Isnin, 4 Februari 2013

ACUAN BERGANDA KELAS 1 (CLASS I ROTATED HUB DOUBLING)

               Bila syiling-syiling DOUBLED DIE VARIETY (DDV) mula dikelaskan oleh pakar-pakar syiling error dan varieti USA tentu syiling DDV pertama dijumpai akan mendapat Kelas yang pertama atau kelas I. Syiling DDO King of doubled dies 1 sen lincoln 1955 telah dijadikan spesimen asas bagi kelas ini.

             Rotated hub doubling adalah bermaksud semasa proses pemindahan imej dari working hub kepada working die telah berlaku pergerakan yang berpusing pada working hub. Hub yang terpusing ini terjadi semasa proses tekanan yang kedua. Bagi kelas ini pusingan yang terjadi adalah menyeluruh dan berpusat di tengah-tengah atau paksi working hub.

          Banyak kaedah dapat kita lakarkan bagi menggambarkan bila dua imej yg sama saiz dan bentuknya dipusing sedikit dengan berpaksikan pada bahagian tengah. Gambarajah dibawah cuba membayangkan bagaimana rotated hub doubling atau DD kelas 1 terjadi:

                  1.Bintang pertama adalah pemindahan imej yang sempurna.

                  2. Bintang kedua adalah pemindahan imej yg tidak tepat,warna merah (bawah) adalah tekanan pertama dan warna kuning (atas) adalah tekanan kedua yg tertekan secara berpusing mengikut pusingan jam (CW) dan berpusat ditengah-tengah (bulatan merah). Perhatikan pada hujung bintang adalah luas jarak gandaan dan semakin mengarah kepada paksi semakin tipis dan hampir tiada kesan pada bahagian paksi.

                  3. Bintang ketiga Rotated hub doubling terjadi secara berlawanan pusingan jam (CCW)

                  4. Gambaran jika Rotated hub doubling terjadi pada Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA dengan berpusat ditengah-tengah (bulatan merah) sebagai paksi pusingan.

                  5. Bagi meneliti syiling-syiling DD, penting untuk kita memerhati secara keseluruhan permukaan syiling yang ada tanda-tanda imej yang berganda  kerana pergandaan imej akan memberi kesan pada keseluruhan permukaan syiling. Adalah tidak tepat sekiranya kita mengambil kira hanya pada sebahagian imej sahaja.


               

   Bagi kelas I Doubled die syiling Malaysia,DDO 20 SEN 2007 adalah spesimen yang tepat.

               Jika diperhatikan gandaan yang terjadi pada setiap imej adalah terpusing mengikut paksi ditengah-tengah..Anda mungkin perlu bantuan kanta bagi menentukan yang mana imej diatas dan yang mana imej bawah,seterusnya akan menentukan samada CW atau CCW.....


6 ulasan:

  1. Salam Tuan Depankanta,

    Terima kasih banyak dengan kajian dan penjelasan di atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Semua ini untuk menambahkan lagi informasi sedia ada yang ditulis oleh rakan-rakan...Memandangkan syiling2 DDV terus menjadi perhatian pengumpul, depankanta cuba tuliskan juga dengan menggunakan pendekatan sendiri walau pun masih banyak yang kurang....

      Terima kasih nsdk....

      Padam
  2. salam Tuan Depankanta..

    Selama ni saya cuma minat kumpul duit syiling.. Mmg x menyangka akan kewujudan ilmu syiling error yg sangat menarik untuk saya diterokai.. Mohon izin Tuan Depankanta utk menjadikan perkongsian di dalam blog ini sebagai rujukan untuk saya memulakan pencarian..

    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali hanifanuar,
      Selamat berkenalan dengan syiling errors, keputusan hanif utk terlibat dalam bidang ini adalah tepat pada waktunya sementara ketiga-tiga siri syiling moden Malaysia masih berada dalam edaran...

      Bidang sains numismatik ternyata luas dan dgn adanya berbagai kemudahan siber kita dapat menerokai keperbagaian dibidang ini dgn lebih cepat dan mudah. Syiling error semakin hari semakin rancak diperbincangkan diperingkat antarabangsa..Kita akan seiring dgn mereka...

      Terima kasih kerana sudi berkunjung, sila rujuk juga blog rakan-rakan blogger syiling error yg lain untuk mantapkan lagi pengetahuan.."SELAMAT MEMBURU SYILING ERROR MALAYSIA"...Terima kasih

      Padam
  3. Salam sdr Depankanta,
    Entri yang amat berinfomatif..saya berharap Depankanta boleh meneruskan lagi entri2 untuk kelas2 yang berikutnya..Terima kasih Depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr Afiq,
      Walaupun banyak informasi yang dapat kita baca untuk kefahaman tentang kelas-kelas DD tetapi bagi memastikan kelas sebenar syiling DD yang dijumpai agak sukar kerana tidak semua pergandaan imej kelihatan jelas pada permukaan syiling.

      depankanta cuba menulis dari sudut sendiri bagi berkongsi dengan rakan-rakan. Semoga dengan banyak informasi tentang kelas DD ini akan meningkatkan lagi pengetahuan kita semua...Terima kasih

      Padam