Selasa, 3 April 2012

DIE CRACK CONGKAK

          Die crack error yg terjadi pada syiling 10 sen siri bunga raya kelihatan ada tradisinya tersendiri.Keretakan pada die lebih tertumpu pada tempat tertentu sahaja dan biasanya dibahagian depan dan belakang congkak  atau keduanya sekali.Keretakan ini kadang2 merapati hingga kebahagian rim syiling.Berbagai andaian dibuat berkaitan fenomena ini namun kesahihannya hanya dapat dibuat bila dilakukan "post-mortem" keatas die syiling 10 sen ini.

         Dalam koleksi depankanta die crack pada syiling 10 sen siri bunga raya bermula pada 1991 dan terakhir dijumpai adalah pada tahun tempaan 2009.Memandangkan die crack ini terjadi pada bahagian muka syiling bererti die bawah (anvil die) yg telah retak.

       Dipamirkan beberapa spesimen die crack error pada syiling 10 sen siri bunga raya....







                 
                 Error yg sama,tempat yg sama tapi tahun yg berlainan menimbulkan berbagai persoalan pada die yg menempa syiling2 yg istimewa ini....

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Tahniah, satu set die crack yang menarik.
    Ya kebiasaannya, die crack terjadi pada kedua-dua belah syiling 10sen siri bunga raya ini.
    Ini mungkin kerana rekabentuknya menyebabkan kedua-dua belah itu lemah sekali.
    Terima kasih depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Kalau diperhatikan sebab terjadinya fenomena ini memang berkaitan dgn rekabentuk congkak yg agak hampir rapat dgn rim.Walaupun penjuru tikar juga hampir tapi imejnya hanya tipis berbanding dgn imej kepala dan belakang congkak yg agak dalam,keadaan ini akan menyebabkan bahagian tersebut mudah rekat..

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam