Selasa, 2 Julai 2013

LAGI GAMBARAN MDD 50SEN 2002

             Lanjutan dari penemuan MDD syiling 50sen 2002 yang disiarkan dalam post terdahulu, dipamirkan penemuan kesan gandaan imej sebanyak tiga kali yang berkemungkinan besar adalah disebabkan  perubahan dan perkembangan dari MDD......


       

Gandaan imej yang paling jelas dan ketara dapat dilihat pada huruf "M" (MALAYSIA). Perihal tentang kewujudan gandaan pada huruf ini masih samar tapi depankanta berkeyakinan ianya adalah disebabkan MDD. Kesan gandaan yang disebabkan MDD adalah sukar diramal dan ianya terjadi tanpa kawalan....

6 ulasan:

  1. apakah ada kemungkinan specimen ini boleh dikaitkan dengan class VI+II? jika dilihat dari gmbar terdapat seperti notching pada atas huruf A, dan sepertinya class VI huruf semakin menjadi lebih besar . jika depankanta boleh beritahu, berapa jenis variety kah coins pada 50 sen 2002.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi berkongsi disini,
      kesan tiga kali gandaan imej spt pada syiling diatas sukar dikaitkan dengan DDV kerana untuk menghasilkan imej seperti ini memerlukan tiga kali tekanan oleh working hub keatas working die semasa proses pengehuban. Walaupun kemungkinan tetap ada tetapi sangat sukar terjadi. Secara realitinya tidak wujud ciri-ciri notching pada huruf "A" cuma sedikit gandaan imej yg terjadi.
      Berkaitan varieti syiling 50sen 2002 telah depankanta tulis dalam post:http://depankanta.blogspot.com/2012/06/variti-die-error.html

      Padam
  2. kalau tak salah ada lagi satu jenis variety utk 50 sen 2002 yg mana pada stigma ada satu lebihan satu dot . juga tulisan ada perbezaan sediikit. cuba encik depankanta check dan bg pendapat kemudian .. satu lagi pekara rasanya class VI doubled die blaku sebelum proses hubbing dan ianya belaku pada proses annealing , extra thickness terjadi dan pd penulisan wexler ada menyatakan kadangkala tidak ada notching hanya extra thickness .. saya pun kurang faham , cuba depankanta bg pendapat sket

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sekali lagi tuan,
      Berkaitan varieti 50sen 2002 akan disemak nanti, sebarang penemuan varieti baru bagi mana-mana syiling wajar dikongsi bersama rakan2 pengumpul..

      Hipotesis tentang kelas VI DDV (distended hub doubling) sangat menarik dan istimewa kerana kesan pada imej bukan sahaja terjadi gandaan tetapi juga menyebabkan imej menjadi "melebar", keadaan ini terjadi kerana berlaku pengembangan imej akibat dari proses pemanasan dan penyejukan (annealing) yang tidak sama antara tekanan pertama dan tekanan kedua semasa proses hubbing.

      Sebelum tekanan pertama dibuat (semasa proses hubbing), working hub dan working die akan dipanaskan dengan suhu yg sangat tinggi kemudian working hub dan working die akan disejukkan dengan menggunakan kaedah yang berlainan bagi menghasilkan kekuatan dan kesempurnaan imej, bila keadaan telah bersedia tekanan pertama dilakukan untuk memindahkan imej dari working hub kepada working die. selesai proses tekanan pertama sekali lagi working hub dan working die dipanaskan dan disejukkan melalui proses annealing kemudian tekanan kedua dilakukan. Kegagalan untuk menstabilkan suhu (semasa proses annealing) antara tekanan pertama dan kedua akan menyebabkan terjadi pengembangan samada pada working hub atau working die seterusnya akan menghasilkan DDV Kelas VI.

      depankanta berpendapat keterangan encik wexler tentang kejadian kelas VI adalah jelas. Untuk mengaitkan syiling 50sen 2002 diatas dengan ciri2 gandaan yg kelihatan agak sukar dan perlukan penerangan yang terperinci.....

      Dengan pengetahuan yang sangat terbatas depankanta cuba untuk berkongsi melalui tulisan ini dan diharap pakar-pakar akan memperbetulkan mana-mana yg silap....

      Padam
  3. selain dari variety big 0, dot, dan gambar diatas(bagi saya ia mungkin triple die... kamu boleh guna kanta yg berkuasa 60x-100x... lihat pada huruf E dan L jelas boleh nampak notching..)selain 3 jenis variety..terdapat satu lagi..total 4jenis variety telah dijumpa..jika saudara ada minat.. blh join kita di facebook.. lebih dari 30 jenis doubled die malaysia telah berjaya dikesan.. https://www.facebook.com/groups/DoubledDie/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas undangan tuan, malangnya depankanta mempunyai masa yang sangat terhad untuk melayari internet. Cukup untuk berblog sahaja, walaupun depankanta tidak berada dalam fb tetapi perkembangan syiling error sering diikuti....Terima kasih...

      Padam