Selasa, 19 Februari 2013

DIE GOUGE YANG MENARIK

            Kerja-kerja mengikis berbagai jenis bendasing seperti serbuk logam yang halus yg melekat kuat pada die adalah satu tugas yang rumit. Tugas ini tidak sama dengan tugas artis yang mula-mula membuat lakaran imej syiling keatas plaster yang bersaiz besar. Kerja membaiki/membersih die dari kotoran adalah dilakukan secara manual keatas working die yang bersaiz sebenar duit syiling.

        Imej yang berbentuk negatif pada working die mudah memerangkap kotoran, adalah terlalu rumit untuk dikikis. Sebarang kesilapan pula akan terbawa kepada perubahan rupabentuk imej pada permukaan syiling dan memberi satu lagi koleksi kepada pengumpul syiling error.

              Syiling 10 sen siri Parlimen ini jelas menampakkan kesan dikikis pada acuan andas (anvil die) yang menyebabkan imej bulan dan bucu bintang pada syiling telah muncul lebihan logam yang ketara yang membentuk die gouge error yang menarik.

              Lebihan logam yang hanya tertumpu pada bahagian dalam bulan dan bintang jelas adalah hasil dari kerja-kerja pembersihan die yang dibuat dgn kurang teliti...

               Dipamirkan dua foto dari syiling yang sama untuk perkongsian die gouge yang begitu menarik....


Ahad, 17 Februari 2013

WANG KERTAS RM20, WARNA YANG MENGELIRUKAN

            Wang kertas 20 ringgit baru yang diperkenalkan semula pada pertengahan 2012 lalu diterima dengan gembira oleh pengumpul khususnya masyarakat numismatik. Dengan adanya wang kertas ini akan memberi peluang kepada mereka untuk menambahkan lagi koleksi wang kertas.

           Berlainan pula dengan masyarakat peniaga dan orang ramai yang mula merungut kerana sering terkeliru antara denominasi 10 ringgit dan 20 ringgit. Mungkin pada awal rekabentuk wang kertas ini, pihak jawatankuasa yang menentukan warnanya tidak menjangkakan keadaan yg mengelirukan ini akan terjadi.

       depankanta sendiri tidak begitu gembira bila menerima wang baki pembelian dengan wang kertas 20 ringgit, begitu juga bila ingin membelanjakan nya terpaksa ditunjukkan biar pekedai jelas perasan bahawa ini adalah duit rm20. Biasanya pekedai pula akan memerhati dgn teliti wang kertas ini bagi mengelak kekeliruan. Keadaan ini tentu tidak memberi situasi yang baik antara penjual dan pembeli.

            Wang kertas 20 ringgit dan 10 ringgit akan jelas perbezaan warnanya jika tiada apa-apa warna atau warna putih pada latar belakang persekitaran. Mungkin dalam situasi inilah keputusan untuk warna kedua wang kertas ini dibuat. Pada awal edarannya wang ini tidak kedengaran rungutan kerana tidak banyak yg berada ditangan orang ramai berbanding sekarang yang semakin mudah dijumpai.

                   

                  Bila berada edaran untuk tempoh tertentu,warna akan berubah dan kedua warna yang kemerahan dan kekuningan akan menjadi semakin dekat.


    Dalam suasana cahaya yang suram kedua warna ini akan mula mengelirukan bagi mereka yg hanya ada beberapa saat untuk menentukannya. Keadaan tidak begitu mengelirukan jika semuanya berurusan diatas meja cashier atau dikaunter pembayaran tetapi bagi peniaga pasar malam yang menggunakan kaedah "hulur-menghulur" akan menghadapi masalah.

     Bila keadaan semakin gelap semakin tidak jelas perbezaan warnanya...Bagi kebanyakan  peniaga yang berusia emas akan mula bermasalah...

        Walau dalam cahaya terang, bila berlatarbelakangkan berbagai warna yang ada pada persekitaran, kekeliruan tetap akan terjadi dan beginilah keadaan yang sering dihadapi oleh pekedai.. Warna wang ini tidak begitu mesra pengguna. Perbezaan nilai kedua wang kertas ini adalah tinggi, sebarang kesilapan mungkin akan mencetuskan masalah yang lain pula...

               Keadaan tambah mengelirukan bila hadir  berbagai warna dipersekitaran dan cahaya pula semakin suram...

        Penjual pasar malam adalah antara yang paling ramai merungut lantaran suasana persekitaran perniagaan mereka yang agak suram atau malap dan orang yang ramai sentiasa inginkan cepat.

    Post ini khas dibuat sebagai memenuhi permintaan rakan-rakan peniaga yang sering menghadapi masalah dengan kekeliruan warna kedua wang kertas baru rm20 dan rm10.

Sabtu, 16 Februari 2013

DAUN GETAH GERGASI (RARITY, RRRR)

                 Sejarah pokok getah di Malaysia bermula dengan penanaman 9 pokok pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Spesis Havea Brasilliensis ini berasal dari Brazil dan mula merebak penanamannya keseluruh Malaysia, hingga hari ini ianya masih menjadi sumber pendapatan utama bagi sesetengah pekebun kecil dan pekerja ladang.

             Secara kebetulan depankanta mendapat berita penemuan dua helai daun getah yang saiznya diluar kebiasaan yang dijumpai. Kedua daun ini telah mendapat liputan dalam akhbar sinar harian dan kosmo pada 19.dis 2012 yg lalu. Usaha untuk melihat sendiri daun getah ini telah membawa kepada penemuan dengan pemiliknya cikgu Azhan Ismail.

           Dua daun getah gergasi dgn saiz 52x20cm dan 48x18cm berbanding saiz biasa sekitar 20x8cm. Rakaman oleh depankanta dibanding dgn saiz syiling 50 sen....

              Liputan dalam sinar harian :
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/guru-terkejut-lihat-saiz-daun-getah-gergasi-dirumahnya-1.113747
                    Cikgu Azhan bergaya dengan dua helai daun getah gergasi penemuannya....
           
      Daun getah bersaiz biasa, memberi aroma tersendiri bila dibuat pembungkus tapai beras...

              Pokok getah yang dibawa oleh H.N Ridley masih gah berdiri di bandar Kuala Kangsar,walau usianya menjangkau lebih 100 tahun tapi daunnya masih tetap bersaiz biasa....

      Dengan peningkatan harga getah dunia hari ini telah banyak memberi kelegaan pada pekebun kecil getah

              Musim daun getah luruh memaparkan satu pemandangan kampong yang indah, mencorakkan pemandangan dikebun-kebun getah seolah-olah berada di negara empat musim...dimusim luruh.....
          Selamat bercuti hujung minggu......sekalung tahniah dan ucapan jutaan terima kasih untuk cikgu Azhan sekeluarga.....


Khamis, 14 Februari 2013

COUNTERCLASH TYPE II

            Hipotesis bagaimana terjadinya counterclash type II telah dipamirkan dalam post:
http://depankanta.blogspot.com/2012/07/hipotesis-error-1-sen-2006.html  . Kategori dibawah die clash ini jarang dijumpai atau kebanyakan pengumpul syiling error telah terlepas pandang.


                    Syiling 10 sen 2005 yang kelihatan imej sesuatu yang timbul pada kedua permukaan syiling,...

                 Semasa die clash terjadi,sesuatu objek keras berbentuk melengkung berada antara kedua die dan menyebabkan kerosakan pada kedua permukaan die yang berlaga itu, objek yang keras dan tinggi telah meninggalkan kesannya pada permukaan die. Die clash pada syiling 10 sen 2005 ini tidak meninggalkan kesan imej syiling sebagaimana die clash biasa kerana telah terlapik oleh objek keras yg lain.

       Warna kuning merupakan kesan counterclash type II yang terjadi pada tempat yang sama pada kedua permukaan syiling..Dapatkah anda kenal pasti apa objek yg meninggalkan kesan spt ini?...
         
 
     

Rabu, 13 Februari 2013

SYILING PALSU DARI JAUH

           Menyusuri medan penjaja bersebelahan pasar Siti Khadijah,Kota Bharu adalah aktiviti biasa depankanta terutama bila hari cuti umum. Pun begitu tidak banyak item yang menarik perhatian depankanta kerana kebanyakan penjual mempamirkan barang-barang mistik seperti berbagai jenis batu dan batu permata,kayu-kayu yang dikatakan berkhasiat mistik tertentu, besi dengan berbagai jenis besi..Tidak kurang juga pengunjung yang meminati barang mistik ini dan membelinya untuk tujuan masing-masing....

           Penjual syiling-syiling dan wang kertas lama hanya beberapa gerai sahaja, kadang-kadang jika bernasib baik kita akan temui wang kertas lama yang masih bergred tinggi. depankanta yang telah biasa disini telah  disapa oleh seorang penjual yang sedang berkemas untuk pulang, beliau menawarkan beberapa keping syiling Cina yang telah lama disimpan. Memandangkan harga yang ditawarkan adalah menasabah dan depankanta sendiri masih belum memiliki syiling-syiling begini depankanta membayarnya. Penjual itu hanya tersenyum bila diberitahu semua syiling ini adalah palsu.

           Dipamirkan syiling-syiling palsu dari Cina yang menarik untuk dikongsi bersama........






           Ciri-ciri unik syiling-syiling palsu ini ialah bila disusun ianya tidak menjadi  rata kerana rekabentuk imej dan huruf adalah lebih tinggi dari rim.....Rim tidak mampu melindungi imej!...