Selasa, 21 Februari 2012

LATHE LINES

   Tertarik dengan post berkaitan lathe lines yg dipamirkan oleh Mr Dickson Niew,penerangan lengkap diterangkan oleh nucoins dalam blog Mr Dickson itu.depankanta menyemak semula koleksi syiling 50 sen 1988.Ternyata syiling siri Parlimen ini mempunyai kesan lathe lines dalam bentuk lingkaran concentric circles yg jelas.Malangnya syiling yg dijumpai ini agak sudah lasak dan lusuh.

        Secara ringkasnya lathe lines terjadi pada permukaan die semasa proses akhir  pembuatan die sebelum ianya dipolish bagi menghasilkan permukaan die yg licin dan rata,dalam keadaan tertentu terdapat die yg tidak dipolish atau tidak dipolish dgn sempurna menyebabkan masih terdapat kesan lathe lines pada permukaan die dan akan menghasilkan bentuk yg sama pada syiling yg ditempa.

                          Sukar untuk posisikan syiling ini semasa diambil foto bagi memperlihatkan lathe lines.
                       


                           Syiling 50 sen 1988,biasanya lathe lines hanya terjadi pada bahagian muka syiling sahaja kerana hanya die bawah sahaja yg terlibat.

              Dijumpai juga lathe lines pada 20 sen 2007 siri bunga raya yg terjadi pada bahagian muka syiling.




                        
           Pernah dipamirkan berkaitan fenomena ini dalam tajuk:   http://depankanta.blogspot.com/search/label/lathe%20lines



                  Syiling 5 sen 2010 ini juga terdapat ciri2 yg sama tetapi terjadi pada bahagian belakang syiling.


                   Fenomena ini tidak hanya terjadi pada syiling tapi turut terjadi pada  token sebagaimana yg dipamirkan oleh whycollect dalam blog beliau.

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Wow, begitu banyak sekali syiling berfenomena ini dijumpai depankanta.
    Syiling 5sen itu yang tercantik sekali.
    Phiit, mari kita semua tekun mencari.
    Satu hari kelak, semua ini boleh dipamerkan sekaligus, haha.
    Tahniah, depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      lathe lines error pada awalnya tidak begitu diberi perhatian oleh pengumpul.Selepas mendapat penerangan dari Nu dan Mr Dickson tambah lagi dengan memberikan RSP menyebabkan semangat untuk mencari syiling ini dalam gred yg baik semakin berkobar2..haha

      Cadangan dari whycollect itu sangat baik,masing2 blogger pamirkan syiling error dalam satu kategori yang sama sekali gus dan kita sama-sama lihat apa persamaan dan perbezaannya.Cara ini akan lebih cepat lagi kita mempelajari berbagai sub-kategori sesuatu error...

      Terima kasih banyak2 Whycollect..

      Padam