Sabtu, 19 Januari 2013

5 SEN S3M CLASH MARKS @ BAG MARKS?

     Die clash yang terjadi pada proses penyilingan adalah dianggap perkara biasa dan menjadi koleksi menarik kepada pengumpul. Tinjauan ke laman web numismatik antarabangsa akan menemukan kita syiling-syiling die clash terdapat dimana-mana,namun kebanyakannya adalah die clash biasa.
 
      Ciri-ciri die clash biasa ialah imej clash marks akan terjadi pada bahagian yang bertentangan dengan imej pada permukaan syiling. depankanta pernah pamirkan penemuan sekeping syiling 5 sen s3M 2012 dengan kehadiran imej clash marks terjadi sama dengan imej pada permukaan syiling,berbagai andaian boleh dibuat bila  ada penemuan yang sedemikian.

      Penemuan sekeping lagi syiling yang terdapat ciri-ciri yg hampir sama telah menambahkan keraguan samada imej ini adalah clash marks atau hanya bag marks yg terjadi semasa proses pembungkusan.
                   
                     Clash marks yang pernah dipamirkan sebelum ini.......

               Penemuan sekeping lagi dengan ciri-ciri yang sama tapi kedudukan imej clash marks terpusing dengan darjah berlainan dengan syiling diatas....

               Kedudukan garis yang jelas dan bersifat timbul adalah ciri-ciri clash marks,sekiranya bag marks garis ini akan tenggelam kerana mengambil imej dari garis pada permukaan syiling yg timbul.
      Perbezaan kedua imej pada dua syiling yg ditemui ini menimbulkan persoalan baru dalam membicarakan tentang syiling error Malaysia. Adakah ianya berkaitan dengan proses penempaan yang mungkin mengunakan kaedah dan teknologi baru bagi syiling Malaysia siri ketiga....
          

Jumaat, 18 Januari 2013

DIE SCRAPES

       Die scrapes dikaitkan dengan salah satu komponen mesin menempa syiling iaitu feeder finger. Menjadi amalan biasa kepada pakar-pakar syiling error akan menamakan jenis error dengan spesifikasi yang setepat mungkin.Sebagai contoh kesan calar yang terdapat pada permukaan syiling yang dikenal pasti disebabkan oleh peralatan untuk membaiki/mencuci die akan dikatagori sebagai die gouge error yang di bawah kategori repaired die error.

       Berbagai penemuan baru telah dikategorikan semula oleh pakar-pakar dan bila terdapat lagi penemuan lain mereka segera akan mengkaji dan menamakan mengikut kategori baru yang lebih spesifik.Die scrapes merupakan sub-kategori die damage sebagaimana die scratch error kedua  kategori ini sangat sukar diasingkan dengan hanya memerhati pada permukaan syiling.Bila diteliti pada peralatan yang terlibat kita akan dapat gambaran bagaimana terjadinya die scrapes yang menerima imej dari permukaan feeder finger yang sudah rosak dan tercalar.

      Untuk mengasingkan berbagai sub kategori yang terlalu spesifik kadang-kadang mengelirukan, apatah lagi tidak tidak ada maklumat berkenaan bagaimana proses penyilingan dilakukan di Malaysia. Teka-teka syiling error akan berterusan dikalangan pengumpul dan kita bertuah kerana kebelakangan ini ramai pengumpul muda yang melibatkan diri kedalam bidang syiling error yang telah banyak memberi maklumat yang lebih tepat berkaitan kategori syiling error.          

             Kesan die scrapes hanya terjadi pada bahagian yang ditempa oleh acuan andas (anvil die) dan kesan calarnya adalah banyak garis2 halus memanjang ..ciri2 lain adalah menyamai die scratch..
        Spesimen kedua...Banyak kesan calar yang halus pada bahagian muka syiling

          Contoh feeder finger yang dijual dalam ebay,..Tugas feeder finger ialah menghantar planchet kedalam chamber untuk ditempa,biasanya diperbuat dari aluminium dan berkemungkinan akan bergesel dengan acuan andas dan meninggalkan sedikit kesan calar..(spesimen feeder finger yg digunakan oleh kilang USA)

            Dalam bulatan merah ialah kesan calar pada permukaan feeder finger yang terpindah pada acuan andas..Keistimewaan feeder yg dilelong ini ialah die telah tertempa diatasnya yang membentuk imej syiling yang penuh (panah kuning),

          Syiling 10 sen 2011 ini disyaki ditempa oleh acuan andas (anvil die) yang telah rosak akibat geseran dengan feeder finger.

       Post ini adalah hanya pendapat depankanta,sekiranya pelawat ingin berkongsi adalah dialu2kan...
           

Selasa, 15 Januari 2013

DIE SCRATCH

    Die Scratch atau die scratches akan kelihatan sama dengan die crack dengan ciri-cirinya berbentuk garis panjang yang timbul pada permukaan syiling.Sering kali pengumpul syiling error akan tertanya-tanya bila menemui sekeping syiling die scratch samada ianya mempunyai premium spt syiling-syiling error yang lain.

          Syiling-syiling yang mengelirukan kita samada mint errors atau PMD sewajarnya disimpan kemas sebagai rujukan dan bahan kajian walaupun  ianya mungkin tidak ada nilai dari sudut error.Die scratch merupakan satu kategori die damage iaitu kerosakan pada permukaan die,berbeza dgn die crack yang bukan sahaja terjadi pada permukaan die tetapi juga pada bahagian dalam permukaan die.

          Kerosakan yg terjadi biasanya dikaitkan dengan peralatan dan instrumen mesin yang berada dipersekitaran semasa proses penempaan dilakukan atau semasa kerja-kerja menyelenggara die dilakukan. Berbeza dgn die gouge yang berbentuk tercungkil secara bertompok,die scratch akan kelihatan garis panjang yang biasanya lurus mengikut peralatan yg merosakkannya.

                         Bahagian belakang syiling 1 sen 2007 ini merupakan spesimen die scratch yg jelas...

           Garis timbul yang lurus dan berbentuk rata tidak bergerigi adalah ciri-ciri die scratch..

            Sekeping syiling 1 sen 2005 ini pula ditemui dengan dua ciri-ciri,die crack dan die scratch...

           Die crack biasanya membentuk garis yang tidak lurus mengikut retakan yg terjadi pada die,keadaan ini sangat dipengaruhi oleh jenis logam dan cara die dibuat.Pembentukan blob mudah terjadi pada die crack kerana kerosakannya yang dalam.Die scratch pula berbentuk lurus mengikut cakaran alat yang digunakan.

             


Penerangan lakaran dibawah :

                               1) Bentuk permukaan die dan keadaan syiling akibat cakaran yg terjadi pada die.Bentuk parit yang terjadi hanya melibatkan lapisan atas permukaan die.

                               2) Perbezaan die yang terjadi die crack adalah kerosakannya melibatkan kedalam      logam die.Kedua permukaan syiling kelihatan hampir sama sedangkan sebenarnya kerosakan kedua die adalah sangat berbeza.

                               3) Bentuk garis die crack biasanya tidak lurus kerana faktor logamnya.

                               4) Bentuk garis die scratch adalah lurus mengikut pergerakan peralatan yg merosakkannya

      Berbagai bentuk die scratch yang dapat dilihat terjadi pada syiling Malaysia.....

 Penerangan dan spesimen yang dipamirkan ini adalah pendapat depankanta berpandukan rujukan syiling error,sekiranya anda ada pendapat lain untuk dikongsi adalah sangat dialu-alukan...

Sabtu, 12 Januari 2013

CRAZED DIE

     Crazed die atau die crazing merupakan satu sub-kategori error dalam kategori utama Die errors-die crack-crazed die.Walaupun ciri2 yang ada pada kategori ini hampir sama dengan die crack iaitu terdapat garis logam yang timbul pada permukaan syiling tetapi ianya bukan disebabkan kerosakan yang berasal dari kelemahan die.
     Die scratch terjadi disebabkan permukaan die terguris yang menampakkan garis yang memanjang dan biasanya lurus mengikut bagaimana ianya terjadi,sementara crazed die pula merupakan kesan permukaan die terkena guris sesuatu dalam bentuk yang cakar-cakar dan biasanya berbentuk spt jalinan jaring...

                 
                  Syiling 1 sen 2006 mungkin memenuhi ciri-ciri untuk dikategorikan crazed die atau die crazing..

            Ciri-ciri utama crazed die ialah wujud garis-garis yg halus (sebahagiannya tidak kelihatan) dan berbentuk cakar-cakar..Kategori ini tidak akan menjadi die break kerana ianya hanya terjadi pada lapisan atas permukaan die...

           Bahagian muka syiling 1 sen 2006 ini juga terdapat ciri-ciri yang hampir sama,ia mungkin terjadi disebabkan kedua die diselenggara pada waktu yang sama...


             Kemunculan garis-garis halus ini tidak sama dengan die crack error yang disebabkan kerosakan yang berasal pada logam die.....

    

Selasa, 8 Januari 2013

5 SEN S3M,DIE CLASH YANG ISTIMEWA

         Die clash adalah sub-kategori dibawah kumpulan utama Die errors.Dibawah kategori Die clash pula dibahagikan kepada banyak lagi kumpulan kecil dan biasanya dikategorikan mengikut bagaimana keadaan yang kelihatan pada permukaan die.Antara sub-kategori die clash ialah, multiple die clash,rotated die clash,misaligned die clash,pivoted die clash,floating die clash dan berbagai clash lagi....

       Tentu menarik jika semua kategori errors yang disenaraikan oleh pengumpul diperingkat antarabangsa dapat juga kita kumpulkan menjadi koleksi disamping bertujuan untuk pembelajaran. Untuk mengenali dan memadankan antara nota keterangan dan realiti syiling yang ada dalam tangan kita bukan perkara yang mudah. Semuanya perlukan rasa keinginan untuk belajar dan terus belajar.......

        Bahagian muka sekeping syiling 5 sen s3M 2012 dijumpai dengan kesan seperti die clash tetapi Imej ghostly atau clash marks adalah sama dgn imej pada permukaan syiling.

            Masalah utama ialah untuk mengambil gambar bagi menampakkan imej clash marks kerana ianya terjadi dengan tidak begitu jelas...Paparan terbaik dengan daya yang ada....

     Perhatikan beberapa imej yang dipaparkan untuk perkongsian.....

               Bertanda merah adalah imej clash marks titik bulat yang muncul disebelah imej sebenar.....

         Imej clash marks lima garis mendatar rukun negara juga muncul dalam keadaan terpusing (rotated)

                  Imej clash marks sulur kacang.....
       Adakah apa yang terjadi pada syiling ini adalah merupakan satu lagi sub-kategori dalam die clash atau ianya tergolong dalam kategori yang lain?..depankanta sangat mengharapkan penemuan yg sama oleh rakan2 dan mengalu-alukan jika dapat turut berkongsi. Bagi merumuskan kategori error yg sebenar pada syiling ini adalah penting penemuan beberapa keping spesimen lagi untuk dilihat persamaan dan perbezaannya..(untuk memudahkan perkongsian pelawat dibenarkan copy foto2 yang dipamirkan ini)
     
       

        Die clash error syiling 5 sen s3M 2012 ini  pernah depankanta pamirkan dalam post terdahulu...Ciri yang ada pada syiling ini adalah berkeadaan biasa dan berlainan penampilan imejnya dengan syiling diatas...