Selasa, 25 Oktober 2011

CLAD LAYER ERRORS

Syiling 1 sen Malaysia dibuat dari copper clad steel antara lain tujuannya adalah bagi melembutkan planchet bila proses tempaan dilakukan.Lapisan steel yg berlapikkan copper seperti sandwich ini akan memudahkan die menempa syiling 1 sen.Sekiranya hanya logam steel sahaja yg digunakan tentu ketahanan dienya akan mudah terjejas disebabkan kekuatan besi itu dan sekiranya copper sahaja yg digunakan,kos untuk logam ini mungkin akan melebihi nilai muka syiling 1 sen..Kombinasi copper dan steel mungkin difikirkan yg terbaik untuk syiling 1 sen pada masa itu....
       Antara kelemahannya pula ialah kadang2 proses cladding akan meninggalkan kesan pada layer atas atau bawah..Keadaan ini akan menyebabkan permukaan syiling 1 sen kelihatan berkedut dan dikenali sebagai clad layer errors...

                            Antara spesimen clad layer error adalah syiling 2005...ditemani die chip error

                              2006......ditemani die crack error

                            1994.....ditemani die chip error

            Kelihatan ciri2 kedutannya sama dan kebanyakan yg dijumpai adalah bahagian belakang syiling 1 sen

      

6 ulasan:

  1. koleksi terbaikkk daripada pakar syiling error...biasanya yang die chip error ni banyak sgt dijumpai pada syiling 1 sen 2004..tp utk tahun 1994 dan 2006 rasanya susah sikit nak jumpa kan bro depan kata...apa2 hal tahniah utk bro depan kanta...terima kasih kerana sudi juga berkongsi dengan kita semua..

    BalasPadam
  2. Terima kasih akupunyer,
    Sebenarnya depankanta juga masih dalam proses pembelajaran tentang syiling error ni,memang benar syiling 1 sen tahun 2004 & 2005 mendominasi die chip error dan 2006 juara die crack error..
    Kalau rajin memburu sebenarnya kita boleh buat set syiling 1 sen die chip error 1989-2007 siri bungaraya kerana mengikut koleksi depankanta,semua tahun ada die chip error(sebahagianya agak sukar dijumpai)
    Terima kasih banyak2 Akupunyer....

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Set complete siri bunga raya dengan kecacatan yang sama jika boleh diperolehi pasti menarik sekali.
    Syabas depankanta :)

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    Untuk melengkapkan set beberapa kategori error siri bunga raya rasanya boleh diusahakan.Depankanta cuba untuk denominasi 1 & 5 sen..Untuk denominasi lain kena bagi pada whycollect,mnfaj dan Mr Dickson..haha
    Memang betul,kalau kita dapat lengkapkan set error begitu tentu ianya akan menjadi koleksi yg menarik dan sepatutnya ada pada pengumpul syiling error..
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  5. satu idea yang menarik daripada bro depankanta...mengumpul koleksi die chip error 1989 - 2007...x tahu la plak daripada 1989 - 2007 ada yang die chip error..nk kena cari cari nih...terima kasih pada info yg diberikan oleh bro depankanta tuh...

    BalasPadam
  6. Salam akupunyer,
    Mengikut penemuan depankanta memang ada setiap tahun syiling 1 sen siri bunga raya yg terjadi die chip errors..Kalau akupunyer dapat cari semua,memang terbaikk.....
    Terima kasih banyak2 akupunyer...teruskan memburu...

    BalasPadam