yg menempa bahagian muka syiling....

            ....Bahagian belakang syiling 1999 yg ditempa oleh die atas tidak terjejas kerana planchet dipegang kuat oleh collar die semasa proses penempaan.

                 Syiling MDD biasa yg kelihatan selari antara imej utama dan imej kedua....

           MDD dgn kesan die chip begini sangat unik dan jarang dijumpai pada syiling Malaysia
   

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Walaupun MDD tidak dianggap sebagai variety, kami amat tertarik dengan sebahagian yang mempunyai 'kecacatan' demikian.
    Haha, mana tahu, satu hari nanti terdapat pengumpul untuk golongan syiling ini.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      pernah depankanta lihat dalam ebay,ada peminat yg bid untuk syiling2 MDD dgn harga yg agak lumayan.Jika kita teliti syiling2 Malaysia terutama deno 20 sen siri bunga raya kesan MDD agak ketara dan cantik.Ramai pengumpul yg berminat untuk menjadikannya sebagai koleksi.

      Selain dari MDD biasa dgn kesan double strike,terdapat juga yg triple dan multi strike yg sangat menarik.Tentu keadaan ini dilihat sebagai unik pada peminat2 syiling error.

      Syiling 10 sen 1999 diatas agak berlainan dari MDD biasa dan depankanta masih tercari-cari jawapan sebenar pada fenomena begini.Semoga penemuan ini dapat juga dijumpai oleh pengumpul lain...
      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam
  2. satu penemuan yg menarik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Faizal,
      Perkongsian tentang syiling error tiada batas dan kesudahannya...Setiap keping syiling error yg dijumpai membawa seribu kisah disebaliknya dan inilah keindahan sains Numismatik yg memberi peluang kita menyentuh sejarah disamping cabaran "mencari teknologi didalam kilang dgn hanya memerhati pada permukaan syiling!".Semoga penemuan yg menarik ini dapat kita kongsi bersama..
      Salam dan Terima kasih banyak2 Faizal...

      Padam
  3. Hi Depankata, blog error coin anda sangat berinformasi menerangkan setiap error dengan teliti dan jelas. Minat saya terhadap coin error terjadi secara tiba-tiba sejak terjumpanya coin error DDO seperti 5 sen 2009 (berupa KLCC) dan 10 sen 2006 (double congkak).Sejak itu saya tidak pandang balik dan terus memburu coin-coin error seperti exta dot, rotated error, partial collar etc. Dan yang tak dapat dalam circulation seperti 10 sen 1971 and 50 sen ME saya beli dari dealer untuk tatapan dan koleksi saya yang terus menghangatkan hobi saya. Terima Kasih kepada Depankata artikel2 anda yang terus menjadi reference dan inspirasi kepada saya dan peminat2 coin error.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Stewart Tan,
      Selamat datang dan terima kasih atas kunjungan.Bidang syiling error dinegara kita masih kurang diberi perhatian,penyertaan dan penglibatan kita semua perlu segera dipertingkatkan memandangkan syiling siri ke3 telah pun diedarkan.Syiling2 siri pertama dan kedua akan ditarik dari edaran dan dilupuskan bila2 masa.

      Banyak syiling2 berbagai kategori error yg menarik hanya dijumpai sejak beberapa tahun kebelakangan ini,keadaan ini adalah indicator bahawa masih banyak syiling2 error kita yg tinggi raritynya masih belum dijumpai.Depankanta berpendapat hal ini terjadi kerana pengumpul2 kita selama ini lebih memberi tumpuan pada syiling2 klasik dan yg rare sahaja.

      Semoga dgn penyertaan sdr Stewart dan dgn bimbingan pakar2 syiling error/numismatik yg ada spt nucoins,Mr Dickson,Whycollect,mnfaj dll.Bidang syiling error Malaysia akan setanding dgn negara2 lain dan tiada syiling2 error yg terlepas dari kanta kita...

      Syabas dan terima kasih banyak2 sdr. Stewart.

      Padam