Rabu, 22 Februari 2012

SYILING BERBICARA 5 (1 SEN 1970)

Syiling buatan kilang Hamburg Mint,Germany ini terus menjadi goreng pisang panas macam  hamburger disana juga. dengan jumlah tempaan sebanyak 2,535,000 menjadikan syiling 1 sen 1970 ini sangat sukar dijumpai.Syiling buatan negara asal kereta VW  ini juga dapat dikenali secara mudah dgn pemerhatian pada rimnya yg agak tebal sedikit selain tempaannya yg cantik dan kemas.

        Pemburuan syiling 1 sen 1970 ini menjadi semakin sukar sejak BNM menarik semula syiling 1 sen dari edaran dan tidak lagi mengeluarkan syiling 1 sen dalam siri ke3.Bagi pengumpul yg idamkan syiling 1 sen terpaksa mengatur langkah panjang apa tah lagi untuk mencari syiling 1 sen siri pertama atau Parlimen.Bila dijumpai siri Parlimen,terpaksa pula bertungkus lumus mencari syiling 1 sen 1970 yang paling kecil pengeluarannya.

         Mengikut pendapat pakar2 numismatik Malaysia,terdapat juga syling 1 sen 1970 yg diperbuat dari copper clad steel  selain dari logam copper yg menjadi logam biasa syiling ini.Spesifikasi syiling copper:


                        Berat :   1.9500 gm

                        Diameter :18 mm

                       Ketebalan : 1 mm
 
         Mr Dickson Niew pernah menulis bahawa hingga sekarang hanya tiga keping syiling 1 sen 1970 copper clad steel yg dapat dikesan.Pemburuan syiling ini hanya memerlukan magnet kerana perbezaan utama antara syiling copper dan copper clad steel ialah syiling2 copper tidak lekat magnet dan sebaliknya pada syiling copper clad steel,keadaan ini terbalik pada syiling keramat 1 sen 1976 copper yg sedang menjadi fokus pengumpul kini kerana syiling 1976 biasa adalah copper clad steel manakala syiling bertuah adalah dari bahan copper.

        Bila melihat harga terkini dalam ebay,harga syiling 1 sen 1970 yang ditawarkan mencecah rm118 dan sebanyak 23 bit direkodkan pada 21.2.2012,bererti pembida terakhir itu sanggup membayar harga rm150.00.Depankanta mengagak harga ini akan terus meningkat dgn mendadak dan tidak mustahil  nilai logam syiling 1 sen 1970 ini sama atau lebih dari nilai emas tulin suatu hari nanti.


                                      1sen 1970 copper
     



                               ebay 21.2.2012



36 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Apapun simpan dulu, haha.
    Kami berpendapat cara ini baik sekali.
    Ia tidak memberi banyak tekanan kepada kita. Jangan sampai ke tahap di mana ia sudah menjadi begitu popular sehingga diburu ramai, baru kita bertindak.
    Tahniah depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Nampaknya syiling 1 sen siri Parlimen begitu cepat meningkat harganya terutama syiling2 yg low mintage spt 1970 ini.Walaupun harga sudah melambung tinggi tapi tidak banyak yg ditawarkan untuk jualan.

      Bila terus kurang penawaran syiling2 ini,permintaan menjadi semakin tinggi dan dgn sendirinya harga akan terus meningkat.

      Dalam keadaan sekarang,walaupun sukar tapi sekiranya bernasib baik kita masih boleh jumpa syiling2 ini yang dikeluarkan dari tabung ayam orang ramai.Usaha menjejaki syiling2 begini perlu cepat sebelum ianya dilupuskan oleh BNM.
      Terima kasih banyak2 whycollet...

      Padam
    2. aku ader duit 1 sen copper 1967 (2 keping) dan 1 sen 1973 (1 keping. aku dah test dengan magnet memang tak menarik dan aku ada 2 keping syiling 1 sen 1976 (copper clad steel)

      Padam
    3. mertua saya ada syiling 1/2 sen thn 1889

      Padam
  2. Salam Zul,
    Terima kasih kerana melawat blog ni,syiling 1 sen 1967 sememangnya diperbuat dari logam copper.1 sen 1973 terdapat dua logam yg digunakan iaitu copper dan copper clad steel sementara 1 sen 1976 adalah copper clad steel.
    Kesemua syiling2 itu adalah syiling 1 sen siri Parlimen yg biasa,koleksi yg ada itu elok dijadikan permulaan bagi sdr.Zul memulakan pengumpulan syiling 1 sen siri parlimen yg semakin sukar diperolehi sekarang ini.
    Terima kasih banyak2 sdr Zul...

    BalasPadam
  3. hi, i got a few 1970 1 sen, u interest? tapi tak boleh di tarik oleh magnet la (normal copper).. :P
    my contact is 0123588223

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Anonymous,
      Sila bagi gred dan harga yg u mahu,tentu ramai pelawat yg berminat...Kalau dapat emel foto lebih baik..thnx

      Padam
  4. 2keping 1976 copper dan 1keping 1979 copper... berapa harga terkini?

    BalasPadam
  5. saya tak letak gmbr lagi kat fb...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sdr rosli,
      Syiling 1 sen 1976 copper tinggi harganya dan syiling 1 sen 1979 copper belum pernah dijumpai..Dicadangkan sdr hubungi Mr Dickson Niew (dniew33@streamyx.com or 0179796337)untuk pengesahan tentang syiling2 berkenaan....tq

      Padam
    2. mcmana pulak kalau saya ada syiling 1 tahun 76 n 79 tp bukan copper? ada nilai ke? anyway 10q

      Padam
    3. Salam sdr Rosli,
      Syiling lama tetap bernilai,harganya bergantung pada gred syiling..1 sen 76 dan 79 copper clad steel biasa dilihat dalam ebay sekitar rm5-10 bagi gred unc...tq

      Padam
    4. terima kasih diatas kesudian sudara b'kongsi ilmu dgn sy.

      Padam
  6. saya terkejut tengok2 berita tentang syiling 1sen 1970,sy x pnh tahu pn bleh jual syiling..
    sy cuba cr2 jumpa 1 keping je,
    sy lekat atas magnet tp x bertindak balas.
    sapa nak hbungilah sy,number 0175360436.
    no email2 ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain syiling 1 sen 1970 banyak lagi syiling2 yg menjadi tarikan pengumpul,sila lihat post"syiling buruan 2011"..

      Pembeli/pengumpul biasanya akan mengutamakan gred syiling yg akan dibeli,adalah lebih mudah sekiranya tuan dapat berikan sedikit gambaran kondisi syiling berkenaan...

      Terima kasih sdr fisabilillah,semoga ada pelawat yg berminat dgn tawaran tuan ini...

      Padam
  7. boleh saudara explain makna proof coins..sy ada baca syiling rm1 1971 ada yg proof..betul ke dan macamana rupanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan,
      depankanta bukan pakar untuk jelaskan semua ini dgn tepat...Sekadar untuk berkongsi,proof coins adalah syiling keluaran khas oleh kilang untuk tujuan koleksi semata2 dan dibuat dgn mutu terbaik dgn permukaan syiling berkilat seumpama cermin,biasanya diletakkan dlm bekas khas dan dijual bersama sijil.

      Depankanta juga ada terbaca syiling rm1 1971 proof dgn mintage hanya sebanyak 500 keping tetapi tidak pernah pula dipamirkan oleh mana2 pengumpul,yg ada dipamirkan ialah rm1 1980 proof.(boleh dilihat dlm google image)..Mungkin ada silap dimana2...

      Semoga ini dapat membantu tuan,terima kasih kerana sudi melawat....

      Padam
  8. tolong tuan jelaskan perbezaan syiling cooper dan nickel..bagaimana cara untuk mengujinya..salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aim,
      Syiling copper(tembaga)adalah berwarna kuning keemasan seperti yg ada pada permukaan semua syiling 1 sen Malaysia dan syiling nickel adalah berwarna cerah spt perak yg dapat dilihat pada syiling Malaysia denominasi 5sen,10 sen,20 sen dan 50 sen.Untuk menguji kedua logam ini perlukan kepakaran dibidang logam,bagi depankanta cukup dgn pemerhatian mata berdasarkan ciri2 diatas...

      Semoga keterangan ringkas ini dapat membantu tuan...Terima kasih kerana sudi melawat...

      Padam
  9. maaf tuan ..nk tya lg..macamana nk kenal syiling proof yg xde sijil atau kotak..cth 50 sen 1980..(spt dlm gmbar sl colector coins blog)..mgkin syiling ni berada dlm pasaran..boleh tlg jelaskan..timakasih daun keladi atas semua penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aim,
      Soalan ni sukar utk dijawab,syiling proof bila dikeluarkan dari bekasnya akan mudah tercalar/terjejas kerana permukaannya sangat sensitif.Walaupun permukaannya sudah tercalar dalam gred apa sekali pun syiling proof tetap syiling proof..Hingga hari ini depankanta belum ada pengalaman menemui syiling ini dalam edaran cuma setakat syiling biasa UNC luster...

      Mungkin pada fieldnya yg berkilat macam cermin(kalau masih ada)dan detailsnya yg tajam dan sempurna dapat dijadikan panduan...

      Terima kasih sdr aim,maaf kerana kurang lengkap.Tuan boleh juga bertanya kepada sifu Mr Dickson Niew dalam blognya berkaitan hal ini...

      Padam
  10. salam..
    sy ada pertanyaan sy mempunyai syiling
    -1 sen siri petama tahun 1967 (1),1971 (1),1973 (2)
    -50 sen 1967 (1),1969 (1) berparit,1988 (1) 3 extra dot, 1977 (1) vf condition,2000 (1) cooper colour
    -20 sen 1977 (1) vf condition
    -10 sen 2005 (1) error coin

    adakah berbaloi sy menyimpan syiling2 tersebut..bernilaikah satu hari nanti


    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali tuan,
      Persoalan ini sewajarnya dijawab oleh tuan sendiri..jika dijual semua syiling2 itu hari ini,tuan akan dapat nilai yg tak seberapa dan jika disimpan dgn tujuan untuk dijual masa akan datang mungkin harganya boleh lebih sedikit TETAPI jika tuan simpan sebagai satu HOBI,tuan akan dapat kepuasan yg tak ternilai yang hanya dapat dirasai oleh ahli2 sains numismatik..

      Terima kasih kerana sudi melawat dan berkongsi..

      Padam
  11. 1 sen 1970 copper

    0198048403

    BalasPadam
  12. salam...bagaimana dengan nilai 1 sen tahun 1919 hingga 1962...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr rafidz,
      Semua syiling 1 sen klasik ada nilai tersendiri,sebahagiannya spt denominasi 1/2 sen adalah bernilai tinggi,sdr boleh semak harga tawaran dan harga yg di"bid" dalam ebay. Syiling 1 sen 1970 adalah istimewa kerana ianya adalah syiling moden Malaysia dan harga terkini dalam lelongan MNS pada 24 mac 2013 ialah rm300 sekeping(unc)..Terima kasih

      Padam
  13. salam,sy ada syiling 1 sen british malaya dimana dibhagian depannya ada kris bersilang..ada sesiapa yg berminat?ia berada dalam keadaan baik.

    BalasPadam
  14. saya ada duit syiling 1sen tahun 2000 bewarna perak,
    1sen 5sen & 20sen blank / tiada nombor dan corak. 1 sen sebelah berwarna perak dan sebelah berwarna perak separuh gangsa. Duit 10sen tahun1997 separuh saja gambar congkak.
    berapakah harga syiling tersebut.
    jika berminat sila email saya di riffinvmd@hotmail.com
    Thanks.

    BalasPadam
  15. adakah syiling tersebut diketegorikan error

    BalasPadam
  16. saya ada 1 sen 1970 berminat 0143812436 sy akn tnjuk gambar cion tersebut

    BalasPadam
  17. btol ke 1sen 1970 lekat magnet ada nilai?sy ada sekeping.klu berminat hubungi 0172801927

    BalasPadam
  18. I have one sen 1970 cooper clad steel...call me for the best price 0124417135

    BalasPadam
  19. Yes I have to agree that 1 sen 1970 is hard to find,the selling price now is more than RM 120-vf

    BalasPadam