Sabtu, 9 Jun 2012

MENYENTUH SEJARAH SILAM

    Setiap orang ada menyimpan sejarah silam mereka tersendiri.Sejarah sesaorang itu merupakan milik peribadi yg tidak dapat dikongsi dengan sesiapa,rentetan cerita dan peristiwa mungkin sama dgn kawan2 sepermainan namun tinggalan kenangan pada sanubari tetap menjadi milik yg tidak dapat dikongsi.....

     Kita biasanya akan membelek album foto lama bagi mengimbau sejarah silam dan cuba menghayati masa silam dengan menyelami setiap sudut foto2 lama yg tersimpan itu,kita juga mungkin masih berpeluang menemui kawan2 sebaya,atau berpeluang melawat tempat2 yg pernah menjadi lubuk tempat bermain dan membesar...Semua ini akan secara spontan akan membawa kita mengimbau nostalgia,sentimen ini merupakan harga yg tidak dapat dinilaikan...

    Bagi depankanta dengan menyentuh sekeping wang kertas lama yg lusuh sudah cukup untuk membawa kembali semua sejarah lama yg "ingat-ingat lupa"...

      Wang kertas yg lusuh begini pada nilaian numismatik tidak seberapa namun bagi depankanta ianya lebih bernilai kerana setiap tangan yg menyentuhnya adalah menyumbang pada sejarah wang ini sendiri..Wang kertas terakhir era penjajah ini terus digunakan selepas negara kita mencapai kemerdekaan,hinggalah kita mengeluarkan wang kertas sendiri pada tahun 1967..Pada awal pengedaran wang kertas ini usia depankanta masih kanak2 dan hanya berpeluang melihat wang ini ditangan orang2 dewasa..Ini menjadikan ingatan terhadap wang ini"ingat2 lupa"...

    Bila menyentuh dan meneliti wang ini,sudut kerbau yg sedang membajak adalah sudut yang paling menyentuh kenangan kerana pemandangan begini sudah tiada kelihatan lagi walaupun bendang sawah masih luas terbentang..Semuanya telah diambil alih oleh mesin...Bau lumpur,dengusan kerbau,peluh petani dan suara petani mengarah kerbau tidak akan didengari lagi oleh generasi hari ini...

       Tulisan jawi yg tertera pada wang kertas ini mengingatkan masyarakat kampung depankanta yg mencatatkan apa saja adalah dengan tulisan jawi,Tulisan jawi dapat dilihat dimana saja...

        Angka 10 ini yg memisahkan pegangan wang ini antara kanak2 dan orang dewasa..."Budak2 tak boleh pegang duit banyak2"...haha..Nilai ini sudah cukup untuk perbelanjaan dapur seminggu sekitar 60an...

      Ruang ini tidak diberi perhatian kerana tidak faham apa maksudnya,hari ini baru diketahui North Borneo tu Sabah!...
Setiap kali menyentuh wang kertas ini,dirasakan seolah2 dapat menyentuh dan merasai kembali sejarah silam yg berada dihujung jari... Selamat bercuti hujung minggu....

12 ulasan:

  1. salam..begitu bermakna bagi depankanta dpt mengimbau kenangan silam bersama wang kerbau ini kerana sempat melihat semasa digunakan dalam pasaran..berbanding sesetengah orang y hanya mengumpulnya sahaja..
    bilo laa nok buleh simpan kerbau ni seko..hehhe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam NMF,
      Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengimbau kenangan lama,semasa kecil depankanta hanya sempat lihat saja duit kerbau ini dan bila dah pandai cari duit sendiri duit ini sudah tidak digunakan lagi.Bila berpandang duit ini seolah2 memandang kita sendiri dizaman kanak2..haha
      Sabar,sabar...loni rega sekeping kertas gamba kuba ni dah boleh beli sekor anak kuba..apapun harga akan terus meningkat,rajin2 lah MNF bertanyakan orang2 tua dikampung kalau2 ada rezeki...

      Salam dan terima kasih MNF

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Ini merupakan salah satu banknote yang mesti dimiliki bagi seseorang pengumpul wang kertas Malaysia.
    Arg, masa kecil, banknote ini memang banyak dipakai tetapi tidak sangka ia kini boleh menjadi salah satu banknote yang diburu ramai.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Banknote yg penuh kenangan ini menjadi buruan pengumpul dengan berbagai tujuan dan tidak kurang juga yg bertujuan pelaburan,ini yg akan terus melonjakkan harganya..
      Depankanta masih kanak2 awal persekolahan semasa duit ini beredar dan bagi orang2 kampung jarang mereka memiliki duit yg bernilai tinggi ini,bila saja duit ini diistiharkan tidak akan laku dipasaran orang ramai cepat2 menukarnya kerana tidak mahu rugi lantaran nilainya yg tinggi pada masa itu.Situasi ini menyebabkan duit ini sangat sukar dijumpai sekarang..

      Kata orang sekeping gambar lebih "bercerita" dari seribu patah perkataan,bagi depankanta sekeping duit ini lebih "bercerita" dari seribu gambar...haha

      Terima kasih banyak2 sdr whycollect...

      Padam
  3. terbaik ni.. walaupun lusuh ianya memang cukup bermakna.. saya pun tak ada lagi.. ingin memiliki tapi harga dah mencecah hampir beratus2 ringit.. kalu gred vf pun dah nak cecah 1k.. hanya mampu memerhati dan melihat koleksi org lain.. kalau ada rezeki.. ingin juga menambat seekor kerbau ni.. Buat masa ni ada simpan sampul je.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam edilelly,
      Menceburi bidang pengumpul menjadikan kita menghargai barang2 lusuh,apalagi jika ianya melibatkan bidang numismatik yg terkenal dgn slogan"Raja segala hobi dan hobi segala Raja"..

      Bagi memburu banknote yg sudah tiada lagi dalam pasaran spt ini,kita kena atur strateji yg luas...Siapa tahu duit2 ini masih ada tersimpan ditangan saudara-mara atau pakcik2 edilelly dan tunggu ditanya saja...

      Depankanta doakan sampul tu cepat terisi dgn not kerbau yg bertuah ni...

      Terima kasih banyak2 edilelly...

      Padam
  4. mengamit nostalgia yea bang..mmg terbaikk kenangan nih..pengalaman yg cukup berharga utk di konsi bersama dengan anak cucu pada hari ini...rasanya sy sendiri tak sempat guna dan x pernah tengok dalam edaran duit ini..yelah lahir sekitar tahun 80 an...apa2 pon best cerita bro depankanta nih...ambo tabikkk!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam koleksi aku punyer,
      Tima kasih bro,nilai duit ni sekitar 60an cukup tinggi.Bayangkan belanja ke sekolah hanya 20sen.5 sen air sirap,5 sen mee,5 sen aiskrim (beli tepi jalan balik sekolah) dan baki 5 sen lagi simpan untuk pakai lepas main wau sebelah petang...haha

      Bagi generasi depankanta atau yg lebih awal lagi,pada duit ini telah tersimpan 1001 cerita dan kenangan.Edaran masa terus berjalan dan bagi Generasi tuan pula ada koleksi kenangan tersendiri yg SANGAT penting dikumpulkan sekarang untuk tatapan anak cucu akan datang...

      Salam dan terima kasih sdr koleksi aku punyer...

      Padam
  5. Balasan
    1. Hi malayastraitsbanknotes,
      Sebenarnya bidang numis juga banyak bentuk penulisan yg dapat kita olahkan...Lagi banyak cerita dan sejarah mata wang yg dapat dirungkaikan lagi menarik para pengumpul untuk menyanyangi koleksi mereka....

      Terima kasih banyak malayastraitsbanknotes...

      Padam
  6. Salam bang, saya tak der duit nie sebab saya tak collect sangat wang kertas nie ....

    duit nie sejak saya mula jadi collector sampai ke hari nie, dah berlambak-lambak saya tengok dengan mata kepala sendiri, dari yang gred poor sampailah ke gred UNC semua pernah tengok .... kalau dalam internet nie pulak, dah beratus-ratus gambar orang upload.

    Apa yang buatkan saya tersentuh, terharu, dan tertarik dengan gambar nie berbanding gambar2 lain dalam internet ini ialah cara abang mengolah cerita peristiwa satu-satu persatu tentang bahagian duit nie dengan kehidupan lampau, memang terlalu touching tulisan ini untuk dihayati, nie kalau collector pompuan baca, mau berkaca mata mereka menghayatinya, sekalung tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali syiling peringatan malaysia,
      Haha...Ramai pengumpul numismatik yg berjiwa sentimental rupanya...
      Setiap barang lama ada nilai tersendiri dan nilai ini tidak sama pada setiap individu.Bagi depankanta yg sempat melihat wang ini digunakan dan membesar dalam suasana pemandangan kerbau membajak disawah bendang tentu banyak kisah yg dapat dikongsi dgn generasi baru kini.

      Ramai juga pengumpul2 otai yg menyimpan not ini adalah semata2 untuk terus menatap dan mengimbau notalgia..Mereka sanggup bayar harga yg mahal asal dapat menyentuh semula kenangan lama mereka..

      Jgn risau pasal pompuan yg berkaca mata mereka kerana kadang2 pompuan ni sendiri tak tau kenapa mata mereka berkaca..haha

      Terima kasih banyak2 syiling peringatan malaysia

      Padam