Selasa, 20 September 2011

MAJOR RTR DIE CRACK

Rim-To-Rim die crack merupakan satu error yang sangat istimewa dan jarang dijumpai pada mana2 syiling.Walaupun mungkin ramai pengumpul yg memiliki syiling2 die crack error tapi bagi major  RTR die crack agak jarang kelihatan dipamirkan.
               Sekeping syiling 10 sen 2006 ini bagi depankanta boleh dikategorikan sebagai major RTR die crack error,sangat jelas ianya disebabkan keretakan yg besar terjadi pada die.

                          Bahagian muka syiling 10 sen 2006 ini tiada kesan error

         

                                  Bahagian belakang syiling menampakkan kesan hasil dari keretakan yang terjadi pada die bawah (anvil die).Garisan metal ini dapat dilihat dengan mata kasar

                         Jarang dijumpai syiling RTR die crack yg begitu jelas sekali seperti ini..

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Lebuhraya ada R&R, error pula ada RTR, haha.
    Syabas kerana berjaya memperoleh spesimen ini :)

    BalasPadam
  2. Hi whycollect,
    Hahaha..ya tak ya jugak,persamaan R&R dan RTR ialah kalau jumpa kita kena berhenti!,R&R berhenti untuk rehat dan makan.RTR pula berhenti untuk meraikan penemuan satu error yg baik punyer!
    Tima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam
  3. Salam depankanta,
    Haha saya tertarik bagaimana kamu berdua mengaitkan error ini dengan yang lain. Anehnya ia ngam sekali! Mungkin kadang-kadang betul juga ada nilai-nilai hidup yang boleh kita peroleh daripada syiling error ini. Bagi saya, yang cacat itulah yang patut dihargai kerana mereka berbeza. :)

    BalasPadam
  4. Salam mnfaj,
    whycollect & depankanta selalu bergurau,hanya begini lah cara kami bila terjumpa syiling2 error yg pelik dan menarik...
    Memang betul kata mnfaj,syiling yg cacat ini adalah syiling yg perlu penghargaan kerana ianya melibatkan dua perkara penting.1:ianya telah terjadi akibat ketidak sempurnaan dikilang.2:ianya telah berjaya ditemui oleh pengumpul syiling error.Kedua perkara yg sukar ini mesti terjadi baru ahli2 numis boleh menikmati keunikan syiling error...hehe
    Terima kasih banyak2 mnfaj...

    BalasPadam