Khamis, 12 Januari 2012

ROTATED DIE SIRI BUNGA RAYA

Rotated die error adalah antara kategori yang mudah difahami bagaimana ianya terjadi.Bila proses penempaan menggunakan dua die,iaitu die atas (hammer die) dan die bawah (anvil die) digunakan tentu tentu lama kelamaan komponen yang memegang die akan longgar dan menyebabkan die terpusing dari kedudukan asal.
    Die atas dan die bawah yang asal kedudukannya selari mengikut imej dikedua permukaan syiling,terpusing sedikit demi sedikit yang menghasilkan darjah pusingan error yg semakin meningkat.
    Terdapat dua kiraan darjah pusingan error ini yg popular digunakan oleh pakar2 syiling error iaitu sudut maksima 180 darjah dan sudut maksima 360 darjah.Depankanta lebih cenderung untuk menggunakan 180 darjah kerana kiraannya lebih mudah.Kecondongan imej pula digambarkan dgn (CW) Clockwise dan (CCW) counterclockwise mengikut arah imej yg terpusing.
   Perkongsian dalam siri error & denominasi sekali ini akan memaparkan koleksi syiling rotated die error..

                                  50 sen 2005    CCW 170 DARJAH
                             
                                 20 SEN 2005      CCW 165 DARJAH

                                10 SEN 2006       CCW 160 DARJAH

                                   5 SEN 1999         CW 150  DARJAH

                                 1 SEN 2006        CW 165 DARJAH

 
    

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Sebagaimana yang dikatakan En Dickson, rotated die ini semakin berkurangan memandangkan tahap teknology tempaan semakin meningkat.
    Kamipun kini mengambil kesempatan mencari mereka pada bila-bila masa yang mengizinkan.
    Hehe, kesemua ini pasti akan menjadi buruan pengumpul kelak.
    Tahniah, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Salam depankanta...
    Menarik sekali dengan siri Rotated Die yg ditunjukkan. Bagi duacongkak sendiri sedang kemas2 jenis rotated die dr 1 sen hingga 50 sen. Terima kasih bnyk2 dengan perkongsian ini dan tahniah setelah berjaya kumpul kesemua siri.
    setuju dengan komen whycollect yg memberi pendapat, masa kini untuk mendptkan syiling Rotated Die Error semakin sukar. Apa pun koleksi depankanta sudah lengkap.
    Tahniah n terima kasih.

    BalasPadam
  3. Hi Whycollect,
    Memang tepat sekali pendapat Mr Dickson,bila diperhatikan semakin setahun semakin sukar dijumpai syiling2 rotated die.Mungkin pihak kilang telah ambil berat tentang kedudukan die.
    Menjelang pengedaran syiling baru nanti mungkin kita semakin sukar berjumpa dgn syiling2 begini tapi selagi proses penyilingan masih menggunakan teknologi dan prosedur yg sama,peluang kita tetap ada.
    Terima kasih banyak2 whycollect,selamat bercuti hujung minggu...

    BalasPadam
  4. Salam duacongkak,
    Dah menjadi tabiat pengumpul,sentiasa tidak berpuas hati dgn koleksi yg ada.Jika dah ada yg bergred UNC,nak cari pula yg BU.Dah ada yg minor error dan cari pula yg major error!..hehe
    Begitu juga depankanta,walaupun dah ada koleksi rotated die semua deno tapi rasa nak cari pula rotated die untuk semua tahun keluaran..Harap2 sempat dikumpulkan,buat perkongsian dgn rakan2.
    Koleksi syiling error duacongkak juga cepat meningkat,samada kuantiti maupun kualitinya...
    Syabas dan terima kasih juga untuk duacongkak..

    BalasPadam