Jumaat, 21 Oktober 2011

NOT TANPA SILVER SECURITY THREAD

Sekeping not rm 10 menarik perhatian bila didapati TIADA silver security thread yg sepatutnya menjadi salah satu ciri2 keselamatan wang kertas ini.
    Memandangkan depankanta sangat kurang pengetahuan tentang wang kertas,mungkin pelawat boleh bersama kongsi pengalaman...
                                          wang kertas rm 10.Tiada tanda2 wang palsu..semuanya kelihatan okey,cuma penggunaanya agak lasak sikit.Tempat security thread hanya ada bekas kosong berwarna putih.

                                      Prefix MK....

                                        Tiada tanda2 kesan ciri-ciri keselamatan itu disiat atau dibuang...

                                         Water mark pada wang kertas ini jelas seperti wang kertas biasa...

Adakah wang kertas  ini satu error atau ada sebab lain yg lebih munasabah,......

Isnin, 17 Oktober 2011

MDD 1997

Syiling 1 sen Malaysia biasa dijumpai beberapa kategori error spt die chip,die clash,rotated die dan die crack errors..Dalam koleksi depankanta hanya terdapat dua tahun keluaran sahaja syiling 1 sen ini yang terdapat tanda2 imej berganda iaitu tahun 2004 dan 1997
      Rujuk pada post sebelum ini,telah dipamirkan bagaimana syiling 1 sen 2004 adalah dalam kategori doubled die error yg terjadi pada bahagian muka.(DDO).
     Berbeza dengan syiling 1997 ini walaupun kelihatan ada kesan tempaan berganda tetapi sebab terjadinya adalah berlainan dari syiling 2004.Jelas sekali ianya adalah kesan dari pergerakan die semasa proses penempaan dijalankan.Fenomena ini dikategorikan sebagai Machine damage doubling(MDD)

                             Kesan imej berganda kelihatan hampir sama dgn doubled die error

                                        Bila banyak syiling begini disusun menampakkan kedudukan imej utama dan imej keduanya tidak sama ukuran jaraknya menandakan ianya terjadi akibat beberapa peralatan/mesin yg berkaitan dgn die telah longgar..

                                     Dapat dilihat die progressive yg berlaku dan mengakibatkan jarak imej utama dan imej kedua semakin luas menandakan die yg semakin longgar.

                              Bagi pakar syiling error,cukup dgn memerhatikan satu spesimen sahaja bagi membezakan MDD dan DD.....Pada syiling ini Juga dikesan terjadi die chip errror pada angka "9"...

     Adakah pendapat depankanta ini sama dgn pendapat pakar2 syiling error Malaysia...perkongsian boleh membetulkan keadaan...

Ahad, 16 Oktober 2011

PENGESAHAN DOUBLED DIE REBANA UBI

Dari apa yang pernah diterangkan oleh blogger dan ahli numismatik nucoins berkaitan die doubling (DD),ramai pengumpul2 syiling error telah mendapat penjelasan yg terbaik berkaitan kejadian syiling error Malaysia.Keadaan yg terjadi pada syiling die doubling ini kadang2 hampir sama kelihatannya dgn kesan machine damage doubling (MDD) dan die deterioration doubling.
      Hingga hari ini tidak banyak syiling Malaysia siri pertama dan siri ke2 yg disahkan secara sepakat antara pakar2 syiling error Malaysia sebagai DD tulin,antara yg ramai mengesahkannya adalah 5 sen 2008,20sen 2008 dan 50 sen 2009(kesemuanya terjadi pada bahagian belakang syiling atau DDR)..
     Dalam post ini depankanta ingin kongsi beberapa keping syiling 1 sen 2004 yg dilihat menepati ciri2 DD tulin.Mengikut pakar2 syiling error DD tulin adalah satu variti,ini bererti keadaan syiling yg ditempa dgn die  berkenaan sama. Imej utama(primary) dan imej kedua(secondary)akan sama kedudukan dan jaraknya walau sebanyak mana sekali pun ditempa.
    Adalah lebih mudah utk mengenali dan membuat perbandingan DD tulin sekiranya kita mempunyai lebih dari 1 spesimen.

                       1 sen 2004.Jika sekeping sahaja syiling begini berada ditangan kita agak sukar menentukan samada DD atau MDD,hanya pakar2 die doubling yg mampu membuat analisa...

                   Bila dipamirkan 5 keping syiling yg mempunyai kesan imej utama dan keduanya sama,tentu ianya satu variti yg terjadi hasil tempaan dari die yg sama imej negativenya..Ketidak sempurnaan proses pengehuban(hubbing process) menyebabkan terjadi Doubled die pada bahagian muka syiling ini atau DDO.

                             Keadaan imej berganda yg sama bentuk begini tidak mudah dijumpai pada syiling MDD

                                 Pakar2 die doubling melihat kesan imej utama(primary) dan kedua(secondary) untuk menganalisa kategori dan klas doubled die error..

                         Walaupun syiling 1 sen 2004 banyak yg dijumpai terjadi die chip error pada bahagian belakang,apa yg terjadi pada semua syilling DDO ini tidak pula ada tanda2 kerosakan spt itu.


Ini adalah pendapat depankanta semata2 dan hanya akan di senaraikan sebagai DDO bila mendapat pengesahan dari pakar2 syiling error....Komen dari pelawat2 juga akan membantu pakar2 kita membuat rumusan....

Sabtu, 15 Oktober 2011

NILAI MUKA,NILAI LOGAM DAN NILAI NUMIS

Santai sambil menghirup secawan kopi dihujung minggu tiba2 terlintas difikiran,berapa nilai syiling 1 sen Malaysia sekiranya masih ada dalam edaran hari ini...Walaupun pada realitinya nilai ini tidak wujud lagi pada logam syiling 1 sen tapi nilainya tetap masih ada dalam ekonomi negara.Beberapa bil bulanan kita masih tertera angka sen ini tapi cara bayarannya telah dipergenapkan kepada 5 sen terhampir.
         Nilai logam copper clad steel syiling 1 sen pula pernah seorang blogger cuba mengira harga kandungan logamnya dan beliau menganggarkan harga sebenar logam itu sekarang ialah 3 sen sekeping,tidak pula diterangkan bagaimana kiraan itu dibuat.Melihat pada harga tembaga dan besi sekarang nilai itu mungkin betul.
        Pengumpul dan ahli2 numismatik pula mempunyai cara mereka tersendiri dalam memberi nilaian pada setiap syiling,nilaian ini jauh melangkau dari fikiran masyarakat biasa.Maklumat terkini,dalam lelongan MNS sekeping syiling 1 sen 1976(copper) terjual dgn harga rm3k!.

         Bagi mencari nilai 1 sen,depankanta beli satu paket kacang produk iks di bandar K.Bharu dgn harga rm1.00

                                          Bila dibuka boleh tahan juga isinya...

                                           Bila dikira jumlahnya 91 biji......

          Diambil kiraan mudah,sebiji satu sen (harga sebenar 0.91sen)...Kalau dijual sebiji sebiji,sanggupkah kita tukar syiling 1 sen dgn sebiji kacang ini?

                                      Atau dengan syiling 1 sen ini...
                                 Selamat bercuti hujung minggu.........


Rabu, 12 Oktober 2011

DIE CRACK + DIE CHIP ERROR

Syiling 1 sen 2005 banyak sekali yang dijumpai terjadi die chip error,terutama pada angka "2005".Kalau bernasib baik kita dapat melihat bagaimana progress keatas kerosakan die tersebut yg menyebabkan error yg terjadi semakin lama semakin membesar.Die crack error jarang dijumpai pada syiling 1 sen 2005 sebaliknya banyak terjadi pada syiling 1 sen 2006.
     Perkongsian kali ini adalah sekeping syiling 1 sen 2005 yg ada kesan die crack bersama die chip yg terjadi pada garis keretakan yg sama disamping kerosakan pada angka"2005".

                                Bahagian muka 1 sen 2005

                                Pada bahagian belakang,perhatikan kelopak bunga raya dan pada angka "1"

                               Terdapat kesan samada die chip atau major die crack pada permukaan angka "1",juga die chip yg biasa dijumpai pada angka "2005"

                                                Die crack terjadi dari rim hingga kebawah angka "1"



                              Kesan yang sama dijumpai pada kelopak bunga raya