Khamis, 17 November 2011

PMD @ MINT ERRORS

Syiling 50 sen 2001 ini mengikut pendapat depankanta adalah syiling tulin,keadaan permukaan planchetnya yg ketara menampakkan kelainan dari syiling biasa menjadikan syiling ini istimewa.
     Keseluruhan kedua permukaan syiling ini terdapat kesan hakisan logam.Berbagai kemungkinan boleh diandaikan pada sekeping syiling ini,samada Post Mint Damage (PMD),strike through grease,lamination error atau apa saja striking error...
                                     Seluruh permukaan planchetnya terjejas teruk....

                    Bagi mempastikan samada ianya mint error atau PMD,terdapat tempat perlu diberi penelitian..
                           Bahagian muka syiling ini juga kelihatan kesan yg sama...

                             Kalau difokuskan pada beberapa bahagian tertentu,kelihatan kesan mengelupas yang merupakan ciri2 lamination error....
             Mungkin pakar-pakar syiling error kita dapat membantu kenal pasti kategori sebenar syiling ini

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Kalau beratnya ialah 9.33gm,ia mungkin adalah strike through grease atau Inperfect clad layer error.
    Kalau beratnya kurang,maka PMD seperti makan asid mungkin jawapannya!
    Walau bagaimana pun,ia merupai corak ukiran batik Trengganu!haha!

    BalasPadam
  3. terima kasih kepada DEPANKANTA kerana banyak mmberikan info di blogspot saya, tQ.

    BalasPadam
  4. Hi Mr Dickson,
    Melihat secara detail syiling ini,besar kemungkinan ianya adalah strike through grease.Ciri2 yg ada pada syiling ini(terutama foto terakhir)menunjukkan kesan tempaan keatas grease,dgn pengesahan oleh Mr Niew menguatkan lagi andaian ini..Batik Terengganu mahal harganyaaa..haha
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson..

    BalasPadam
  5. Salam dan terima kasih bekok,
    Perkongsian tentang syiling error Malaysia penting bagi meningkatkan kemahiran kita.Salah satu cara terbaik ialah melalui pemerhatian keatas syiling2 dan komen yg dipamirkan oleh semua Blogger(sebagai permulaan).Malaysia masih terlalu kurang pakar2 syiling error berbanding negara maju yg ada pakar bagi setiap kategori error!..Mungkin bekok adalah salah seorang yg akan berada ditempat itu suatu hari nanti...
    Terima kasih banyak2 bekok...

    BalasPadam