Jumaat, 21 Disember 2012

DUA VARIETI DDR 5 SEN 2009

      DDR 5 sen 2009 menjadi buruan baru pengumpul dan peminat DDV.Agak mencabar untuk mencari Varieti ini kerana ianya terjadi pada syiling yang bersaiz kecil,apa lagi jarak gandaan antara dua imej utama dan kedua adalah kecil berbanding dgn DD yg bercorak monster spt DDR 5 sen 2008.

    Dalam post terdahulu,depankanta telah pamirkan penemuan varieti DDR untuk syiling 5 sen 2009.Untuk post ini dipamirkan pula penemuan varieti kedua DDR 5 SEN 2009.Mengikut pemerhatian depankanta kedua varieti ini adalah dua varieti DDR bukan Batch MDD.

            Varieti I DDR 5 SEN 2009,syiling ketiga yang ditemui dgn ciri2 yg sama....
 

                  VARIETI II DDR 5 SEN 2009

              Kedua varieti ini mempunyai ciri2 dan keistimewaannya tersendiri...Kiri varieti II,kanan varieti I.

               Perhatikan dgn teliti pada kedua varieti ini,huruf "ARA"(NEGARA) kedua syiling ini berbeza,iaitu pada varieti II (kiri) jarak  imej bergandanya adalah lebih kecil dari varieti I (kanan). Pada kedua varieti ini juga terdapat gandaan pada stigma bunga raya.

        Agak sukar untuk pamirkan DDR pada syiling 5 sen 2009 dengan kemudahan yg terhad yg ada pada depankanta.Harap para pelawat/peminat DDV juga akan menemui kedua varieti ini dan dapat pamirkan dengan lebih jelas dan menarik untuk perkongsian bersama....

4 ulasan:

  1. Salam depankanta.
    Memang tepat sekali terdapat 2 jenis DDR pada syiling 5 sen 2009! Bagaimana depankanta menjumpainya? Jangan cakap pada saya depankanta melihatnya tanpa kanta, kerana mata saya yang muda dan sihat ini pun tak mampu nak melihatnya, malulah saya nanti. ;)

    Nanti saya kongsikan gambar tangkap-dekat untuk kedua-dua jenis variti ini. Variti pertama - gandaan pada NEGARA seingat saya depankanta yang menemukannya dulu. Dan satu lagi variti - gandaan utama pada stigma - adalah hasil perjumpaan dari rakan saya, saudara Kuan Seng.

    Sabar ya! dan tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali mnfaj,
      Lebih banyak pencerahan perlu diberi pada DDR 2009 ini, sekiranya sdr Kuan Seng ada menemui DDR yang terdapat gandaan pada "stigma sahaja" ianya mungkin berlainan dgn varieti II yang depankanta pamirkan ini kerana syiling DDR varieti II depankanta terdapat gandaan pada huruf NEGARA tapi dalam jarak yg lebih kecil berbanding varieti I..ATAU mungkinkah ada tiga Varieti? atau terjadi juga MDD pada syiling 5 sen 2009 ini selain banyak Die deterioration yg dikesan...Perkongsian yg menarik!..(sila minta sdr Kuan Seng pastikan adakah terdapat sedikit gandaan pada huruf NEGARA selain pada stigma)

      Terima kasih banyak sdr mnfaj & sdr Kuan Seng...

      Padam
  2. sudah dapat 4jenis variety DDR 2009...berharap tuan juga dapat jumpa juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik sekali maklumat ini,banyak varieti DD pada deno dan tahun yang sama berkemungkinan boleh terjadi kerana kerosakan pada kekunci working hub..Bila keadaan ini terjadi semua working die yang menerima imej darinya akan terjadi imej DD...

      Terima kasih atas info,depankanta akan diusahakan untuk terus mencari DDR berkenaan...

      Padam