Selasa, 20 November 2012

PLANCHET

               Planchet merupakan logam syiling yang belum diberi nilai muka.Logam syiling ini telah melalui proses blanking iaitu dari kepingan logam telah ditebuk bulat mengikut saiz syiling yg akan dibuat..Logam bulat disc yg terhasil dari proses ini ialah blank  yang akan melalui proses upsetting rim untuk membentuk proto rim yang kemudian dipanggil planchet.
              Bagi sesetengah negara, logam blank untuk membuat syiling ini ditempah khas dari kilang yang berlainan dari kilang yg menempa syiling,depankanta berpendapat blank bagi syiling Malaysia adalah juga dibuat di kompleks Kilang wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam bererti ianya dibuat oleh satu entiti pertubuhan yg sama dgn kilang syiling.

            Blank akan melalui proses pembentukan rim pertama yg dikenali dgn nama proto rim atau upsetting rim.,bila selesai melalui proses pembentukan rim pertama logam ini dipanggil Planchet.Antara kegunaan rim pertama (proto rim) ini adalah untuk "mengawal logam syiling dari mengembang" semasa  melalui proses penempaan.Bagi syiling 50 sen Malaysia pembentukan lattered edge dgn perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA"pada sisi syiling adalah ditempa diperingkat pembentukan proto rim.


                      PLANCHET syiling 5 sen Malaysia siri pertama @ kedua....

                Bahagian muka dan belakang syiling belum ditentukan diperingkat PLANCHET......
Pembentukan proto rim/upsetting rim adalah penting untuk mengurangkan tekanan pada collar die semasa proses penempaan syiling.

Dengan saiz dan jenis logam yg sama,sukar ditentukan samada Planchet ini adalah untuk siri Parlimen atau bunga raya.....Planchet juga dikenali dgn istilah type 2 blank

2 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Menarik entri kali ini. Bagi bukan pengumpul, jika terjumpa blank planchet seperti ini tentu mereka menyangkakan ini adalah peralatan pertukangan, washer mungkin. :)

    Macam mana saudara depankanta dapat blank planchet ini? Beli atau jumpa dalam edaran? Jika jumpa dalam edaran tentu amat menarik. :)

    Terima kasih kerana berkongsi. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr mnfaj,
      Planchet spt ini tidak seharusnya dibiarkan bercampur baur dgn syiling biasa didalam edaran kerana akan mengelirukan orang ramai.Jika kita teliti proses penyilingan dari awal hingga siap dibungkus utk edaran agak sukar bagi planchet boleh terlepas kedalam edaran,namun kita juga dapat melihat planchet berada dalam koleksi pengumpul seluruh dunia dgn planchet syiling negara masing2.

      Kalau terdesak boleh la planchet ini dibuat pelapik skru untuk enjin kereta kerana sebahagian enjin kereta juga diperbuat dari logam nickel..haha

      Planchet diatas adalah hasil swap dgn rakan numis dari Lembah Kelang..

      Terima kasih banyak sdr mnfaj...

      Padam