Selasa, 19 Julai 2011

STRUCK THROUGH ERRORS 50 SEN 1968

Error yang dikaitkan dengan proses striking ialah bahan-bahan atau anasir lain yang berada atas planchet atau yang terlekat pada die yang menyebabkan bila berlaku proses penempaan,imej bahan tersebut dapat dilihat pada syiling.Bahan yg biasa dikaitkan dengan strike through errors adalah minyak gris,wayar,rambut atau lain-lain bahan yang tidak sepatutnya berada semasa proses penempaan syiling.
   depankanta pamirkan sekeping syiling struck through errors yang mungkin disebabkan secebis wayar terjatuh atas planchet,bila ditempa imej wayar tersebut akan kelihatan dengan jelas pada syiling.....


             Bahagian belakang (REV) syiling 50 sen 1968
               Bahagian muka (OBV)      
               Kesan wayar yang terjatuh atas planchet
            Kesan begini ada juga berlaku disebabkan rambut yang terjatuh....

6 ulasan:

  1. Wow depankanta,
    ini satu penemuan yang unik. haha agaknya ada wayar yang terjatuh mungkin.

    BalasPadam
  2. Hi depankanta,
    Jika ia bukan cakaran, menang ia satu specimen yang menarik.
    Lebih-lebih lagi ia adalah 1968 50sen.
    Banyak terima kasih, depankanta :)

    BalasPadam
  3. Tima kasih mnfaj,
    ya laa,macam kesan wayar terjatuh semasa proses penempaan.depankanta harap akan jumpa yang kesan objek yg lebih besar terjatuh,baru best kita semua kongsi..hahaha
    Terima kasih banyak2 mnfaj..

    BalasPadam
  4. Hi whycollect,
    depankanta dah teliti syiling ini,tiada tanda2 kesan ditoreh atau cakar(yg mungkin akan bertebing).Agak sukar utk toreh sedalam begitu tanpa meninggalkan kesan tebing dan kedalamannya kekal stabil..apapun mungkin pakar2 kita boleh sahkannya...
    Tima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam
  5. Patut dipanggil "Struck through error" bukan 'strike through'.
    Koin ini nampaknya memang struck through wayar.
    Harga dan rarity berdasarkan atas:
    -gred koin - gred tinggi lebih menyakinkan memandangkan error jenis ini bisa dibuat luar kilang kalau pandai manakala cakaran bertebing dapat sengaja diminimumkan atau dikaburkan dalam pengedaran umum.
    -keadaan kecacatan- berlubang besar lebih baik harganya.

    Lokasi kategori > striking error> struck through abnormal object errors > struck through wire.

    BalasPadam
  6. Terima kasih nucoins,
    Berdasarkan alamat sub-kategori striking error yg diberi depankanta cari dalam google image,memang banyak wujud error struck through wire.Ada juga dipamirkan syiling yg masih terlekat wayar pada planchet.
    Terima kasih banyak nu,(tajuk post ini telah disesuaikan)

    BalasPadam