Kerja-kerja mengikis berbagai jenis bendasing seperti serbuk logam yang halus yg melekat kuat pada die adalah satu tugas yang rumit. Tugas ini tidak sama dengan tugas artis yang mula-mula membuat lakaran imej syiling keatas plaster yang bersaiz besar. Kerja membaiki/membersih die dari kotoran adalah dilakukan secara manual keatas working die yang bersaiz sebenar duit syiling.
Imej yang berbentuk negatif pada working die mudah memerangkap kotoran, adalah terlalu rumit untuk dikikis. Sebarang kesilapan pula akan terbawa kepada perubahan rupabentuk imej pada permukaan syiling dan memberi satu lagi koleksi kepada pengumpul syiling error.
Syiling 10 sen siri Parlimen ini jelas menampakkan kesan dikikis pada acuan andas (anvil die) yang menyebabkan imej bulan dan bucu bintang pada syiling telah muncul lebihan logam yang ketara yang membentuk die gouge error yang menarik.
Lebihan logam yang hanya tertumpu pada bahagian dalam bulan dan bintang jelas adalah hasil dari kerja-kerja pembersihan die yang dibuat dgn kurang teliti...
Dipamirkan dua foto dari syiling yang sama untuk perkongsian die gouge yang begitu menarik....

Salam Tuan Depankanta,
BalasPadamTahniah dapat die gouge yang menarik.
Memang rumit juga kerja-kerja pembersihan die..jika dilihat dengan mata kasar susah juga...adakah pembersihan dilakukan dengan bantuan kanta?
Salam kembali nsdk,
PadamDie gouge error sebenarnya membuat kita "banyak kerja", error yg menarik ini sering terkeliru dgn error lain spt die chip yg membuat kita kena memberi penelitian kepada semua sudut...Tentu sekali apa jua peralatan yg digunakan ianya adalah berkonsepkan kanta pembesar, mata mana yang boleh tahan untuk fokus lama pada imej halus spt pada tali gasing syiling 5 sen!.
Terima kasih nsdk...