Isnin, 23 April 2012

5 SEN S3M,DIE ADJUSTMENT STRIKE

         Penemuan syiling die adjustment strike error pernah dipamirkan dahulu,dalam post berkenaan dipamirkan syiling 1 sen 2004 yg kelihatan ditempa dalam keadaan yg melebihi had biasa yg menjadi
kan imej dan semua details seolah2 tenggelam kedalam planchet.Bila keadaan adjustment pada die tidak menepati kedudukan sebenar ianya akan menghasilkan samada imej yg kabur akibat weak strike atau imej yg tenggelam sikit kedalam planchet akibat setting yg tidak tepat.

     Perkongsian kali ini adalah hasil penemuan sekeping syiling 5 sen s3M 2012 yg kelihatan imejnya agak tenggelam sedikit kedalam planchet.Bagi depankanta lebih cenderung utk mengaitkan syiling ini dgn die adjustment strike error yg jarang dijumpai pada syiling Malaysia...

                  Die adjustment strike error dikesan pada bahagian muka syiling 5 sen s3M 2012

                  Melihat berbagai sudut syiling berkenaan...Error dalam kategori ini sukar dijumpai pada syiling Malaysia sama siri Parlimen atau bunga raya...

               Perhatikan imej yg kelihatan hampir tenggelam kedalam planchet akibat kesilapan semasa membuat setting kedudukan die atau pelarasan kedudukan die sebenar belum dimuktamadkan...

           Bahagian belakang syiling ini tidak terjejas....

   

4 ulasan:

  1. Hi Depankanta,

    Die Adjustment Strike (‘DAS) memang ujud dimana Die dan Planchet yang baru diuji dari segi kekuatan dan sebagainya. Biasanya coin-coin yang telah diuji akan dimusnahkan dari pengedaran umum atau disimpan oleh Kilang yang bertanggungjawab. Kemungkinan juga coin-coin semua ini akan dicampurkan dengan coin-coin biasa (dengan tidak sengaja) dan seterusnya diedarkan.

    DAS dikatakan mempunyai ciri-ciri yang unik dan dapat dibezakan dari coin biasa. Antara lain ialah coin-coin yang sangat kurang ini akan menunjukkan kelemahan yang ketara terutamanya ditepi rim atau sebahagian devices atau legend menjadi sangat kabur sampai tak kelihatan langsung disebabkan oleh proses ujian logam/Die/planchet masa permulaan penempaan coin-coin/Die yang baru. Kemungkinan juga keadaan ini disebabkan oleh tempaan yang lemah ‘ weak strike’ sahaja atau ‘struck through error’.
    ('Struck through' error bisa diabaikan sebab ia melibatkan bahagian permukaan yang sangat kecil sahaja.)

    Oleh yang demikian , rekabentuk edge (kalau ada) mesti dianalisakan seterusnya. Kalau rekabentuk edge menunjukkan kelemahan yang ketara, jadi kemungkinan besar coin itu (dianalisakan bersama-sama kelemahan rekabentuk di permukaan coin) adalah coin DAS.
    Kalau memang tiada rekabentuk edge dalam coin series itu, diameter coin seterunya harus diukur juga. Bersama-sama keujudan kelemahan di permukaan coin, diameter coin yang berbeza dari biasa (biasanya lebih kecil sebab tekanan yang ringan dipakai masa ujian) dapat mengesahkan DAS.
    Ciri-ciri inilah yang menjadikan coin DAS sangat unik dan sangat berkurangan.

    Saya berharap beliau dapat bertemu dengan DAS yang banyak lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dan terima kasih banyak2 Nucoins,
      Kami(peminat syiling error)sangat berbesar hati melihat kehadiran semula komen dari tuan setelah sekian lama menyepi,untuk pengetahuan nucoins kini nampaknya syiling2 error mula menarik perhatian pengumpul2 baru dan mereka ini sangat memerlukan bimbingan dari pakar2 yg berkelayakan dan tentu sekali sebarang teguran dan komen dari nu akan menjadi rujukan kami semua.

      Berbalik pada perbincangan syiling DAS diatas,penemuan yg dipamirkan itu adalah spesimen yg "terlebih kekuatan tempaan"yg sangat jarang dijumpai.Penerangan tentang DAS dgn ciri2 tempaan yg "terlebih" begini belum diperolehi secara khusus bagi syiling2 Malaysia(harap nucoins dapat membantu).Mengikut apa yg dapat difahamkan berkaitan DAS terdapat dua situasi akan terhasil iaitu "terlebih kekuatan tempaan" dan "kekurangan kekuatan tempaan"(weak strike).

      Bagi penerangan oleh nucoins tentang DAS dgn weak strike diatas sangat jelas dan terperinci,ianya akan dijadikan perkongsian dan rujukan kami bersama.

      Sekali lagi ucapan terima kasih banyak2 nucoins..

      Padam
    2. Hi Depankanta,
      Bukan mudah untuk mengaitkan strong strike dengan DAS dan biasanya diberikan nama setakat strong strike sahaja. Weak strike mudah dikaitkan dengan DAS walaupun kedua-dua keadaan ini juga dipersetujui/rumuskan oleh pakar-pakar setakat speculasi sahaja sebab proses DAS tidak sempat disaksikan dengan sendiri.
      Selain daripada weak dan strong strike, jam strike, trial piece strike dan edge-die adjustment strike juga dapat dibincangkan dibawah kategori DAS.

      Kategori kecacatan yang menarik!

      TK

      Padam
    3. Salam nucoins,
      Ya,secara muktamadnya sukar dikaitkan syiling diatas dgn strong strike tapi sekurang2nya kita sudah dapat melihat sedikit ciri2 kearah demikian..haha

      Syiling 1 sen 2004 yg dipamirkan sebelum ini lebih memperlihatkan ciri2 ini.Mengikut kaedah kerja2 menempa biasa(bukan syiling)memang ciri sedemikian adalah akibat terlebih tekanan atau hentakan,namun sebagaimana kata nucoins semua ini adalah spekulasi semata2 dan jawapan sebenar hanya akan diperolehi sekiranya pihak kilang memberi sedikit ruang kepada pakar2 syiling error untuk menelitinya disana.

      Spesimen DAS dgn weak strike error sudah ada kelihatan dipamirkan oleh beberapa blogger dan ianya telah memenuhi semua ciri2 weak strike,diharap kita akan dapat melihat pula DAS dgn strong strike serta lain sud-kategori DAS yg disebutkan oleh nucoins diatas.

      Terima kasih banyak2 nicoins atas penjelasan berbagai kategori dalam DAS...

      Padam