Sabtu, 2 Julai 2011

RIADAH DAN SANTAI HUJUNG MINGGU

Menjadi kelaziman depankanta setelah saban hari sibuk dengan tugas seharian dan menilik syiling2 error,pada hujung minggu digunakan untuk sedikit aktiviti riadah dan menghirup udara bersih sambil menikmati pemandangan permai dikampung2....

             Sebuah perkampungan yang indah permai..dikelilingi sawah padi menghijau

 Begini lah rupanya anak padi ditapak semaian..ini lah asalnya nasi yang kita suap....

 Semaian padi yang diikat untuk memudahkan kerja2 mengangkut dan menanam (setiap seikat dipanggil se uting)

Masih ada yang menanam padi secara manual yg di panggil "cedung" padi...
 Anak padi yang siap ditanam secara cedung...

Di sudut lain,kanak2 riang bermain di tali air.....

Dan disini lah pada petang Jumaat lalu,depankanta dengan seorang kawan beriadah menjala ikan air tawar (ikan darat) bersama seorang kawan dan disertai anak2nya....
 Sedang beraksi....teknik dan gaya kena betul...
 Senyum seorang bekas jaguh Negara.Kawan depankanta Wan Adnan Wan Isa adalah bekas wakil negara dalam seni silat olahraga.Kejohanan terakhir yg disertainya adalah SEA GAMES 1997 di Jakarta...Bila ditanya ada tak duit luar negara yang disimpan dia jawab selamba "tak dok,abe.."....

Kena cuba juga.Mana tau kot2 ada syiling error dalam taliair ni....hahaha

Ini lah pemandangan hujung kampung Kubang Bemban,Pasir Mas.Di Taliair inilah tempat depankanta bersama rakan2 sebaya bermain di zaman kanak2 dulu....sekarang kanak2 main bot,dulu depankanta pakai rakit batang pisang jer...hehehe


7 ulasan:

  1. Nampaknya pemandangan semua ni sesuai juga untuk santapan minda numis dan jiwa...
    TK

    BalasPadam
  2. Terima kasih NU,
    Sesekali elok juga beriadah ditempat lapang,luas pemandangan dan bersih udaranya...memang sangat sesuai dengan Numis yang banyak membuat kerja pemerhatian sangat fokus yg boleh menjejaskan kesihatan mata...Terima kasih Nuchatter

    BalasPadam
  3. Pemandangan yang memang menyegarkan.
    Ya, memang bagus jika kita sekali sekala balik ke tempat di mana kita lahir.
    Banyak peristiwa manis yang boleh kita imbas kembali.
    Tapi sayangnya bagi kebanyakan orang yang lahir dipinggir pekan, kini tempat sudah bertukar sehingga langsung tiada ciri suasana macam dulu lagi.
    Kiranya depankanta bernasib baik kerana kampung sendiri masih mengekalkan ciri-ciri zaman dulu.
    Terima kasih, depankanta :)

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    Memang berkunjung ke tempat asal kita dilahirkan mengingatkan kembali kenangan pahit manis dizaman kanak2...
    Di Kelantan pun banyak kampung2 tradisi yg sudah berubah oleh kepesatan pembangunan menjadikan tempat2 kenangan kian lenyap..ini lah realiti kehidupan yang terpaksa kita terima..
    Terima kasih banyak2 Whycollect..

    BalasPadam
  5. Permandangan yang sangat indah...ada lagi ke tempat2 yng menarik di kampung depan kanta?

    BalasPadam
  6. WAHHH...depankanta oghre klate ke...time blik kg tu leh laa jumpa abg otai nii..buleh tengok koleksi2 abg ya..heheh

    BalasPadam
  7. Salam Anonymous,
    Lebih kure gitu la..hehe..kalu nak mari kena oyat awal2 deh,nanti kita make nasi krabu p.mas sambil cerita pasal syiling error..Koleksi ambo berterabur,tak terurus molek mace ore lain..Tuan dari mana ni?
    Timo kasih banyak2...

    BalasPadam