Khamis, 27 Oktober 2011

BEBAYANG DIE CLASH

Die clash errors yg dijumpai pada syiling 1 sen sangat menarik,berbagai keadaan telah dijumpai dan dipamirkan oleh pengumpul.Biasanya kita lihat kesan die clash adalah jelas dan ketara,kita dapat melihat sedikit tebing telah terbentuk pada imej syiling begini akibat ditempa dengan die yg telah berlaku "perlanggaran".Kedalaman imej pada syiling adalah bergantung pada kekuatan perlanggaran yg terjadi.
      Tidak semua die clash errors menampakkan kesan yg sama,sekiranya perlanggaran antara die berlaku hanya tersentuh sedikit sahaja maka kesannya juga hanya bebayang imej yg dapat dilihat pada syiling.

                            Syiling 1 sen 2005,imej die clash kelihatan bebayang sahaja

                     Bahagian muka juga kelihatan penampilan bebayang  imej yg sama

                            Kesan die clash ini kelihatan mendatar sahaja tanpa bertebing...

            Berlainan dengan yg biasa dijumpai,imejnya ketara tenggelam dan bertebing.


6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Nampaknya clash die pada obverse syiling yang dipaparkan di atas itu lebih kurang ditemui jika dibandingkan dengan pada reverse syiling itu.
    Syabas depankanta :)

    BalasPadam
  2. Syabas Depankanta, Die clash yang tip top dan mantap!.. menarik...

    BalasPadam
  3. Is a very obvious Die Crash Errors specimen!
    Good luck to you and thank you for sharing!

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    Syiling seperti ini perlu dijaga dgn baik kerana imej ghostly hasil dari die clash hanya nampak bayang2 sahaja..Kalau syiling yg lasak mungkin tidak kelihatan lagi imej yg sangat nipis ini...
    Tima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  5. Terima kasih banyak2 iaryylr,
    Kebetulan ada koleksi die clash errors sekeping dua,boleh dikongsi bersama..
    Depankanta lebih kagum dgn koleksi iaryylr yg pelbagai,semoga syiling error juga diberi perhatian kerana bidang ini belum ramai yg ceburi sedangkan premiumnya semakin hari semakin meningkat....
    Terima kasih banyak2 iaryylr...

    BalasPadam
  6. Hi Mr Dickson,
    Dalam banyak2 koleksi die clash errors sukar dijumpai syiling seperti ini,ianya terjadi pada kedua permukaan syiling tetapi imejnya sangat tipis.Mungkin die clash yg terjadi hanya tersentuh sedikit sahaja...
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson....

    BalasPadam