Selasa, 3 Januari 2012

WORN DIE 10 SEN 2011

Selain syiling 5 sen 2011 yg telah dipamirkan dalam post sebelum ini,depankanta juga menemui beberapa keping syiling 10 sen 2011 yg dipercayai bermasalah pada die.
                                Lima keping syiling 10 sen 2011 ini mempunyai ciri2 kesan tempaan yang sama.

                               Kesan bintik2 pada bahagian field planchet dan kesan logam yg muncul pada sekitar jam 5.00 hingga 9.00 dibahagian muka syiling.

                               Ciri2 ini terjadi sama pada lima keping syiling menandakan ianya adalah kategori worn die bukan filled die atau lain2 kategori die errors.

                              Pada bahagian belakang syiling juga telah terjejas,dimana dapat dilihat semua huruf @ legend  telah hilang ketajamannya.

                              Elemen ini biasanya terjadi disebabkan penggunaan die yg berterusan tanpa diperbaiki atau ditukar.Syiling 2011 banyak sekali dikesan terjadi kesan begini,walaupun 2011 merupakan tahun keluaran terakhir syiling Malaysia siri ke2.Sepatutnya pihak pengilang tetap menyediakan yang terbaik untuk BNM bertujuan untuk edaran kepada orang ramai.
Apa yang dituliskan ini adalah pendapat numismatik depankanta semata2,pelawat dialu2kan untuk turut kongsi pendapat bersama...

Isnin, 2 Januari 2012

WORN DIE

Meneliti syiling dari sekeping kesekeping bertujuan mencari mint errors memang boleh memenatkan mata.Tambah pula bila  terjumpa syiling2 yang sukar ditentukan kategori errornya,pening kepala pula yang datang.
     Worn die adalah termasuk dalam syiling yang agak mudah terkeliru.Contohnya syiling 5 sen 2011 ini,pada mula dijumpai syiling2 yg terdapat ciri2 ini ianya adalah disangka disebabkan oleh kepanasan planchet semasa proses penempaan.Bila dijumpai beberapa syiling yg terjadi dengan kesan yang sama adalah jelas ianya disebabkan oleh die,secara tepatnya worn die.
                               Lima keping syiling 5 sen 2011 ini jelas kesan dari worn die.Perhatikan pada angka"2011"yg terjadi kedutan pada logam planchet yg berbentuk sama semuanya menandakan ianya disebabkan ketajaman imej pada die sudah rosak.

                              Kedua syiling  ini menampakkan kesan ditempa dgn die yg sudah  terlalu lama digunakan tanpa diservis atau ditukar.Logam dan rekabentuk die sangat mempengaruhi hayat dan ketahanan die.

                             Pada bahagian muka juga terdapat sedikit kesan worn die.
       
     

Sabtu, 31 Disember 2011

DEPANKANTA BERTEMU MR DICKSON NIEW

    Kunjungan ke kedai numis Mr Raymond di Maju Junction KL menemukan depankanta dgn seorang pemuda yg memperkenalkan diri Mr Mahadevan,dari perbualan singkat dgn beliau depankanta dapat mengagak beliau juga seorang peminat syiling error dan berpotensi untuk meneroka bidang ini lebih jauh.Mr Mahadevan juga merupakan kenalan Mr Dickson Niew yg telah lama depankanta ingin bertemu.
       Keesokan harinya depankanta cuba untuk mengunjungi sifu Mr Dickson di Subang Jaya namun kesibukan beliau dan kesuntukan masa depankanta menyebabkan pertemuan kami ditangguhkan pada keesokan hari.Akhirnya pada pagi 31.12.2011 kami bertemu di KL Central dalam suasana yg seolah2 bertemu kawan lama.
     PERTEMUAN PERTAMA PENUH MESRA DENGAN PAKAR ERROR MR DICKSON NIEW

                     PERTEMUAN YANG SINGKAT TAPI MASIH SEMPAT MEMBELEK SYILING.

                        MENUTUP AKTIVITI NUMISMATIK UNTUK TAHUN 2011 DENGAN BERTEMU MATA DENGAN MR DICKSON NIEW MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN PADA DEPANKANTA.
      "SELAMAT TAHUN BARU 2012 PADA MR DICKSON NIEW SEKELUARGA DAN UNTUK RAKAN2 BLOGGER NUMISMATIK, JUGA PELAWAT YG SENTIASA MEMBERI GALAKAN UNTUK KEMAJUAN NUMISMATIK MALAYSIA".
 
   

Jumaat, 23 Disember 2011

SYILING BURUAN 2011





























SEBAGAI POST TERAKHIR UNTUK TAHUN 2011,DEPANKANTA PAMIRKAN SYILING HASIL BURUAN SEPANJANG TAHUN 2011 YG  MEMPUNYAI PREMIUM YG AGAK TINGGI BERBANDING NILAI MUKA.SYILING2 TERSEBUT MASIH BEREDAR KALANGAN ORANG RAMAI (kecuali 1 sen).NILAI SYILING2 INI DILIHAT AKAN MENINGKAT DARI TAHUN KE TAHUN BERDASARKAN PEMERHATIAN DEPANKANTA DARI BERBAGAI LAMAN WEB JUALAN @LELONGAN SYILING.
    BAGI DEPANKANTA SYILING2 INI ADALAH HASIL SAMPINGAN SEMASA MEMBURU SYILING2 ERROR.IANYA TERMASUK SYILING2 RARE,KEY-DATES DAN SYILING2 YG SANGGUP DIBAYAR MELEBIHI NILAI MUKA OLEH PEMINAT2 SYILING.
   MUNGKIN BANYAK LAGI YG TERTINGGAL.POST INI SEDIA DIKEMASKINI SEKIRANYA ADA PELAWAT YG INGIN MENAMBAH LAGI BAGI RUJUKAN BERSAMA.

  LELONGAN EBAY PADA 9.1.2012



           


   BERIKUT ADALAH HARGA SYILING2 KEYDATES YG DIAMBIL DARI LELONGAN EBAY MALAYSIA PADA 21.2.2012




                                       
ebay 2.4.2012


Khamis, 22 Disember 2011

1/4 sen commissioners of currency Malaya?

Sekeping syiling 1/4 sen cembong 1932  commissioners of currency Malaya ini tidak diketahui asal usul dan status samada ianya syiling palsu, syiling kenangan atau hanya token?...Depankanta ada menerima pertanyaan dari kawan2 tapi tidak pasti apa jawapan sebenarnya.....Mungkin pakar 2 dan otai2 numis boleh membantu...
                                        
                                         Muka dan bahagian belakang syiling

                                Dari sisi syiling ini kelihatan cembong yg ketara....
         Kalau di bandingkan dgn syiling 1/2 sen commissioners of currency Malaya ,syiling cembong ini sangat kasar buatannya..Mungkin ianya juga ditempa menggunakan die.
                                (INFO TERKINI TENTANG SYILING INI DIPEROLEHI  DARI BLOGGER DAN PAKAR NUMIS WHYCOLLECT DAN MR DICKSON NIEW MENGESAHKAN SYILING INI ADALAH PALSU DAN DIBUAT MENGGUNAKAN ACUAN (CASTING)
  
  Syiling palsu STRAITS SETTLEMENTS 3/4 CENT 1801