Rabu, 1 Februari 2012

DOUBLE RIM

Satu lagi kategori error yang jarang dipamirkan oleh pengumpul syiling error Malaysia ialah double rim error.Pemerhatian depankanta mendapati error ini hangat juga dibincangkan dikalangan pengumpul peringkat antarabangsa.Perbincangan ini boleh diikuti di:http://www.coincommunity.com/forum/topic.asp?TOPIC_ID=108080

     Faktor utama syiling2 Malaysia tidak diberi perhatian pada kategori error ini ialah kerana terlalu banyak dan mudah dijumpai syiling2 ini dalam edaran.

    Double rim bermaksud dua rim yg terjadi pada sesekeping syiling dan ianya hampir sama pada ketinggiannya,kalau sebahagiannya tinggi akan dikategorikan sebagai finned rim @ finned edge.Double rim adalah bawah sub kategori striking error sebagaimana finned rim,off centre,broadstrike dll.Tentu pelawat biasa menjumpai syiling2 begini dalam perbelanjaan seharian.

      Dipamirkan sekeping syiling US 1 cent lincoln memorial 1991 untuk perkongsian bersama.
                          Bahagian muka syiling kelihatan juga kesan minor off centre.Double rim dari jam 1.00 hingga jam 4.00

                            Bahagian belakang syiling tiada kesan double rim.Semua syiling US di tandakan mintmark  kerana disana terdapat banyak kilang2 syiling diserata negeri,setiap kilang menandakan syiling keluaran masing2.Kita disini hanya ada satu saja kilang syiling jadi tidak perlu ditanda apa2....

                       Syiling  Doubled rim begini diberi  premium oleh pengumpul mereka.

                      Syiling Malaysia didapati banyak yg terdapat kesan double rim menyebabkan sesetengah pengumpul tidak pandang syiling2 begini..
Mengikut pakar syiling error Malaysia Mr Dickson Niew,syiling ini berkemungkinan adalah dalam kategori Misaligned die (MAD).Berikut adalah penjelasan beliau yg juga dapat dibaca dalam ruangan komen:

Ini kemungkinan besar ialah Misaligned die (MAD) errors. It occur when the anvil (usually the obverse design for Malaysia but in USA is the reverse) die stays in its proper orientation but the upper hammer die becomes misaligned. The result is that the obverse appears to be off center and it is not until you flip the coin over and see that the reverse is still centered that it was struck by a misaligned die......Dickson Niew
     Sekalung ucapan terima kasih untuk Mr Dickson atas penjelasan ini,mungkin suatu hari nanti kita dapat pamirkan berbagai sub-kategori dalam rim error.
 
   

4 ulasan:

  1. Ini kemungkinan besar ialah Misaligned die (MAD) errors. It occur when the anvil (usually the obverse design for Malaysia but in USA is the reverse) die stays in its proper orientation but the upper hammer die becomes misaligned. The result is that the obverse appears to be off center and it is not until you flip the coin over and see that the reverse is still centered that it was struck by a misaligned die.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Walaupun syiling2 begini kurang mendapat perhatian dari pengumpul tempatan diharap Mr Dickson terus dapat memberi penerangan tentang sub-kategori berkaitan rim error..
      Mungkin masih ada kategori yg belum pernah dipamirkan,tentu keadaan ini menyukarkan bagi peminat syiling error untuk melihat perbezaan setiap kategori.
      Terima kasih banyak2 Mr Dickson..(komen Mr Dickson telah dimasukkan kedalam nota post)

      Padam
  2. Hi Dickson & depankanta,
    Thanks for the good explanation, Dickson.
    Yes, like what depankanta has mentioned, this phenomena is quite common among our local coins.
    Anyway, we still keep them especially those with very pronounced effect.
    Thanks a lot for sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Penerangan dari pakar2 sentiasa dialu2kan bagi memantapkan penumpulan syiling error.Kita masih jauh ketinggalan dalam bidang ini berbanding dgn negara2 lain yg begitu meriah membincangkan tentang syiling error.
      Nampaknya whycollect pun kena berani mengambil bahagian untuk memberi komen yg jitu,nanti kita sama2 belajar dari kesilapan.
      Error yg berkaitan rim memang banyak dijumpai pada syiling Malaysia bagi semua deno,mungkin disebabkan keadaan ini maka pengumpul tidak beri perhatian.
      Sekurang2nya biarlah kita ada beberapa spesimen bagi setiap sub-kategori bagi tujuan melengkapkan koleksi syiling error...
      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam