Selasa, 29 Mei 2012

ROTATED DIE TERAKHIR SYILING MALAYSIA?

      Mengikut pakar-pakar  syiling malaysia,proses penyilingan bagi syiling siri ketiga Malaysia (s3M) telah dibuat perubahan besar yg melibatkan teknologi yg tinggi dan canggih.Salah satu instrumen yg mengalami perubahan ialah alat yg digunakan untuk menguatkan kedudukan die.

     Secara logiknya die atas (hammer die) yg sentiasa bergerak keatas dan kebawah juga akan mengalami pergerakan yg berpusing menyebabkan terjadinya rotated die clash dan rotated die error pada syiling.Peralatan yg "memegang"die pada syiling siri Parlimen dan bunga raya diperketatkan dgn peralatan yg boleh menjadi longgar.Perubahan teknologi telah dibuat pada peralatan ini untuk syiling siri ketiga yang tidak memungkinkan terjadinya rotated die pada syiling ketiga (s3M).

     Penemuan sekeping syiling 10 sen 2011 rotated die cw/ccw 180 darjah ini mejadi antara syiling rotated die terakhir syiling Malaysia sekiranya benar tiada lagi error sedemikian pada siri ke3 dan seterusnya....
                  Bahagian muka syiling Malaysia 10 sen 2011,rotated die cw/ccw 180 darjah
   


            
         Walau bagaimana pun kemungkinan ini masih satu andaian,sekiranya ada pelawat yg menemui syiling2 s3M yg ada kesan sedikit die rotation,ini mengambarkan kita akan berpeluang menemui darjah rotated yg lebih besar.....

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Haha, nampaknya syiling 2011 merupakan rotated die yang terakhir dengan perubahan teknologi canggih.
    Satu penemuan yang memang menarik.
    Apapun simpan dulu, haha.
    Syabas depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Hingga sekarang depankanta belum menemui tanda-tanda wujudnya rotated die pada syiling s3M.Walau bagaimana pun kita masih menunggu kalau2 ada antara pengumpul yg terjumpa walaupun tanda2 kecil.Lagi pun edaran syiling2 s3M agak terhad dan masih terlalu awal untuk dibuat sebarang rumasan.

      Terima kasih banyak2 sdr Whycollect...

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Wah menarik ini, maksimum rotation sebanyak 180 darjah pula tu, ditambah pula dengan gred yang menarik. Bagi saya error jenis rotated die error ini agak leceh untuk mencarinya, perlu belek satu-persatu.

    Tahniah depankanta. Belum pernah lagi congkak dimainkan terbalik macam ini, tentu perlukan guli diperbuat daripada besi dan congkak daripada magnet. Hehe

    BalasPadam
  3. Salam mnfaj,
    Mengikut pakar2 kita,syiling siri ketiga tidak memberi peluang pada kejadian rotated die error jadi menjadi tugas kita semua untuk membuktikan adakah benar begitu?..Memang leceh untuk mencari error begini tapi kalau dah minat tu terpaksa lah buat sikit demi sedikit,bila jumpa satu yg 180 darjah begini boleh terjatuh cermin mata!..haha

    Betul kata mnfaj,congkak ini kena main pakai magnet kalau tidak akan berterabur buahnya dan akan jadi error lain pula....

    Salam terima kasih banyak2 mnfaj...

    BalasPadam
  4. salam sepankata,, saya ada menemui sekeping syiling 10 siri ketiga yang rotated die error, tp bukanlah 180 darjah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr Nazrie,
      Syiling Malaysia siri ketiga telah banyak penemuan tentang terjadi rotated die..Tahniah!,Walaupun bukan pusingan penuh 180 darjah ianya tetap satu penemuan yang menarik...Terima kasih banyak sdr Nazrie

      Padam