Ahad, 18 September 2011

ROTATED DIE 10 SEN 2008

Rotated die menjadi topik yg popular dikalangan pengumpul sejak kebelakangan ini.Depankanta sendiri yang dulunya tidak begitu memberi perhatian kepada error kategori ini mula menyelongkar semula koleksi2 untuk mencari rotated die error.Biasanya imej yg senget sekitar 1-15 darjah dikira sebagai keadaan biasa dan error ini diabaikan oleh pengumpul.
          Dalam post lalu telah dipamirkan syiling 1 sen dan 5 sen yang rotation errornya mencecah hampir 180 darjah.Untuk perkongsian dalam kategori ini lagi, dipamirkan pula syiling 10 sen 2008.

                                     
                                        Bahagian belakang syiling 10 sen 2008
       

      Jika dipusingkan pada sudut tegak 180 darjah,beginilah kedudukan imej pada bahagian muka syiling.


                                   Darjah rotated die error adalah sekitar 100-110 darjah

6 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Wah rotated die error bagi syiling siri bunga raya saya rasa agak sukar dicari berbanding siri parlimen. Secara teorinya, pengawalan kualiti bagi siri bunga raya agak baru haruslah lebih bagus daripada pengawalan kualiti siri parlimen yang lama. Lainlah jika sistemnya berlainan darjah di antara kilang kilang tempa. Saya betul-betul teruja dengan kekreatifan depankanta dalam memaparkan rotated die error ini menggunakan cermin seperti dalam gambar ketiga. Saya pun masih dalam proses belajar untuk mencari cara yang paling bagus dan sesuai dalam memaparkan koleksi koleksi kesayangan kita ini. Haha terima kasih depankanta kerana sudi berkongsi.

    Oh ya baru baru ini saya ke Kelantan juga, melawat kampung sebelah emak. Minta maaf terlupa hendak melawat depankanta. Harap akan datang boleh kita ketemu, mana tau ada waris atau tali persaudaraan. :)

    BalasPadam
  2. Salam mnfaj,
    Terima kasih banyak2,pada pendapat depankanta QC adalah perkara yg paling penting dalam kilang syiling.Kebanyakan error yg dijumpai adalah disebabkan kelewatan pihak QC mengesan kerosakan yg berlaku pada mesin2 yg berkaitan dgn penempaan syiling..apapun itu menjadi rezeki kita semua pula..hehe.
    Depankanta mengalu2kan sekiranya mnfaj sudi menambah baik lagi kaedah foto atas cermin ini dgn memasukkan garis darjah pada cermin, nanti kita sama2 gunakannya.Kaedah ini mungkin terbaik untuk melihat 2 permukaan syiling pada 1 foto,cukup berkesan untuk perkongsian antara blogger Numis.
    Alaa..dah dtg Klate tak royat!..Kg.mana keluarga sebelah mak mnfaj?,nanti kalau dtg lagi boleh lah kita pekena nasi kerabu sambil bercerita panjang....
    Salam dan terima kasih banyak2 mnfaj..

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Oooh, cantiknya rotated die ini.
    Semua yang ditemui simpan baik-baik dulu.
    Satu hari nanti, boleh paparkan semua sekaligus haha.
    Syabas depankanta :)

    BalasPadam
  4. Taniah depankanta,cuba dapat satu set dengan satu putaran penuh!haha!Mencabar.
    Saya masih mencari-cari.

    BalasPadam
  5. Hi whycollect,
    Mencari rotated die pada syiling 10 sen memang sangat mencabar,kalau yg sekitar 45 darjah kebawah mudah terlepas pandang kerana bah.mukanya (congkak) agak sukar distabilkan kedudukan tegak 180 darjah.Kita terpaksa ambil masa lebih sikit utk pusing syiling 10sen..apa pun bila terjumpa syiling begini puas rasanya..(terus minta isteri buat secawan kopi)..hehe
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  6. Hi Mr Dickson,
    Wah,hebat cabaran ni..haha,Memang impian setiap pengumpul syiling error ingin lengkapkan koleksi setiap error pada setiap denominasi dan pada setiap tahun keluarannya.Namun mencari syiling error umpama mencari mutiara dalam tiram.
    Kami masih mengharap Mr Niew akan menerbitkan buku panduan untuk rujukan pengumpul syiling error,ramai blogger Numis baru yg tercari2 panduan ini...
    Terima kasih banyak2 Mr Niew..dalam kesibukan,masih sempat melawat depankanta..TQVM

    BalasPadam