Rabu, 7 September 2011

ERROR !!!?

Dalam membincangkan berkaitan syiling error,dua kategori utama yg biasanya dikelaskan oleh ahli2 Numismatik iaitu major error dan minor error.Bagaimana sesekeping syiling error itu dikategorikan agak kurang pendedahannya menyebabkan ramai kolektor baru yg masih samar2 tentang perkara ini.

Dalam post ini depankanta pamirkan sekeping syiling yg menimbulkan berbagai persoalan (bagi depankanta).....
                                    Sekeping syiling 20 sen 2004 yg kelihatan pada field bahagian mukanya tidak ada yg  terjejas,bila diperhatikan pada bahagian tepi rim (edge) terdapat beberapa bahagian yg timbul.
                              Bahagian belakang syiling 20 sen 2004 ini agak "dahsyat",keseluruhan permukaan syiling ini seolah2 berlaku kecairan logam.Mungkin juga syiling ini di tempa dgn die atas(hammer die)yg sudah rosak teruk!...
                             Pada milled edge syiling ini ada bahagian2 yg masih elok.Kecacatan yg berlaku pada bah.belakang syiling  tidak sedikit pun menjejaskan  pada bah. muka..Mungkin die bawah(anvil die) masih elok!
       
Depankanta pernah melihat syiling yg rosak akibat kebakaran.Dgn suhu kebakaran yg tinggi akan mencairkan keseluruhan syiling dan keadaannya berlainan sama sekali dgn syiling ini.
    Proses penempaan syiling biasanya dilakukan dalam keadaan suhu bilik biasa,kalau pun berlaku kepanasan adalah akibat pergerakan die yg laju menempa syiling.Adalah biasa dijumpai syiling2 yg planchetnya terjejas akibat suhu panas begini yg boleh dijumpai hampir semua denominasi siri bunga raya.
      Perkongsian pendapat dgn pakar Numimatik kita mungkin boleh merungkaikan persoalan tentang syiling ini.Mungkin juga para pelawat yg budiman ingin  memberi pendapat tentang syiling ini.

2 ulasan:

  1. Anggapan saya ini adalah PMD.,mungkin terkena acid yg amat corrosive!Pandangan saya shj.

    BalasPadam
  2. Hi Mr Dickson,
    depankanta setuju kemungkinan besar ini adalah syiling PMD tapi kalau terkena acid yg sangat kuat pada logam copper-nickel lain jadinya...apapun kita semua sekadar berkongsi pendapat mengikut pengalaman dan pengetahuan masing2 supaya bila terjumpa lagi syiling begini kita sudah ada rujukan...
    Terima kasih banyak2 Mr.Niew..mungkin ada yg bersetuju dgn Mr.Niew berdasarkan penemuan mereka....tqvm

    BalasPadam