Jumaat, 29 Jun 2012

DIE CLASH 20 SEN 2010 VS PSD


       Syiling 20 sen 2010 dengan ciri-ciri die clash error sebenarnya telah dipamirkan dalam post yang lalu.Bila seorang anonymous bertanyakan tentang syiling die clash 20 sen 2010 menyebabkan depankanta meneliti kembali koleksi syiling die clash ini,hasilnya membuahkan satu penemuan dan pembetulan semula kategori yg diberikan pada post dahulu.

      Kekeliruan ini timbul disebabkan pemerhatian awal tidak ditumpu pada keseluruhan kesan yg ada pada permukaan syiling tetapi hanya difokus pada bahagian tertentu sahaja.

    Hasil dari pemerhatian yg lebih teliti didapati syiling 20 sen 2010 ini adalah die clash error dan beberapa imej garis yg dikatakan Pre-strike damage (PSD) adalah sebenarnya kesan ghostly bahagian bawah tepak sireh yg terjadi pada angka "20".Keadaan ini sama juga dgn syiling 20 sen 2001 yg pernah dipamirkan oleh blogger duacongkak.


                 Telitikan tanda merah yang merupakan imej ghostly bahagian bawah tepak sireh,die clash pada syiling 20 sen 2010 ini adalah dalam kategori double strike yang dapat dilihat kesan dua garis (panah kuning)
                            
 Pada bahagian muka syiling 20 sen 2010 ini juga terdapat kesan double strike die clash.......

   Syiling 20 sen Die clash sukar dijumpai dan syiling 2010 ini  merupakan spesimen yg baik untuk dikongsi...
                        Bahagian muka syiling pertama...

     Bahagian belakang syiling pertama...

       Bahagian muka syiling kedua.....

       Bahagian belakang syiling kedua.....




10 ulasan:

  1. salam depankanta...
    menarik sekali dengan post ulangkaji, ternyata akhirnya dapat juga jawapan sebab2 garisan itu terjadi dan tidak jangka pula ianya adalah kesan dari die clash tepak sirih, nampak gayanya kena selongkar balik simpanan untuk kepatian.
    TQ atas info ini saudara depankanta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali wina eugenia,
      Membicarakan tentang syiling error perlukan pengetahuan dan pengalaman yg luas.Kita disini masih baru dibidang ini dan proses ulangkaji dan pembetulan adalah perkara yg tidak dapat dielakkan...

      Mengikut pendapat depankanta syiling 20 sen 2010 ini adalah die clash error.Garis yg berada dibawah angka "2" adalah imej ghostly tepak sireh,kekeliruan berlaku bila hanya garis ini yg tertinggal kerana imej yg lain telah terpadam bila die terus menerus menempa syiling...

      Nanti kalau jumpa info terbaru hasil Selongkar,sila pamir untuk perkongsian bersama..

      Terima kasih banyak2 wina eugenia..

      Padam
  2. Wah! seronoknya saya lihat paparan syiling nie. nanti saya semak kembali syiling 20 sen die clash yang saya jumpa tempohari. Terima kasih depan kanta.kiranya bayang dibawah tepak sireh tu bayang nombor dua dan kosonglah ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih anonymous,
      Syiling 20 sen 2010 memang jelas adalah die clash error,kita akan temui yg ada kesan pada kedua permukaan atau pada sebelah muka sahaja..Ciri2 unik syiling ini ialah kesan die clash yg berganda....

      Pada bahagian muka syiling tampak kesan angka "2"dan"0",sekiranya dijumpai syiling dgn kesan ghostly yg ketara tentu dapat dilihat keadaan sebenar adalah rotated die clash disamping ciri2 tempaan die clash yg berganda..

      Terima kasih dan selamat mengumpul anonymous....

      Padam
  3. As salam tuan. Saya amat tertarik dengan Blog tuan yg boleh dikatakan serba lengkap dengan maklumat mengenai coin error. Saya ada sebiji syiling 20 sen tahun 1991 yang mana di permukaan belakang syiling tersebut ada cetakan no 2 (cetakan tenggelam bukan timbul) yang mana ada sebahagian nimus mengatakan ia tergolong dalam kategori die clash dan ada yang lain mengatakan bahawa cetakan tersebut error buatan manusia. Minta jasa baik dan pendapat tuan dalam hal ini. Terima kasih banyak-banyak tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali tuan, terima kasih kerana sudi melawat, sebenarnyanya blog ini juga masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Sebenarnya jika kita meneliti kejadian die clash dimana berlakunya pertembungan yang kuat antara die atas dan die bawah menyebabkan permukaan die yang berbentuk imej negative akan mengalami kerosakan dan menghasilkan imej yang istimewa pada syiling. Sebagai spesimen yang mudah dan jelas tuan boleh lihat kesan die clash pada syiling 10sen siri Parlimen dimana kesemua imej ghostly adalah dalam bentuk TIMBUL (yang tidak begitu ketara). Mengikut keterangan tuan pada syiling 20sen 1991 itu imejnya adalah tenggelam, depankanta berpendapat syiling itu bukan die clash error sebaliknya kemungkinan ianya terjadi disebabkan faktor lain samada didalam kilang atau diluar kilang...Terima kasih

      Padam
    2. terima kasih atas penjelasan yang serba lengkap dari tuan. Harap2 dapat menimba ilmu lagi banyak dari tuan di masa hadapan.

      Padam
    3. As salam tuan. Hal ni masih berkenaan dengan syiling di atas yang sebelum ini dikatakan PMJ. Baru-baru ni ada seorang numis mengatakan bahawa syiling tersebut bukan PMJ kerana beliau berpendapat bahawa syiling tersebut adalah error. Ini adalah penerangan yang dibuat oleh saudara tersebut ( Error ni berlaku semasa grease fill error. Ia berlaku apabila grease fill pada satu masa telah bercampur dengan habuk2 besi dan bendasing yang halus. Semasa grease terperangkap dalam permukaan die telah termampat dan juga telah menjadi keras, dan tak semena-mena tertanggal dan terbentuk imej seakan2 huruf atau nombor. Sebelum lenchet baru di eject masuk, grease ini jatuh dan terperangkap di dalam ruangan chamber dan bila proses hentaman berlaku maka imej yang terbentuk hasil dari grease yang mengeras dan terbentuk dikawasan tersebut, sebab itulah imejnya tenggelam). Itulah pandangan dari saudara numis tersebut. Jadi disini saya ingin memohon dan meminta pandangan dari tuan tentang perkara ini. Terima kasih.

      Padam
  4. terima kasih atas maklumat yang amat berguna daripada tuan. Minta maaf nak bertanya, bolehkah muat turun gambar di blog tuan ni sekiranya ada sebarang kemusyikalan mengenai coin error? Tq tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih jua atas kunjungan kesini, silakan tuan, tidak ada masaalah jika tuan ingin muat turun apa saja yang ada dalam blog ini bagi tujuan untuk berkongsi ilmu numismatik khususnya berkaitan syiling error...

      Padam