Isnin, 5 Disember 2011

MINOR BROADSTRIKE

Broadstrike error yg biasa adalah bagi kategori syiling yg ditempa tanpa collar dan planchet akan menjulur keluar sedikit melebihi saiz biasa,dalam keadaan tertentu broadstrike juga ada kesan off centre error tapi yg jelas membezakannya adalah bagi syiling broadstrike semua detail,huruf,imej dan angka yg ada tidak terjejas dan semuanya masih kelihatan,sekiranya sebahagiannya telah hilang semasa proses penempaan ianya adalah off centre error..Keadaan ini hanya boleh dilihat pada syiling yg agak ekstrem kesan kedua2 error ini.
      Bagi perkongsian tentang error ini,depankanta hanya mampu pamirkan sekeping syiling yg ada sedikit ciri2 broadstrike atau minor broadstrike...
                                Syiling 1 sen 1998 dgn ciri2 minor broadstrike....

                                Syiling 1 sen agak sukar ditemui yg ketara kesan broadstrike berbanding dgn syiling2 lain.Syiling 1998 ini masih kelihatan collar rim pada bahagian muka kerana kesan broadstrike hanya sedikit sahaja.

                      Berbanding dgn syiling 1 sen lain,syiling broadstrike agak lebar sikit saiz diameternya dan collarnya menjadi hampir rata....
       Bagi lebih memahami dan melihat spesimen broadstrike error yg ekstrem/major, pelawat boleh lah merujuk blog pakar2 numismatik yg ada..

2 ulasan:

  1. 1 sen yang bernilai nie depan kanta... :)

    BalasPadam
  2. Salam iaryylr,
    Syiling broadstrike memang premium tinggi,ianya dalam kategori striking errors.Pengalaman depankanta syiling begini sangat sukar dijumpai walau untuk yg minor broadstrike,apa lagi yg gred yg agak baik...
    Terima kasih banyak2 iaryylr,teruskan pemburuan syiling begini sementara berpeluang...tqvm

    BalasPadam