Menjadi lumrah manusia yg berkongsi alam ini dengan berbagai kehidupan akan saling berkongsi apa jua bakat atau kelebihan yg ada pada persekitaran mereka untuk membentuk satu hobi yg istimewa.Samada dari alam flora atau fauna banyak memberi kelegaan kepada manusia seketika dalam menjalani kehidupan biasa seharian yg kian mencabar.
Kita sebagai peminat bidang numismatik memilih untuk mengumpul apa jua kolektibel yg berkaitan bagi memenuhi citarasa hobi yg dianggap "Raja segala hobi & Hobi segala Raja".Dalam numismatik sendiri banyak pula jurusan khusus yg boleh dipilih untuk difokuskan.depankanta memilih syiling error untuk dijadikan hobi yg istimewa...
Bagi masyarakat Kelantan suatu masa dulu,popular dgn berbagai hobi yg biasanya diaktifkan dimusim selepas menuai padi spt permainan wau,gasing rebana ubi,kertuk,dikir barat dll...Hari ini musim padi tidak lagi mempengaruhi hobi masyarakat Kelantan sebaliknya mereka lebih terikut dgn arus yg datang dari negara jiran atau lain2 negeri selain dari hobi ciptaan mereka sendiri....
Pernah dulu masyarakat Kelantan popular dgn hobi memelihara belalang rusa,burung merbah dan ayam serama hingga keperingkat diadakan pertandingan antara mereka....Kini (mungkin sebenarnya telah lama)mereka beralih kebabak yg lain pula iaitu memelihara burung candik atau burung merbah jambul...
Seekor burung candik atau merbah jambul dewasa yg terpilih boleh mencecah sehingga rm8K seekor.....
Secara kebetulan satu pertandingan suara burung candik diadakan berhampiran kampung depankanta..Peserta membawa burung candik masing2 yg berjumlah lebih 100 ekor...
Burung2 yg terbaik dipilih oleh pemiliknya untuk dipertandingkan siulan suaranya...Sarang disusun dan burung2 candik bersedia untuk memperdengarkan suara siulannya
Pengadil (berbaju putih,membelakangi kamera) sedang memberi markah mengikut bunyian suara siulan burung candik....
Pemilik dan penonton berada ditempat khas semasa burung2 mereka diadili,dua batang buluh menjadi tempat duduk mereka....Pemandangan yg menarik dgn tempat duduk yg luar biasa..
Yang duduk berbaju biru,bertutup kepala,bukan bomoh tapi penjaga masa yg menggunakan jam air....
Selesai pertandingan peserta mengambil semula burung masing2.......
Sangkar burung diselimutkan pula supaya burung tidak kepanasan atau terkena tiupan angin bila dibawa pulang menaiki kenderaan....
Sebuah sangkar burung candik yang siap berukir spt ini boleh mencecah rm300-500 sebuah.....
Menyaksikan pertandingan suara burung candik yg diadakan di padang Belia,Kg Kubang Panjang,Pasir Mas ini memberi pengalaman baru pada depankanta...Betapa setiap orang ada kegemaran atau hobinya tersendiri...HOBI ORANG,HOBI KITA....SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan