Isnin, 9 April 2012

SYILING BERBICARA 7, COLLAR DIE

              Collar die atau juga dikenali dengan die ketiga merupakan salah satu penyumbang kepada syiling2 error.Antara yg biasa dipamirkan ialah partial collar error.Syiling Malaysia yg banyak dipamirkan dalam kategori error ini adalah pada denominasi 20 sen dan 50 sen siri Bunga raya.Die ketiga yg membentuk bahagian sisi syiling ini juga merupakan komponen penting dalam menentukan kesempurnaan sesekeping syiling.
           
               Dua keping syiling 50 sen 2004 yg ditemui dgn kesan partial collar ini menimbulkan persoalan yg lain pula.Adakah posisi huruf disisi syiling ini yg berlainan pada collar die dianggap variti atau error.

             Partial collar yg ketara pada sisi syiling ini ....
            Syiling kedua ini terdapat kesan partial collar yg agak sedikit bahagian sisinya terjejas...

            Bahagian belakang syiling 50 sen 2004.

           Bahagian muka...

           
            Syiling pertama menunjukkan cetakan huruf "BANK NEGARA MALAYSIA"terbalik jika dipandang  dari sudut belakang syiling.....

   Sementara syiling kedua menunjukkan huruf yg tegak dan selari dgn bahagian belakang syiling...

                 Kedua syiling ini memperlihatkan posisis huruf "BANK NEGARA MALAYSIA" yg bertentangan...

   Adakah keadaan ini dikirakan sebagai dua variti pada syiling 50 sen 2004 ini atau ianya satu error?
     Keadaan huruf yg terbalik ini bukan sahaja dikesan pada syiling 50 sen 2004 tapi juga dijumpai pada tahun2 keluaran yg lain...

Ahad, 8 April 2012

5 SEN S3M,REPAIRED DIE

Sekali pandang syiling 5 sen s3m 2012 yang calar balar ini menyebabkan sangkaan menyatakan ianya adalah syiling PMD yg terkena sesuatu semasa dalam edaran.Bila dijumpai beberapa spesimen yg terdapat tanda-tanda yg sama menyebabkan penelitian terperinci terpaksa dibuat,hasilnya jelas menunjukkan syiling ini adalah repaired die error.

         Membaiki atau membersihkan semula permukaan die adalah rutin biasa dalam  proses penyilingan.Die yg sudah lasak menempa terlalu banyak syiling tentu akan mengalami kerosakan atau setidak-tidaknya akan timbul bintik2 seperti kaviti yg perlu dibersihkan.Proses menggilapkan semula die sepatutnya dilakukan dgn teliti supaya pada akhirnya permukaan die akan licin dan berkilat semula.Die yg gagal digilap sepenuhnya akan menghasilkan syiling spt yg dipamirkan ini.

       Bahagian muka syiling 5 sen s3M 2012.Kesan calar yg halus dgn garis melintang kelihatan dgn jelas..Menimbulkan keraguan....

                       Bila empat keping syiling terdapat ciri-ciri yg sama,tentu ianya adalah disebabkan oleh sesuatu yg ada pada permukaan die atau die errors.Perhatikan kedudukan garis2 halus pada keempat2 syiling ini...
                        
    Sekiranya difokus pada tempat tertentu jelas menunjukkan persamaan pada garis2 ini...

                 Syiling 1
              Syiling 2
              Syiling 3
              Syiling 4

              Persamaan pada garis2 keempat-empat syiling ini....

                   Bahagian belakang syiling 5 sen s3M tersebut...

Ciri2 repaired die pada syiling 1 sen 1993 pernah dipamirkan dalam post terdahulu.Walaupun garisnya agak lintang pukang tapi ianya masih membentuk bulatan....


         
                   Ciri2 syiling diatas berlainan dgn syiling2 lathe lines yg lebih kelihatan lebih teratur garis2 halusnya yg membentuk concentric circles....


Jumaat, 6 April 2012

LATHE LINES SYILING MALAYSIA

Lathe lines merupakan kesan dari garis-garis dipermukaan die yg tertinggal selepas proses melicinkan permukaan die oleh mesin lathe,proses ini adalah untuk menyiapkan working die.Mesin lathe adalah berperanan untuk melicinkan permukaan die sebelum imej dipindahkan keatas permukaan itu.
            Bila melihat kesan lathe lines pada syiling Malaysia mengingatkan depankanta pada permukaan buah karom yg diperbuat dari kayu yg juga terdapat garis2 halus pada permukaannya dan ini adalah juga  hasil yg diproses oleh lathe machine yg jenis untuk kayu.

             Yang membezakan antara garis2 lathe lines dan kesan repaired die adalah garis lathe lines berada bawah imej pada syiling dan garis repaired die juga akan menjejaskan permukaan imej kerana kerja membaiki/membersih die dilakukan dalam keadaan imej sudah sedia ada pada permukaan die.

            Setelah beberapa siri berkaitan lathe lines dipamirkan bagi syiling Malaysia,depankanta dapat merumuskan ketiga2 siri syiling moden Malaysia menggunakan mesin lathe bagi penyediaan die dan kesemua yg dipamirkan adalah akibat kerja2 melicinkan permukaan die tidak dibuat dgn sempurna sehingga masih menampakkan garis2 yg sepatutnya menjadi licin sepenuhnya.

            Bahagian belakang syiling 20 sen 1982 (siri Parlimen)

                 Bahagian belakang syiling 5 sen 2010 (siri Bunga raya)

                    Bahagian muka syiling 50 sen 1988 (siri Parlimen)

              Bahagian muka syiling 5 sen 1973 (siri Parlimen)

              Bahagian muka syiling 20 sen 1982 (siri Parlimen)

                     Bahagian muka syiling 20 sen 2007 (siri Bunga raya)
                  Bahagian muka syiling 5 sen 2012 (s3M)
          Kesemua kesan lathe lines pada syiling2 diatas jelas berada dibawah imej....

         Contoh Lathe Machine yg digunakan dalam berbagai industri pembuatan moden

         Mungkin proses seperti ini yg dilalui untuk melicinkan permukaan die.

Khamis, 5 April 2012

DIE CHIP TERTINGGI

Mengukur error die chip biasanya pada luas atau lebar kawasan permukaan syiling yg terkesan oleh kerosakan die,semakin besar kawasan yg terlibat maka semakin major die chip errornya.

             Penemuan sekeping syiling 1 sen 1987 ini sangat menarik kerana walaupun die chip yg terjadi hanya kecil tapi ketinggian bonggol yg timbul agak unik.Ketinggian extra metal pada permukaan syiling ini menandakan dalamnya kerosakan pada working die yg menempa syiling ini.

            Die chip sering juga terkeliru dgn die gouge error tapi pada syiling ini depankanta berkeyakinan ianya adalah die chip  error berasaskan penemuan pada syiling 1 sen siri Parlimen sering terjadi die chip pada bahagian bulan sabit dan dapat ditemui die progressivenya....

             Bahagian muka syiling 1 sen 1987,die chip pada bahagian imej bulan sabit

                          Pada bahagian belakang hanya beberapa kesan kecil die chip sekitar angka "1"

              Bila dipandang dari sisi syiling ini menampakkan ketinggian die chip pada bulan sabit terjadi hingga melepasi ketinggian rim syiling...Fenomena begini jarang dijumpai selain cud  error...


Rabu, 4 April 2012

SET DIE PROGRESSIVE

Die progressive merupakan satu tarikan dalam meneliti syiling2 error,walaupun penggunaan istilah ini agak luas untuk berbagai kategori error tapi paling mudah diperhatikan ialah pada syiling2 die crack error.Adalah perkara biasa  yg terjadi pada mana2 logam yg keras apabila melakukan kerja2 hentakan yg kuat maka akan terjadi keretakan dan semakin lama semakin meluas dan memanjang keretakan yg terjadi.

      Menemui beberapa keping syiling die crack error yg dapat dipasangkan mengikut die progressive merupakan satu kepuasan pada pengumpul,apalagi bila dapat beberapa set berlainan yg jelas menunjukkan  beberapa variti die yg menempa syiling2 ini....

           Syiling 1 sen 2007,dijumpai tiga set yg menunjukkan progressive die crack....

                            SET PERTAMA

              Die crack dikesan menghubungkan huruf "S"dan angka "20"
                 

                                SET KEDUA

              Die crack bermula dari rim merentasi huruf"A" dan stigma bunga raya
                       

                                SET KETIGA

                 Die crack terjadi pada huruf"A"merentasi stigma bunga raya hingga kekelopak bunga.