Antara rakan numismatik yang sering mengunjungi blog depankanta diawal kewujudannya ialah sdr mnfaj, selain Mr Dickson Niew dan Whycollect. Meskipun blog perkongsian syiling error depankanta tidak sehebat mana tetapi dengan kunjungan dan komen dari rakan-rakan peminat syiling error telah melonjakkan semangat untuk terus mengkualitikan persembahan bagi meneruskan perkongsian.
Mnfaj atau Anjung numismatik adalah mewakili generasi muda yang bakal menerajui bidang syiling error Malaysia, minat dan komitmen yang ada pada beliau yang dilengkapkan pula dgn kebolehan intelektual telah menjadikan beliau sebagai rujukan untuk mendalami berbagai kategori syiling error. Secara kebetulan, kunjungan beliau ke Pasir Puteh Kelantan atas urusan keluarga telah diluangkan sedikit masa untuk bertemu mata dengan depankanta.
Malam minggu 27.4.2013, sekali lagi Pasar borong Wakaf Che Yeh Kota Bharu menjadi pusat pertemuan numismatik. Dalam keriuhan warga Kelantan mengatur strategi parti masing-masing bagi menghadapi PRU-13, disatu sudut sebuah kedai makanan segera kelihatan dua orang penggemar syiling error tekun berbincang berbagai perkara berkaitan syiling error Malaysia....
Pertemuan yang bermula jam 10.00 malam 27.4.2013 berlanjutan hingga 28.4.2013 jam 1.00 pagi..Bila syiling error mula dibicarakan, masa adalah kekangannya.....

Walaupun penemuan ini adalah pertemuan pertama, kesempatan untuk membelek dan bertukar pendapat tentang syiling error tidak dilepaskan.Ketekunan mnfaj sangat mengkagumkan....
Salam.Tn Depankanta.
BalasPadamWah! Dua orang sifu bertemu membincangkan bekenaan syiling error. Tentu meriah...Agaknya syiling error kategori apa yang dibincangkan tu... Boleh kongsi?
Salam kembali nsdk,
PadamMemang menyeronokkan bila bertemu rakan yang berkongsi minat yang sama, banyak kemuskilan yang dapat dibincangkan namun masa agak singkat menyebabkan banyak perkara yang tidak berkeputusan..haha
Terima kasih nsdk, teruskan penulisan syiling error anda...
Salam.. Tuan DK
BalasPadam& Salam 1 Numismatik rakan-rakan numis
sungguh tekun sifu-sifu mencari bahan-bahan utk rujukan, Tahniah teruskan buruan..
P/S: baharu tahu Mnfaj & Anjung Numismatik orang yg sama.. Hhuh..hhuh.. huhh
@$me68PG.
Salam kembali SME,
PadamKetekunan bukan syarat tambahan kepada peminat syiling error TAPI adalah ASAS kerana setiap keping syiling error perlukan pemerhatian dan penelitian yang istimewa berbanding dgn syiling2 klasik. Lagi pun kita belum ada rujukan yg khusus untuk syiling-syiling Malaysia..
Tak kisah apa jua nama yang dijenamakan untuk blog atau facebook, yang penting ilmu yang disampaikan adalah mantap....
Terima kasih banyak sdr SME, selamat mengundi....
Salam tuan depankata,sebenarnya sy tgh google lirik lagu tapi keywordnya bawak sy kesini.hehe.lama benar tak nampak kelibat si anjung ni dlm fb.kenapa agaknye dia tiba2 menghilang?hehe.
BalasPadamSalam kembali sdr matskupang,
Padamsdr anjung masih aktif dengan dunia numismatik, kesibukan kerjaya mungkin menyebabkan beliau tidak berkesempatan untuk bersama rakan2 di alam siber...
Terima kasih kerana singgah disini....