Selasa, 12 Februari 2013

ACUAN BERGANDA KELAS V (PIVOTED HUB DOUBLING)

             Perbincangan mengenai kelas pada DDV lebih mudah jika disekalikan beberapa kelas yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Kelas I Rotated hub doubling yang telah dibincangkan adalah merupakan DD yang mempunyai ciri-ciri terpusing (rotated), demikian juga bagi kelas V DDV (pivoted hub doubling).

         Walaupun pada istilahnya kelas v ini tidak menyebut "rotated" tetapi apa yang berlaku pada DD kelas ini adalah juga berlaku "rotated "semasa working hub ditekan keatas working die pada kali kedua. Yang membezakan antara kedua kelas ini ialah, kelas I working hub terpusing berpaksi/berpusat ditengah2 sementara bagi kelas V ianya boleh berpaksi pada mana-mana bahagian yg berhampiran dgn rim, biasanya kedudukan ini akan ditentukan mengikut persamaan kedudukan jarum jam.

           Bagi mengenal DD kelas V ini,pergandaan imej,huruf atau angka perlu dilihat secara keseluruhan permukaan syiling. Lakaran dibawah cuba menjelaskan begaimana varieti Acuan Berganda kelas V terjadi:

            1.      Pemindahan imej yang sempurna, tekanan dibuat dua kali tetapi hanya satu imej yang sempurna kelihatan.

            2.       Diandaikan working hub terpusing dengan berpaksi pada bucu bintang yang berada kedudukan jam 9. Imej yang berhampiran dengan paksi menampakkan pergandaan yg kecil atau tiada, sementara bucu bintang yang lebih jauh dari paksi akan semakin luas jarak gandaannya. Pusingan yang terjadi adalah berlawanan pusingan jam (ccw).

            3.      Gambaran acuan berganda kelas v dengan working hub terpusing mengikut pusingan jam.

            4.      Gambaran acuan berganda kelas v yang terjadi pada perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dengan berpaksi pada huruf 'B'.
     

Perbezaan dengan acuan berganda kelas I yang berpaksi pada bahagian tengah



                          Spesimen yang dapat dikongsi dgn jelas bagi DDV kelas v ialah DDR 5 sen 1976


                    Gandaan imej kelihatan berpaksi pada "A" iaitu kedudukan jam 7, tiada ciri-ciri gandaan terjadi sekitar paksi ini. Huruf yang paling jauh iaitu "B" kelihatan gandaannya lebih luas. Perbezaan jarak imej yang berganda dapat dilihat pada kedudukan yg ditandakan 1,2,3,4 dan 5

      

3 ulasan:

  1. Ilustrasi yang menarik dan senang difahami...
    Terima kasih banyak2 sdr Depankanta..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sdr Afiq,
      Sama-sama kita usahakan yang terbaik untuk mantapkan kefahaman kita semua..Bidang syiling error agak terhad penggemarnya namun ianya satu bidang ilmiah yang begitu mencabar...terima kasih

      Padam
  2. maaf tuan. syiling DDR 5 sen 1976 di atas tu nak jual kah tuan? klau nak jual brapa yer? tq

    BalasPadam