Ahad, 28 Julai 2013

SEMARAK JAWI SEKITAR KOTA BHARU

           Tulisan jawi pernah menjadi jambatan utama yang menghubungkan dunia ilmuan di Nusantara. Tulisan jawi telah digunakan di Malaysia seawal 1303M sebagaimana yang tersurat pada batu bersurat Terengganu sementara antara penggunaan tulisan jawi terakhir yang terpahat dalam sejarah Malaysia ialah Pemasyuran Kemerdekaan Malaysia yang ditulis sepenuhnya dengan tulisan jawi.

          Meskipun tulisan ini semakin tidak kelihatan dan sesetengah pencinta tulisan jawi lebih suka mengambil sikap menyimpan rasa kecintaan itu hanya dihati tetapi jika tulisan-tulisan ini dapat dilihat terpapar dimana-mana dengan saiz yang besar pula tentu membanggakan.......

         Cuti sempena Nuzul Al-Quran beberapa hari lalu telah memberi kesempatan pada depankanta untuk mengabadikan tulisan jawi yang terdapat pada papan tanda sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan Darul Naim...









          Tulisan Jawi yang tertera pada wang kertas dan syiling semasa era penjajahan menggambarkan pengiktirafan penggunaan tulisan Jawi sebagai tulisan perantaraan orang-orang melayu oleh penjajah....


        Pemasyuran kemerdekaan Malaysia yang ditulis dengan tulisan jawi sepenuhnya bagi mewakili bahasa Melayu......


2 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan..
    sebelum terlambat sy ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yg berbaki l/kurang 8 hari.
    Amat mendukacitakan bhs jawi dibunuh oleh bangsanya sendiri.lebih2 pemimpin yg meminggirkannya suatu masa dahulu.amat malang jika bangsa lain ingin mengekalkan khazanah masing2,kita alpa entah dgn alasan apa.semoga usaha pihak yg ingin memartabatkannya disokong oleh semua...
    Nampaknya negeri kelantan merintis jalan itu,semoga negeri lain mengambil perhatian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam w.w sdr edeen,
      Selamat berpuasa juga untuk tuan, semoga Allah swt menerima ibadah kita semua sepanjang ramadhan ini..

      Sebagai peminat numismatik kita dapat melihat perubahan pada tulisan jawi ini dari pitis-pitis/syiling-syiling timah yang terpahat indah tulisan jawi hingga ke pengeluaran syiling siri ke3 hari ini yang tiada lagi tulisan warisan ini.Kita seolah-olah hilang muatiara yang pernah kita miliki..Semuanya bermula bila kita dijajah Ingriss..Hari ini kita hanya mampu melihat tulisan jawi sebagai tulisan kedua disamping tulisan rumi sebagai tulisan utama..Adakah orang-orang dahulu korbankan tulisan jawi membawa makna mereka tidak sayangkan warisan bangsa?....Terima kasih sdr edeen.Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang akan menjelang tiba...

      Padam