Ahad, 14 Oktober 2012

PERKONGSIAN COLLAR CLASH

      Tertarik dengan kategori yang dipamirkan oleh rakan blogger sdr Afiqnizam,depankanta menyelongkar koleksi syiling yg ada bagi melihat sendiri syiling dalam kategori collar clash error.Kategori yang dikesan oleh sdr afiq ini telah menambahkan lagi keperbagaian dalam error yg melibatkan die clash selain Die clash,Rotated die clash,Doubled die clash,Multiple die clash, M.A.D clash dll.

      Collar clash yang melibatkan pertembungan antara die atas(hammer die) dgn collar die tidak banyak dibincangkan oleh pakar2 syiling error tempatan sebelum ini.Untuk turut berkongsi dalam kategori ini dipamirkan dua keping syiling siri ke2 dan s3M,semoga anda juga dapat menyimpan sekeping dua untuk melengkapkan koleksi syiling error Malaysia...

             Sekeping syiling 5sen 2003 yg dapat dikesan ciri2 collar clash...

              Ciri2 collar clash dapat dilihat sekitar jam 6 hingga jam 10....

                Bagi syiling 20 sen s3M lebih menyerlah jika terdapat kesan collar clash kerana saiz geriginya yang lebih besar.....

Untuk mendapat keterangan lanjut berkaitan error yg menarik ini sila lawat :
http://afiqnizamscoinandbanknote.blogspot.com/2012/10/28-error-coin-20-sen-2012-collar-clash.html

2 ulasan:

  1. Salam sdr Depankanta,

    Terima kasih kerana telah berkongsi tentang 'Collar Clash'...
    Dengan ini,ramai pengumpul akan lebih sedar kerana blog sdr Depankanta telah menjadi rujukan 'error' untuk para para pengumpul,begitu juga dengan saya..

    Terima kasih banyak2 sdr Depankanta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr Afiq,
      Kita semua akan saling merujuk,afiq tentu setuju jika dikatakan bidang ini masih baru di negara kita.Masih banyak error yang dikategorikan oleh pengumpul profesional barat yang belum kita kuasai apalagi untuk mencipta kategori error sendiri bagi syiling Malaysia yg mungkin tidak dikesan di negara lain.

      Bidang kajian syiling error oleh pengumpul/peminat syiling error spt kita sangat menyeronokkan,kita seolah2 mendahului QC kilang dalam memberi sebab kejadian syiling error,sedangkan mereka sendiri mungkin terkial2 mencari sebab kenapa syiling dikilang mereka terjadi macam2 error!..
      Salam dan terima kasih banyak2 sdr Afiq...

      Padam