Jumaat, 18 Januari 2013

DIE SCRAPES

       Die scrapes dikaitkan dengan salah satu komponen mesin menempa syiling iaitu feeder finger. Menjadi amalan biasa kepada pakar-pakar syiling error akan menamakan jenis error dengan spesifikasi yang setepat mungkin.Sebagai contoh kesan calar yang terdapat pada permukaan syiling yang dikenal pasti disebabkan oleh peralatan untuk membaiki/mencuci die akan dikatagori sebagai die gouge error yang di bawah kategori repaired die error.

       Berbagai penemuan baru telah dikategorikan semula oleh pakar-pakar dan bila terdapat lagi penemuan lain mereka segera akan mengkaji dan menamakan mengikut kategori baru yang lebih spesifik.Die scrapes merupakan sub-kategori die damage sebagaimana die scratch error kedua  kategori ini sangat sukar diasingkan dengan hanya memerhati pada permukaan syiling.Bila diteliti pada peralatan yang terlibat kita akan dapat gambaran bagaimana terjadinya die scrapes yang menerima imej dari permukaan feeder finger yang sudah rosak dan tercalar.

      Untuk mengasingkan berbagai sub kategori yang terlalu spesifik kadang-kadang mengelirukan, apatah lagi tidak tidak ada maklumat berkenaan bagaimana proses penyilingan dilakukan di Malaysia. Teka-teka syiling error akan berterusan dikalangan pengumpul dan kita bertuah kerana kebelakangan ini ramai pengumpul muda yang melibatkan diri kedalam bidang syiling error yang telah banyak memberi maklumat yang lebih tepat berkaitan kategori syiling error.          

             Kesan die scrapes hanya terjadi pada bahagian yang ditempa oleh acuan andas (anvil die) dan kesan calarnya adalah banyak garis2 halus memanjang ..ciri2 lain adalah menyamai die scratch..
        Spesimen kedua...Banyak kesan calar yang halus pada bahagian muka syiling

          Contoh feeder finger yang dijual dalam ebay,..Tugas feeder finger ialah menghantar planchet kedalam chamber untuk ditempa,biasanya diperbuat dari aluminium dan berkemungkinan akan bergesel dengan acuan andas dan meninggalkan sedikit kesan calar..(spesimen feeder finger yg digunakan oleh kilang USA)

            Dalam bulatan merah ialah kesan calar pada permukaan feeder finger yang terpindah pada acuan andas..Keistimewaan feeder yg dilelong ini ialah die telah tertempa diatasnya yang membentuk imej syiling yang penuh (panah kuning),

          Syiling 10 sen 2011 ini disyaki ditempa oleh acuan andas (anvil die) yang telah rosak akibat geseran dengan feeder finger.

       Post ini adalah hanya pendapat depankanta,sekiranya pelawat ingin berkongsi adalah dialu2kan...
           

2 ulasan:

  1. skg saya agak keliru mana satu obverse dan mana satu reverse utk coins Malaysia siri kedua ini. sepatutnya anvil die iaitu die bahagian bawah yg selalunya memegang coins bahagian reverse. coins diatas menunjukkan bahagian obverse coins kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syiling Malaysia dan lain2 syiling moden dunia biasanya meletakkan imej tradisi/Raja sebagai obverse dan bahagian yang tertulis nilai denominasi sebagai reverse.

      Untuk syiling Malaysia siri pertama dan kedua acuan andas/die bawah(anvil die) menempa bahagian obverse syiling dan die atas/die penukul(hammer die)menempa bahagian belakang syiling.Untuk siri ke3 belum ada info..Syiling diatas memang bahagian muka (obverse)yang ditempa oleh acuan andas/die bawah(anvil die)..(sila rujuk juga blog2 yg numis yg lebih pakar untuk kepastian)..

      Terima kasih,harap info ini dapat membantu...

      Padam