Sabtu, 23 Jun 2012

BASIKAL UNTA

    Suasana riuh rendah sekitar 50an dan 60an kembali mewarnai jalanraya seluruh negara.Basikal unta dari era tahun 50an dan 60an dihidupkan semula dan disesuaikan untuk berada semula dijalanraya.Hari ini jalan2 raya di pekan kecil dan dibandar2 seluruh negara telah kelihatan belia remaja menyertai otai2 mengayuh basikal santai keliling pekan,Banyak kelab2,persatuan dan blog yg berkaitan basikal klasik ini telah muncul dgn berbagai aktiviti riadah dan santai....

          Basikal unta adalah merujuk pada basikal yg bersaiz 26" @ 28"(saiz merujuk pada jejari rim),berpalang (lelaki),tidak kira apa jenamanya..Biasanya yg menjadi buruan adalah basikal klasik berjenama Raleigh buatan England kerana ianya adalah yg paling popular suatu masa dulu dan masih dapat dijumpai yg berkeadaan masih elok,bergred VF? Berbanding jenama Hercules atau Robin Hood yg sukar diperolehi..Dinamakan "unta" mungkin kerana ketinggian dan kelasakannya mengatasi basikal lain..Di bandar P.Mas dan di Kelantan amnya basikal ini digunakan untuk dibuat beca roda tiga yg dikenali dgn nama teksi disini....

              Akhirnya depankanta dapat menjerat satu basikal unta berjenama Raleigh...."Unta" ini diperolehi dgn tidak lengkap dan tidak sempurna,banyak alat-ganti yg telah rosak atau ditukar dgn jenama lain..Terpaksa tambah tugas untuk memburu alat-ganti ori Raleigh...

                    Yang paling penting adalah crown little bird yang menjadi trade mark Raleigh..Diperbuat dari tembaga tulin....Jenama Raleigh bermula oleh Frank Bowden di Raleigh street,Nottingham,United Kingdom pada tahun 1887...

               Lampu depan juga diperbuat dari tembaga....Sistem brake telah diubah pada yg baru,depankanta sedang berusaha untuk mencari dan mengembalikan yg asal....Sukar untuk mendapatkan set lengkap cable brake hub raleigh 28...Lampu ni buat lawa saja,belum menyala lagi...

           Hub besar (Sturmey Archer Dynohub) yg mengandungi sistem gear juga penting dikekalkan..Yang ini hanya hub kosong kerana komponen gear didalamnya telah rosak,kos yg tinggi diperlukan untuk menukarnya...Untuk sementara ni,pakai dulu apa yg ada...Sekiranya masih elok,bila dikayuh akan berbunyi tik,tik,tik....bunyi yg penuh nostalgia bagi mereka yg pernah mendengarnya....

Alat2 yg ori,walaupun berkarat sikit tapi kena kekalkan kerana sukar diperolehi...

Yg ini pun kena ada cop 'ENGLAND".....

Basikal unta yg digunakan oleh tentera Jepun ketika mula mendarat di Kota Bharu tahun 1941...Buatannya ringkas tapi mampu membawa tenteranya menjelajah beribu batu dari Kota Bharu ke Burma.....
Basikal klasik,orang pun klasik....Tapi Bergaya baru...haha...Dgn basikal unta,depankanta belajar mengayuh basikal sekitar 60an dan dikayuh dgn menyendeng dihulur kaki melalui palang.."Kayuh basikal",dgn loghat Kelantan adalah "Gateh basikal" dan "kayuh perahu" tetap "kayuh perahu" bukan gateh perahu!..
      SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan