Jumaat, 24 Jun 2011

10 SEN 2011 YANG MENGHARUKAN.....

Kunjungan ke Pasar Seni K.L tempoh hari menemukan depankanta dgn sekeping syiling 10 sen 2011 yang mengharukan....
   Disaat akhir penempaan syiling Malaysia siri ke2 atau siri bunga raya sepatutnya menghasilkan syiling terbaik dan tercantik sebagai penyudah edisi bunga raya,namun penemuan sekeping syiling 10 sen ini merumuskan bahawa tidak semua boleh berakhir dgn indah......

Bahagian belakang syiling 10 sen 2011: Disebabkan syiling ini masih baru begitu jelas kelihatan kelemahan pada die yang menempanya.Bila diperhatikan pada huruf "NEGARA MALAYSIA"menggambarkan die yang menempanya sudah uzur atau kotor....
 Pada imej daun bunga raya juga mengalami nasib yang sama....filled die errors


Kalau dibahagian belakang syiling berlaku kekurangan logam yg kelihatan lekuk sana sini,Bahagian mukanya pula berlaku lebihan logam pada planchetnya yg kelihatan bintik-bintik logam timbul pada permukaannya


Perhatikan bintik-bintik kecil logam yang timbul pada permukaan planchet....depankanta tidak pasti samada ini planchet error atau die chip error atau lain-lain error......

 Syiling ini depankanta perolehi dari seorang makcik Indonesia yg bekerja sekitar Pasar seni.Bila depankanta melihat dia sedang menawarkan tukaran syiling pada beberapa gerai disitu,cepat-cepat depankanta  minta tukar....dapat la tukar rm10...sempat makcik tu bagitau,"susah dapat syiling sekarang tau!"..

2 ulasan:

  1. perghhh...pasar seni...banyak kenangan sy kt ctu tuh...he3...terbaikk la syiling nih punya error..Tahniah untuk bro depankanta...apa2 hal simpannnnnnn.....

    BalasPadam
  2. terima kasih koleksi aku punyer,
    Koleksi aku punyer dah banyak kenangan di pasar seni,depankanta baru nak mencipta kenangan!.simpan sokmo..hahaha..tq

    BalasPadam