Rabu, 29 Ogos 2012

DIE CLASH 10 SEN SIRI BUNGA RAYA

     Die clash yg dijumpai pada syiling Malaysia tidak terhad pada denominasi tertentu atau tahun tertentu sahaja,ianya dijumpai terjadi pada berbagai deno dan tahun keluaran sebagaimana pada syiling 1 sen dan 5 sen siri bunga raya yg pernah dipamirkan...

     Untuk perkongsian kali ini dipamirkan pula penemuan die clash pada syiling 10 sen siri bunga raya.Dengan kemudahan fotografi yg terhad agak sukar untuk dikongsi imej kesan die clash disini,harapan depankanta agar pelawat juga dapat menyemak koleksi syiling yg ada dengan berdasarkan tahun yg dipamirkan ini. Tentu masih ada batch yg sama ada bertaburan dalam edaran.Mungkin pelawat juga akan temui lebih banyak lagi tahun tempaan dgn imej yg lebih ketara.....

       10 sen 1990,kawasan yang dibulatkan menjadi fokus untuk mencari imej die clash pada deno 10 sen

                        1992

                        1995

                        1996

                        1997

                        1999

                        2000

                        2001

                        2002

                        2004

                        2005

                         2007

                        2009

                        2011

Sabtu, 25 Ogos 2012

VARIETI DIE SYILING 50 SEN 2005 PALSU

      Syiling 50 sen siri bunga raya telah diketahui seluruh masyarakat  pengumpul tentang kewujudan syiling2  palsu yang bercampur baur dgn syiling2 tulin.Sukar dipastikan sejak bila syiling2 palsu ini mula dicipta kerana tahun tempaan yg tertera pada permukaan syiling tidak menggambarkan tahun yg sebenar.Hingga kini tahun yg tertera 2009 adalah tahun terakhir yg dijumpai pada syiling palsu.

      Dengan pengeluaran pada tahun 2005 sebanyak 691,680,006 keping syiling 50 sen adalah satu jumlah yang sangat banyak,ini telah memberi kesempatan pada pengeluar syiling palsu untuk turut mengedarkan syiling2 ciptaan mereka.Tahun 2005 menjadi tahun kesukaan kepada pengeluar syiling palsu dimana mereka telah memperbagaikan corak rekabentuk pada die,menggambarkan mereka juga menempa syiling palsu yg banyak untuk tahun berkenaan.

      Pemerhatian depankanta pada koleksi syiling palsu yg ada mendapati terdapat 4 reka bentuk yg dibuat pada die atas yg menempa bahagian belakang syiling.4 Corak bunga raya yg digunakan pada tahun 2005 begitu ketara perbezaannya.Sebagaimana syiling2 50 sen 2005 tulin yg dibuat berbagai varieti,syiling palsu juga didapati diperbagaikan varieti untuk mengelirukan pengguna.

                 Empat varieti die atas (hammer die)yang dikesan pada bahagian belakang syiling 50 sen 2005

                Varieti pertama dgn bentuk bunga raya yg hampir menyerupai syiling tulin


        Varieti kedua,bentuk ini paling banyak dijumpai dan dilihat sangat jelas garis2 pada kelopak bunga raya


       Varieti ketiga, corak bunga raya yang paling tidak sempurna dan paling mudah dikenali kepalsuannya


      Varieti keempat,rekabentuk yg kasar mudah dikenali....


Khamis, 23 Ogos 2012

SUDUT TEGAK SYILING SIRI BUNGA RAYA

    Meneliti kembali komen yg ditulis oleh sdr fakkahqarsh tentang kedudukan sebenar imej tegak bagi syiling Malaysia siri bunga raya,beliau memberi pendapat kedudukan wau pada syiling 50sen bukan tegak pada kedudukan jam 12.00 tetapi condong sedikit pada kedudukan jam 11.00.

       Pada awalnya depankanta menerima kedudukan jam 12.00 (tegak) sebagai kedudukan biasa wau bulan dgn mengambil kira kedudukan biasa  kepala wau.Bila diteliti semula secara rambang dari koleksi syiling 50 sen  yg ada didapati pendapat sdr fakkahqarsh lebih banyak mewakili imej wau bulan.

       Hasil semakan semula keatas imej dibahagian muka syiling 50 sen siri bunga raya mendapati majoriti kepala wau berada pada pada jam 11.00 hingga jam 12.00 dan setiap tahun keluaran tidak sama kedudukan  kepala waunya bila imej pada bahagian belakang ditegakkan 90 darjah.

      Rujukan untuk memastikan kedudukan sebenar semua imej tegak pada bahagian muka syiling siri bunga raya tidak pernah dijumpai dimana-mana apa lagi yg dikeluarkan oleh pihak pereka bentuk syiling,keadaan ini menyebabkan para peminat syiling error hanya menggunakan kaedah majoriti penemuan bagi menetapkan kedudukan yg normal.

           Bahagian belakang syiling akan digunakan sebagai kunci penanda bagi imej tegak kepala wau bulan pada bahagian muka syiling.Majoriti syiling yg diteliti,kepala wau condong pada sudut 0-15 darjah.

                   Depankanta berpendapat kedudukan begini adalah sudut tegak imej tepak sireh pada bahagian muka syiling 20 sen.

           .......dan kedudukan ini bagi syiling 10 sen...

Syiling 5 sen juga perlukan penelitian yg menyeluruh bagi memastikan kedudukan tegak imej gasing.
Bagi syiling 1sen,kebanyakan imej rebana ubi yg dijumpai adalah tegak dgn kaki rebana yg paling tengah menjadi penandanya...
           Selagi tiada dibekalkan dgn rujukan sebenar,adalah penting kedudukan imej tegak ini di kongsi bersama bagi menetapkan darjah rotation bagi syiling2 dalam kategori rotated die error.....

Jumaat, 17 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SEMPENA KEHADIRAN FAJAR 1 SYAWAL 1433HIJRAH/2012MASIHI,DENGAN HATI TULUS IKHLAS DEPANKANTA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN" PADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI ,SEMOGA WAKTU YG  MENDATANG AKAN ERATKAN LAGI SILATURRAHIM ANTARA KITA...WASSALAM
     Kenangan di Madrasah Ahmadiah,Pondok Tuan guru Hj Abd Ghani Kubang Bemban Aidil fitri 1432h/2011m

Sabtu, 11 Ogos 2012

SYILING YASIN ADALAH SYILING YASIN

       Membicarakan tentang syiling Yasin seolah2 meletakkan kita kedalam dua alam yg berbeza.Di satu sudut ianya menjadi perbincangan dan persoalan dikalangan pengumpul syiling yg cuba mengesan kewujudan syiling2 ini bagi mengaitkannya dgn bidang sains numismatik yg nyata,disudut yang lain pula syiling2 ini menjadi bahan bagi pengamal2 dan pengikut amalan mistik yg lebih menjurus dibidang perbomohan dan pawang yg menggunakan syiling2 yasin untuk amalan mistik,menarik duit dan amalan perjudian yg dikaitkan dgn alam ghaib.
       
    Berbagai imej dan tulisan yg dijelmakan pada permukaan syiling ini,sebahagiannya jelas bertentangan dgn ajaran Islam yg melarang lakaran para rasul dlm bentuk imej.Perhatikan bagaimana syiling pertama Islam yg diperkenalkan oleh Khalifah Umayyah ke-5,Abd. Malik Ibn Marwan:

DINAR DIRHAM ISLAM PERTAMA
"Pada tahun 77 Hijrah, Khalifah Ummaiyyah ke-5, Abd al-Malik ibn Marwan menempa dinar Islam pertama dengan corak yang berbeza daripada syiling-syiling terdahulu. Pada syiling baru itu tidak lagi tertera gambar haiwan, wajah manusia ataupun lambang-lambang agama dan kepercayaan lain.

Pada syiling dinar terbaru itu, tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilaha illalllah wahdahu La syari kalah dan Allah Yang Esa dan Allah Kekal Abadi berserta tarikh dan tempat ia ditempa dengan berat yang dikawal pada 4.25 gram".

                 Berlainan dgn syiling Yasin yang sewenang2nya menggunakan lakaran para nabi dan rasul pada permukaan syiling. Fenomena ini tentu akan dapat menyeleweng tanggapan orang ramai terhadap fizikal nabi dan para rasul.Sekiranya lakaran ini berada pada buku2 sekolah anak2 kita tentu riuh rendah masyarakat membicarakannya...

                            Nabi Isa 'Alaihissalam....???


                      Nabi Noh 'Alaihissalam...???

                Sesuaikah imej ini dikaitkan dgn surah dari Al Quran,Yaasin yg bermaksud"Ya Muhammad".....


            Syiling Yasin yang berbagai bentuk dan jenis logam mudah dilihat dimana2 kaki lima yg menjual syiling2 lama namun tidak menarik perhatian penjual di kedai2 numismatik..Memandangkan tulisan dan imej yg tertera adalah tulisan jawi dan direkabentuk dgn berlatar belakangkan corak Islamik,seharusnya syiling2 Yasin ini diteliti secara mendalam oleh pihak yg berkaitan...

    Agak lama juga diperhatikan nota2 berkaitan syiling yasin yg ada dalam internet,serta bantuan dari beberapa orang lama dalam hal ini depankanta cuba untuk membicarakannya dari kacamata sendiri.Tentu persoalan utama yg pertama ialah apa itu syiling yasin?,untuk menjawab soalan ini depankanta ajukannya kepada beberapa orang penjual syiling yg dijumpai sekitar pasar siti Khadijah.Jawapan mereka sangat mengelirukan seolah2 tiada yg benar2 pasti.Jika ditinjau diblog2 mistik yg membicarakan tentang syiling ini juga penuh dgn persoalan yg tiada jawapannya..

   Syiling yasin tidak dicipta sebagai duit yg ada nilai jual beli,tidak juga sebagai token yg ada nilai dalam lingkungan tertentu atau medal yg dianugerah pada orang tertentu tetapi lebih merupakan satu tangkal atau azimat yg menjadi amalan masyarakat Islam Nusantara diawal penyebaran dan perkembangan Islam.Jika dilihat pada beberapa spesimen syiling Yasin,terdapat tulisan melayu-jawi yg membuktikan syiling2 ini adalah berasal dari dunia Melayu Nusantara bukan dari Tanah Arab.Terdapat juga tulisan yg menggunakan khat dan perkataan melayu moden serta corak awan larat yg menyerupai syiling2 moden.Nama Yasin sendiri adalah dinamakan sempena satu surah dari kitab suci Al-Quran.Ramai masyarakat Islam nusantara percaya surah Yaasin ada kelebihan untuk penyembuhan lalu mereka abadikan nama surah ini pada syiling yasin ini.

       Syiling2 yasin dilihat diperbuat dari timah,timah hitam,besi,tembaga,perak.Ianya tidak ditulis apa2 nilai denominasi pada permukaannya,tiada catatan sejarah yg membuktikan syiling2 ini pernah digunakan oleh mana2 kerajaan atau golongan pedagang dan saudagar.

        Depankanta berpendapat pada asalnya syiling2 ini dibuat oleh sekumpulan ahli2 sufi atau tareqat  yg tersohor di Tanah Melayu dan Tanah Jawa suatu masa dulu .Bagi memperingati kumpulan mereka yg biasanya mengamalkan bersuluk atau bertapa dan mereka membawa pulang kekampung halamannya bila tempoh bertapa mereka selesai.Dari sini syiling2 ini bertukar tangan dan mula digunakan untuk berbagai tujuan yg menyimpang dari yg asal oleh golongan yg lain pula.Berbagai imej manusia dan Corak dimasukkan bagi menguatkan "hikmat" syiling ini.Walaupun terdapat juga versi yg menceritakan syiling ini adalah pemberian dari "alam ghaib" ianya adalah mitos yg tidak mampu dibuktikan....

      Lihat saja jualan di internet spt dalam mudah.com,kita akan jumpai syiling2 yasin ini ditawarkan dgn harga yg begitu tinggi hingga sukar dipercayai.Tidak pula dipastikan adakah sesiapa yg membelinya dgn harga yg begitu tinggi!.Pernah depankanta ajukan soalan ini pada seorang penjual syiling,mengikut beliau memang ada orang yg membelinya dgn harga ribuan rm.Mereka ini adalah terdiri dari kaki tarik duit dan kaki judi yg membelinya kerana syiling berkenaan yg diminta oleh "pawang" mereka,sejauh mana usaha mereka ini "menjadi"tidak pula diberitahu.

     Setelah meneliti semua aspek syiling2 Yasin,depankanta merumuskan syiling yasin ada dalam kategorinya tersendiri,ianya kekal digelar "syiling"hanya kerana bentuk dan logamnya menyerupai duit syiling sedangkan pengunaannya tidak pernah digunakan sebagai duit syiling bahkan lebih merupakan satu "azimat"(talisman) dikalangan penggunanya.Syiling Yasin adalah syiling Yasin.

      Memandangkan syiling yasin ini begitu popular dikalangan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia yg mana masing2  mempunyai tanggapan tersendiri tentang syiling2 ini,depankanta sarankan agar mereka2 yg ingin menggunakan syiling2 ini untuk tujuan tertentu agar merujuk terlebih dahulu pada Ustaz2,Tok guru,Kiai2 atau Ulama yg berwibawa agar akidah kita tidak terpesong disebabkan sekeping syiling walaupun namanya syiling Yasin.....WalLahhuaklam

       LAGI POST BERKAITAN SYILING YASSIN:http://depankanta.blogspot.com/2013/01/mengusul-syiling-yassin.html
        (nota ini adalah pendapat depankanta semata-mata,mungkin ianya tidak sama dgn pendapat anda)

Rabu, 8 Ogos 2012

DOUBLED DIE 2011 ?

      Syiling 10 sen tidak banyak yang dikaitkan dgn varieti doubled die,kebanyakan yang dijumpai adalah syiling2 dgn kesan MDD.Sekeping syiling 10 sen 2011 yg dijumpai ini menarik perhatian kerana ciri2 yg terjadi pada sebahagian huruf adalah lebih menggambarkan kesan DD daripada MDD.

                    Kesan berganda pada huruf NEGARA kelihatan tidak rata sebagaimana syiling2 MDD..Kedua imej yg wujud adalah cembung, berlainan dgn syiling MDD yg rata pada imej bergandanya....

      Sekiranya dapat dikongsi penemuan sekeping dua lagi syiling begini,akan lebih mudah untuk membuat keputusan....

       Jika diperhatikan kesan berganda yg ada pada syiling 10 sen 1999 ini,kelihatan imej  yg terbentuk adalah rata dan mendatar....

        Syiling 10 sen 1999 ini jelas adalah kesan MDD yg ketara....

Ahad, 5 Ogos 2012

REPLIKA MORGAN SILVER DOLLAR

        Syiling Morgan silver dollar merupakan syiling yg sangat popular dikalangan pengumpul US untuk tujuan pelaburan.Isu utama yang menjadi cabaran kepada pengumpul syiling Morgan ini adalah wujudnya syiling2 palsu,replika atau copy yang bertujuan mencari keuntungan segera.

       Depankanta ada menyimpan sekeping syiling Morgan silver dollar 1888 dan ianya kelihatan hanya sekeping syiling replika,yang menarik pada syiling ini adalah terdapat ciri2 die clash dan die crack pada permukaannya...

                Bahagian muka syiling Morgan silver dollar 1888

       Bahagian belakang....

     Pakar2 biasanya memberi fokus pada beberapa huruf untuk menentukan ketulinan syiling ini...


           Tumpuan juga diberi pada bahagian ekor burung untuk mencari ketulinannya....

              Terdapat kesan die clash dan die crack pada syiling ini,keadaan ini jarang terjadi pada syiling siri Morgan.
Rujukan Syiling Morgan dollar: http://morgandollar1.com/

Jumaat, 3 Ogos 2012

RAILROAD RIM

Railroad adalah sub kategori Flanged partial dalam error yg melibatkan die ketiga atau collar die,biasanya pengumpul mengkategorikan syiling2 railroad ini hanya sebagai partial collar error.Sukar untuk mencari satu spesimen yg jelas bagi menggambarkan kategori ini secara lengkap dan sempurna.

        Bahagian sisi Syiling 50 sen ditempa semasa proses membentuk rim pertama atau upsetting rim,keadaan ini menyebabkan bila syiling2 ini ditempa untuk pembentukan bahagian muka dan belakang syiling (striking process) keadaan huruf pada sisinya akan wujud secara random samada keatas atau kebawah.

         Pemerhatian depankanta mendapati railroad yg terbentuk pada sisi syiling adalah tidak menyeluruh,ianya hanya memberi kesan pada sebahagian sisi syiling....
              Sisi syiling 50 sen ini kelihatan bertebing pada bahagian atas dan bawah membentuk railroad..

                 Foto yg diambil dari berbagai posisi ini menjelaskan berbagai keadaan partial collar yg terbentuk pada sekeping syiling...

                  Railroad diatas dijumpai pada syiling 50 sen 2002......