Sabtu, 15 Oktober 2011

NILAI MUKA,NILAI LOGAM DAN NILAI NUMIS

Santai sambil menghirup secawan kopi dihujung minggu tiba2 terlintas difikiran,berapa nilai syiling 1 sen Malaysia sekiranya masih ada dalam edaran hari ini...Walaupun pada realitinya nilai ini tidak wujud lagi pada logam syiling 1 sen tapi nilainya tetap masih ada dalam ekonomi negara.Beberapa bil bulanan kita masih tertera angka sen ini tapi cara bayarannya telah dipergenapkan kepada 5 sen terhampir.
         Nilai logam copper clad steel syiling 1 sen pula pernah seorang blogger cuba mengira harga kandungan logamnya dan beliau menganggarkan harga sebenar logam itu sekarang ialah 3 sen sekeping,tidak pula diterangkan bagaimana kiraan itu dibuat.Melihat pada harga tembaga dan besi sekarang nilai itu mungkin betul.
        Pengumpul dan ahli2 numismatik pula mempunyai cara mereka tersendiri dalam memberi nilaian pada setiap syiling,nilaian ini jauh melangkau dari fikiran masyarakat biasa.Maklumat terkini,dalam lelongan MNS sekeping syiling 1 sen 1976(copper) terjual dgn harga rm3k!.

         Bagi mencari nilai 1 sen,depankanta beli satu paket kacang produk iks di bandar K.Bharu dgn harga rm1.00

                                          Bila dibuka boleh tahan juga isinya...

                                           Bila dikira jumlahnya 91 biji......

          Diambil kiraan mudah,sebiji satu sen (harga sebenar 0.91sen)...Kalau dijual sebiji sebiji,sanggupkah kita tukar syiling 1 sen dgn sebiji kacang ini?

                                      Atau dengan syiling 1 sen ini...
                                 Selamat bercuti hujung minggu.........


7 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Wah menarik sekali entry depankanta hari ini! Santai dan juga membawa kita berfikir! Haha. Atas fikiran saya sebagai pengumpul, saya sanggup menukarkan satu bekas kuih tersebut dengan syiling parlimen yg kedua itu.. apatah lagi dengan sebutir sahaja. Tapi itu dari sudut pandangan saya. Sudut pandangan orang yang tidak minat akan koleksi duit lama Malaysia pula beranggapan syiling 1 sen, waima tahun 1970 sekalipun, elok dibuang saja. Kita yang patut sedih atau mereka yang patut sedih?
    Terima kasih atas berkongsi. :)

    BalasPadam
  2. Hi depankanta,
    There's a saying that numismatic is the only hobby where "you can spend every sen you have on your hobby, but still have money left over."
    Haha, never underestimate these 1sen coins for they are worth more than their weight.
    If the 1976 copper one sen is out of reach, maybe can still go after the others in BU from the parliament series.
    Honestly they are not easy to come by nowadays.
    Happy collecting, depankanta :)

    BalasPadam
  3. Salam mnfaj,
    Syiling 1 sen banyak berjasa pada orang2 kampung..Sejak era SS mereka guna syiling ini secara meluas utk berbagai kegunaan..Zaman telah berubah dan gaya hidup kita juga telah berubah,salah satu mangsa perubahan ini ialah syiling 1 sen...
    Bagi pengumpul,mereka mencari dan meletakkan semula nilai zaman syiling itu digunakan tanpa mengira zaman mana pengumpul itu berada.Itulah keistimewaan seorang pengumpul...
    Terima kasih banyak2 mnfaj...

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    Hobi mengumpul syiling ini memang menarik,tambah lagi mengumpul syiling error.
    Berapa banyak sekali pun kita kumpul samada minor atau major errors,kalau bernasib baik kita akan mendapat premium yg lebih dari nilai muka bagi setiap keping syiling tapi kalau terdesak sangat kita tukar saja dan dapat semula nilai mukanya...hehe
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  5. Satu sen nilai satu biji kacang botak!Haha!
    Tetapi nilai Satu Sen 1976 Copper dengan berat 1.94gm berharga RM3,600.00.
    Sekarang,nilai setiap gram satu sen 1976 copper ini ialah RM1,855.67!!
    Nilai coppernya setiap satu gram = 10X harga emas/gm.

    BalasPadam
  6. Hi Mr Dickson,
    Kalau nak dikira,kaki syiling mistik lagi hebat dia orang punya taste.Depankanta pernah dengar sekeping syiling yasin dijual dgn harga rm25k,tapi tiada sumber nak disahkan!..
    Tahniah pada MNS utk syiling copper 1976 tu dan apa cerita pula syiling 1 sen nickel 1979?.Bukan ke premiumnya lebih tinggi!...
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson...

    BalasPadam
  7. as'salam..sy nk tnye skit bley x..sy ade duet syiling 1 sen tahun 1958..depan gmbr queen elizabeth dan blkg nye tulis malaya and british borneo..agak2 duet ni sah x kalo nk dijual kat pasaran lelong..dan bpe ye harganye kalo ia nye sah dijual..kalo bley msj bgtau sy kat no 0176732586..terima kasih..=)

    BalasPadam