Ahad, 6 Mei 2012

ROLLING FOLD

           Syiling dalam kategori rolling fold error agak istimewa,ianya terjadi pada bahagian rim yg biasanya tidak begitu diberi perhatian dan error dalam kategori ini juga unik kerana melibatkan dua proses untuk menghasilkan syiling rolling fold error.
            Proses pertama ialah peringkat blanking iaitu proses awal yg membentuk upsetting rim,semasa proses ini rim pertama dibentuk bertujuan untuk menguatkan permukaan syiling supaya tidak "membesar" bila ditempa dgn kuat oleh die atas (hammer die) semasa proses penempaan syiling.Kerosakan pada die semasa proses blanking akan menghasilkan beberapa keping planchet yg rosak dibahagian hujung rim (mungkin spt finned rim).Bila planchet yg bersirip ini melalui proses penempaan syiling,bahagian hujung working die yg membentuk rim syiling akan menempa dan sekali gus melipatkan sirip yg ada pada planchet itu lalu membentuk rolling fold error.

     Dalam post yg lalu pernah dipamirkan penemuan syiling 10 sen 2011 rolling fold error,didapati denominasi 10 sen siri bunga raya banyak berkongsi sama dgn penemuan oleh blogger2 lain...

        Dipamirkan pula penemuan rolling fold error syiling 20 sen 2011 siri bunga raya.

  Pemerhatian pada bahagian sisi penting untuk menentukan samada syiling ini PMD atau MINT ERROR..Kesan seperti dihiris pada hujung syiling ini terjadi semasa proses blanking...

     Dua foto dari syiling yg sama ini jelas menampakkan kesan berlipat selepas dihentak oleh die atas semasa proses penempaan syiling.

       Syiling rolling fold error hanya terjadi pada sebelah permukaan syiling sahaja.Kesan pada bahagian muka syiling ini tidak kelihatan.

Pakar syiling error nucoins menjelaskan kategori rolling fold sebagai:
 Category location > Planchet errors >Damaged & Defective planchets > damaged planchet > punching & processing errors > rolling fold planchet ( AH refers)

6 ulasan:

  1. Terima kasih Depankanta, penerangan yang menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dan terima kasih iaryylr,
      Terima kasih dari iaryylr ini adalah juga untuk nucoins dan rakan2 numis yg lain,kita semua saling berkongsi maklumat dan penemuan...Semoga iaryylr juga akan pergiatkan pengumpulan dan pamirkan syiling2 error...
      Terima kasih iaryylr...

      Padam
  2. tahniah tuan
    teruskan kami akan setiasa mengikuti dan mempelajari setiap artikel tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dan terima kasih Dato',
      Blog depankanta yg serba ringkas ini lebih kepada membuat pendedahan tentang penemuan syiling2 error dan sedikit penerangan ringkas berkaitan penemuan berkenaan.Artikel sebenar boleh dilihat dalam blog pakar2 kita spt nucoins dan Mr Dickson dan juga blog pakar antarabangsa..
      Persoalan utama bidang syiling error ialah untuk memadankan sesekeping syiling error dgn keterangan yg ada.Dalam hal ini biasa dilihat berlaku beberapa perbahasan numismatik yg tidak berkesudahan walau diperingkat antarabangsa dan situasi beginilah yg merancakkan lagi bidang ini...

      Semoga dgn penglibatan Dato'akan menambah ceriakan lagi bidang syiling error ini dan menggalakkan penyertaan pengumpul2 muda...

      Terima kasih banyak2 Dato'...

      Padam
  3. Hi depankanta,
    Satu penemuan yang menarik.
    Pasti menjadi galakan untuk kami berusaha mencari syiling yang mempunyai kecacatan demikian.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Sekiranya kita ambil kira pada logiknya,bila die yg digunakan untuk membentuk rim pertama semasa proses blanking telah rosak tentu banyak planchet yg akan terjadi ciri2 yg sama walaupun mungkin disudut yg berlainan..Pencarian adalah pada batch yg sama...

      Diharap sdr Whycollect juga akan berjaya menemui beberapa keping spesimen spt ini.Mengikut pengalaman depankanta,walaupun errornya hanya kecil dan ringkas tapi ianya sangat sukar dijumpai...
      Terima kasih banyak2 Whycollect...

      Padam